Posts tagged ‘Rafizi’

Benarkah Azmin Tidak Taja Se-sen Pun Pilihanraya Kecil?

Atas nama ketelusan dan integriti, katanya MB Selangor tak mahu gunakan waima satu sen pun duit Kerajaan Negeri untuk aktiviti kempen sepanjang PRK Sg Besar. Tak ada lagi event besar-besaran. Semuanya tertumpu kepada perjumpaan dengan pengundi secara kecil-kecilan dan bertemu mata.

Apahal pulak MB Selangor ambil keputusan macam ini? Nak sabotaj siapa sebenarnya? Nak sabotaj diri sendiri ke?

Kita semua faham, Azmin sedang berdepan tuduhan yang berat oleh Setiausaha Agung parti. Bukan orang kecil. Setiausaha Agung parti buat tuduhan terhadap Kerajaan Negeri pimpinan Timb Presiden. Pelik tapi benar.

Apa kaitan tuduhan Rafizi dengan tak mahu belanja kawan-kawan dalam kempen?

Nak suruh AMANAH pakai duit mana? Nak suruh DAP taja semua? Ini bukan contoh kawan yang baik.

RM9.6 juta boleh dibelanja untuk perbaiki pintu gerbang.

Takkan satu sen pun tak mahu belanja untuk masa depan politik.

Azmin kena ingat, kalau AMANAH tewas dalam PRK kali ini, susah juga nak jawab nanti. Kena pastikan AMANAH menang, walaupun hanya dengan 1 undi.

Berilah AMANAH bantuan kewangan sedikit. Kurang-kurang RM1juta. Nak pastikan kemenangan calon.

Kalau tak duit kerajaan pun, RM1 juta untuk Azmin ini celah gigi sahaja. Bagi lah AMANAH bantuan sikit.

Sekurang-kurangnya, boleh mereka pertahankan MB nanti.

Jun 6, 2016 at 2:18 pm 1 komen

Rafizi Nekad Nak Tanam Azmin?

Kalau dibaca kepada game politik Rafizi kebelakangan ini, nampak macam ada usaha nak KAMIKAZE dalam politik. Alang-alang lawan, biar sampai hangus. Bersungguh betul nampaknya Rafizi nak tunjuk kecurangan kerajaan Azmin Ali.

Apa dah jadi? Teruk benar permusuhan dalam PKR?

Kita semua tahu, Rafizi ini blue-eyed boy Anwar sejak lama. Memang Anwar sayang akan bakat Rafizi yang cemerlang dalam banyak perkara. Sebab itu, Rafizi disediakan permaidani merah bila mahu dimasukkan ke dalam politik.

Dijanjikan gaji lumayan. Kedudukan yang tinggi. Diberikan kemudahan. Dijaga sepenuhnya makan dan minum. Rafizi ini ibarat ‘ANAK LELAKI’ Anwar. Cukup ditatang bagai minyak yang penuh.

Ramai dalam PKR yang berkata, kalau Rafizi sudah attack Azmin, itu tandanya sudah ada blessing dari dalam penjara Sg Buloh.

Rafizi tak buat kerja bodoh, kalau tidak diberikan green light. Apatah lagi bila orang yang dilawan adalah Azmin Ali.

Nampaknya game ini adalah arahan dan percaturan Ketua Umum. Bukan game kecil anak.

Kalau Rafizi buat pendedahan pasal penawaran wang dan wanita di Selangor, itu maknanya Rafizi bersedia menanti balasan Azmin.

Jangan main dengan Azmin Ali. Kita tunggu apa rahsia Rafizi yang Azmin akan buka.

Rafizi better bersedia dengan tindak balas Azmin Ali.

Beberapa orang Exco sudah dipanggil mengadap Azmin untuk membantu usaha melawan Rafizi.

Memang meriah PKR ni. Lebih teruk daripada UMNO!

Mei 24, 2016 at 2:23 pm Tinggalkan komen

PKR Semakin Bermasalah

Minum petang di Tropicana semalam. Macam-macam cerita dapat. Macam-macam komplen terima. PKR HQ, menurut seorang Junior Officer macam dah kena sampuk. Senyap. Muram. Tak ada semangat. Lesu.

Dia pun pelik. Sebab 2 tahun sebelum PRU13, almost setiap minggu ada mesyuarat strategik parti diadakan di PKR HQ. Macam-macam Jawatankuasa datang mesyuarat. Suasana ceria. Seronok. Masing-masing ada semangat berpasukan tinggi. Tak macam sekarang.

Kawan itu berkata, Kak Wan sendiri jarang jengah ofis. Kalau biasa tinggalkan RM2k untuk petty cash office setiap minggu, sekarang nak dapat RM2k sebulan pun payah. Kedekut semacam. Kalau hantar resit untuk claim, membebel 18 hari.

‘Cucu saya nak makan apa?’

‘Cucu saya nanti susah dan melarat tau tak’

‘Cucu saya nanti, kalau awak semua terus minta duit macam ini, boleh miskin’.

Balik-balik beri alasan cucu dia.

Semua orang tahu, harta Anwar Ibrahim dan Kak Wan, 16 keturunan tak habis makan. Oil and gas companies di US, masih makan dividen setiap tahun. Dividen bukan kecik anak.

Belum masuk kekayaan Izzah lagi. Berlambak.

Sementara Rafizi dan Azmin semakin rapat dengan Mahathir, Kak Wan masih jadi Presiden yang tak buat kerja.

Kajang pun tak jaga. PKR HQ pun tak jaga. Anwar pun jarang jumpa.

Eh, Kak Wan busy dengan apa ya? Atau Kak Wan busy dengan SIAPA?

April 13, 2016 at 3:49 pm Tinggalkan komen

Post Mortem Selamatkan Malaysia – Pandan

Dalam PKR, antara perkara yang paling diberikan perhatian adalah post mortem. Setiap program mesti ada post mortem. Mesti ada kajian. Mesti ada pengajaran. Apa yang elok kena kekalkan. Apa yang tak berapa elok, kena tinggalkan.

Habis sahaja perhimpunan Selamatkan Malaysia di Pandan semalam, terus ada pasukan pusat khidmat wakil rakyat Pandan buat post mortem. Post mortem pun banyak group. Kumpulan HQ tak buat post mortem sama dengan Kumpulan Pusat Khidmat Pandan.

Macam-macam yang dimaklumkan. Blog ini hanya buat ringkasan : –

– YB Pandan kecewa kehadiran tak memuaskan

– Jauh meleset daripada target 40k orang

– Tun M tak mampu tarik audience

– Tun M tidak sebut langsung bebaskan Anwar (sudah dimaklumkan Tun MESTI cakap ayat ini)

– Kos tidak dikongsi

– Penganjuran hari kerja jadi punca

– YB Pandan tidak beri khidmat (sebab itu rakyat malas turun)

– Banyak janji YB Pandan belum deliver

Baguslah PKR sudah mula biasakan diri untuk meletakkan Tun di pentas mereka. Tapi arrangement mesti beri mileage kepada PKR. Kalau tak, rugi.

Rafizi selalu ingatkan staff dia, yang penting adalah menarik 5 hingga 10 % mereka yang masih bersama UMNO untuk mengundi pembangkang kali ini.

Perkara itu mesti diusahakan untuk menang dalam PRU akan datang.

Rafizi target untuk menang undi majoriti lebih 35,000 dalam PRU akan datang. Barulah ada gaya sebagai Naib Presiden PKR.

Kalau tanpa jawatan tinggi pun boleh menang 26,729 undi majoriti. Takkanlah dengan bantuan Mahathir tak boleh.

Mac 29, 2016 at 2:34 pm 1 komen

Rafizi GAGAL Sebagai SUA PKR?

The Malaysian Insider hari ini melaporkan sekumpulan pemimpin PKR mahukan Rafizi Ramli dilucutkan sebagai setiausaha agung disebabkan pertembungan dalaman berhubung penubuhan Pakatan Harapan, kata sumber parti.

Sumber itu berkata, nasib Rafizi akan ditentukan dalam mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada Ahad ini yang dibuat ekoran satu petisyen dikemukakan 25 anggotanya baru-baru ini.

Azmin turut mengulangi kenyataannya sebelum ini, PKR merupakan parti yang semakin kuat dan kukuh.

“PKR hari ini sebuah parti yang bertambah kuat dan kukuh dan kita berperanan memainkan yang inklusif dengan melibatkan semua parti-parti politik yang terikat dengan agenda perubahan dan saya percaya kemuafakatan yang baik dan perbincangan berterusan, kita dapat mencapat hasrat tersebut,”

————-

Kegagalan Rafizi yang paling besar adalah Langkah Kajang. Masih ramai kalangan pimpinan PKR yang merasakan Rafizi adalah arkitek kepada permasalahan yang berlaku sebelum, semasa dan selepas Langkah Kajang.

Banyak benda yang tak beres, sampaikan parti terkena tempias yang teruk dan susah untuk diperkuatkan semula.

Ada juga kalangan pimpinan yang mengatakan, prestasi Rafizi di Parlimen pun tidak sehebat mana. Banyak argument Rafizi mudah ditumpaskan oleh BN. Jauh sekali berbeza dengan prestasi Saifuddin Nasution yang lebih garang dan berani semasa menjawat jawatan sebagai SUA.

Banyak hujah berkait 1MDB dan sebagainya pun tak solid dan tidak mencederakan langsung BN.
Rafizi juga katanya seakan tidak senang dengan cara Azmin memimpin Selangor. Idea DEIG ditentang Rafizi atas dasar prinsip ketelusan dan pengasingan kuasa. Rafizi juga katanya tak gemar dengan yuppies baru di Pejabat MB. Orang seperti Soffan Affendi (DEIG) dianggap Rafizi sebagai seorang oportunis yang tak pernah menyumbang kepada parti.

Nampaknya, kali ini Rafizi terpaksa menyerahkan jawatan. Payah nak berfungsi kalau tidak ada respek kepada Timbalan Presiden.

On paper, Rafizi nak pertahan jawatan Naib Presiden pun payah nampaknya.

Oktober 12, 2015 at 10:30 am 1 komen

Tewasnya Nuha; Legasi Keluarga Berkecai

Honestly, rasanya kalau letak Nuha lagi lah sedap kena balun dalam media baru. Kalau confirmed sahaja Nuha, rasanya bertalu-talu serangan terhadap keluarga dan Istana Segambut merebak di dalam media. Tak percaya? Cuba.
Kak Wan kena fikir panjang. Ada inner circle yang sengaja mahu Kak Wan letakkan Nuha, dan akhirnya pengaruh keluarga Istana Segambut sendiri akan musnah dan hancur. Siapa untung? Kak Wan patut tanya siapa yang untung di kalangan inner circle Kak Wan itu.
Blog ini percaya Kak Wan pun tahu, bagaimana orang kuat di dalam inner circle Istana Segambut juga relay banyak informasi dalaman kepada lawan. Kak Wan tahu. Kak Wan tahu juga ada orang kuat yang banyak buat side deal dengan pemimpin UMNO. Kak Wan tahu.
Tapi kenapa tak ambil tindakan? Sebab Kak Wan bukan Presiden yang ada tulang belakang. Weak. Kalau angin kuat sedikit, Kak Wan boleh rebah.
Cuba Kak Wan fikir siapa yang pertama sekali sebut nama Nuha di dalam mesyuarat inner circle. Bukan Pak Sheikh. Bukan Kak Wan. Bukan juga Rafizi. Siapa? Kenapa dia nak sangat Nuha bertanding.
Kepada sesetengah orang, keluarga Istana Segambut sudah tidak lagi sinonim dengan REFORMASI. Sudah jauh. Mereka sudah tak percaya.
Untuk guna Nuha sebagai poster girl Free Anwar mungkin ok. Tapi nak suruh Nuha bertanding sebenarnya nak mendatangkan masalah kepada keluarga.
Kak Wan tengok situasi Izzah? Nuha juga nak kena benda yang sama?
Sebagai Presiden, Kak Wan perlu gunakan kuasa dan berikan wisdom yang sebenar.
Siapa pemimpin paling diketepikan (tanpa sebab) di dalam PKR.
Yes. Yusmadi.
Yusmadi wajar diberikan peluang. Kembalikan Yusmadi di dalam special circle Kak Wan. Tidak perlu masuk inner circle yang biasa itu. Buat layer lain.
Hati-hatilah Kak Wan. Dalam derita Kak Wan, masih ramai yang nak main game. Pada mereka, kuasa lebih penting. Air mata Kak Wan sudah turun nilai. Free pun belum tentu orang beli.
Thank u.

Februari 12, 2015 at 1:43 pm 3 comments

Anwar Cari Kaedah Nak Jumpa Arul Kanda

Antara soalan awal yang ditanya Anwar kepada Rafizi petang semalam – ‘Apakah Arul ini boleh kita jumpa dan dekati? Apa cara untuk kita pastikan dia bantu kita dalam strategi asal?’
Informer blog ini tidak pasti mengenai idea ‘strategi asal’? Tak diperjelaskan. Tapi memang ada disebutkan mengenai strategi asal.
Ada unsur kekecewaan di kalangan pimpinan PKR apabila kerajaan kali ini benar-benar membuat keputusan yang tepat. Arul Kanda bukan dicadangkan oleh kalangan inner circle. Malah disuakan CV oleh orang bisnes. Tidak ada kena mengena dengan politik.
Pelantikan Arul ini adalah satu contoh bagaimana keputusan yang tidak didorong oleh inner circle kadangkala boleh menenangkan keadaan dan mengembalikan kepada situasi yang normal. Tak perlu kecoh-kecoh.
Dalam wawancara dengan The Star, Arul secara jelas menyebutkan:-
“I am a professional and have always been a professional. I am not aligned to any party or any other purpose apart from the purpose I am given, which is the mandate from my board – that is to act in the best interest of our shareholder,”
Harap Anwar dapat mesej itu. Soal Arul berkawan dengan Rafizi itu soal lain. Ini tidak ada kena mengena dengan politik.
1MDB kalau diurus dengan baik dan berkesan, memang boleh membawa kebaikan kepada negara. Tak ada orang boleh sangsi bab itu.
Mungkin Rafizi kena cari isu lain selepas ini.

Januari 8, 2015 at 10:15 pm 1 komen

Menongkah Tuduhan “Smear Campaign” Sedang Dilakukan Terhadap Najib – Dan Tuduhan Ada Blog Ditaja Konglomerat

1MDB ini siapa boleh lawan? Memang tak boleh lawan punya. Blog ini pun ada bawa isu mengenai 1MDB. Tetapi tidaklah dengan line sama macam pembangkang dan blogger yang disebut secara EXPLICIT oleh portal tertentu.
Gelagat hanya bertanya, ke mana CEO/COO 1MDB yang hanya membiarkan Abang Mat Maslan terkapai-kapai dalam isu 1MDB. Portal hebat tersebut ada tengok bagaimana Chua Tee Yong gagap di Parlimen nak bercakap pasal 1MDB. Kenapa gagap? Sebab dia tak ada info ke apa?
Kalau dah tahu dia tak ada info, kenapa kasi dia jawab isu tersebut. Abang Mat pergi ke mana?
Baik, kalau dikatakan 1MDB ini sebuah SYARIKAT – maka apa perlu MoF jawab bagai nak rak di Parlimen? Suruh sahajalah 1MDB engage Tony Pua dan Rafizi? Kalau ianya SYARIKAT yang tidak ada kena mengena dengan gomen?
Portal hebat tersebut juga menulis:-
Untuk Syed Akbar dan rakan-rakan yang menyerang 1MDB bertubi-tubi, jika anda tidak dibayar, apa kata anda benarkan dulu syarikat ini bergerak dan memajukan perniagaan mereka. Serangan-serangan seperti ini hanya menguntungkan syarikat lain dan merencatkan usaha kerajaan melakukan pembaharuan.
Bukan soal benar tak benar. Bukan. Kita pun nak biar. Tapi, kita juga bayar tax kepada kerajaan. Cerita 1MDB ini perlu dicari kebenaran. Itu sahaja.
Kalau nak kata Gomen tidak membantu 1MDB dan ianya sebuah syarikat tak betul juga. 
 
Dalam Bajet 2015, dana yang diperuntukkan kepada 1MDB ini agak besar. 
 
MoF dijangka secara keseluruhan memberikan RM1,117,256,574 (dekat RM1.2 bilion). Projek apa? 
 
Setakat 2011-2013; dana yang diberi (duit rakyat hampir RM150,807,276). 2014 (RM300,000,000). 2015 dibajetkan (RM30,000,00). Cuba bagitahu kita apa tujuan dana ini? 
 
Kalau 1MDB ini sebuah syarikat yang independen dan gegak gempita kehebatannya; explain sahaja keperluan suntikan dana ini. 
 
Bab 1MDB hutang itu, kita bagi Abang Mat jawab lah. Ini bab yang kami rasa ada kena mengena dengan beberapa sen duit cukai kami ini. Konglomerat tak bayar blog ini (tak tahulah yang lain). Kalau bayar, untunglah. Kalau dah cukup nanti, boleh buka francais kedai kopi. 
 
Sebab itu blog ini kata, kalangan CEO/COO tu keluarlah bagi penjelasan, Tunjuk pada rakyat, akaun 1MDB. Bagi dia orang faham sikit. 
 
Tanya ni sebab tak faham. Bukan smear campaign. Siapa boleh lawan Najib bang? Siapa? Najib power tuuuuu….

November 13, 2014 at 6:07 pm 1 komen

‘Brothers, I Have Already Won 2.0’

Anwar dinasihatkan oleh Pakar Strategi parti, dalam apa jua keadaan mesti menampakkan mereka sudah seperti berada di ambang kemenangan. Menang kalah soal nombor 2. Spin menang itu penting.
Pakar Strategi baru yang menggantikan Rafizi masih belum mampu membuktikan kemampuan. Setakat hari ini, jika tidak ada bantuan Lawyers for Liberty, jentera parti PKR sebenarnya hampir koma dan tidak bergerak. Yang hadir ke mahkamah pun dibayar.
Di atas nasihat Pakar Strategi, Anwar tampil semalam mengatakan bahawa dia sudah hampir di ambang kemenangan.

“If you heard the arguments of my lawyers; if you heard the arguments of the UMNO lawyer – brothers, I have already won!”

Earlier when speaking outside the courthouse, the opposition leader said he was impressed with the panel of judges, who hardly interrupted the hearings.

Even so, Anwar’s criticisms of Shafee Abdullah were less than flattering, with him saying the lead prosecutor’s submissions ran off course.

“In Shafee’s submissions, he didn’t answer the main question raised by my lawyers.

“When asked where the other DNA came from, he kept saying, ‘Maybe Dr. Osman, Dr. Osman is a big possibility’.”

Yang Anwar tak beritahu, ke mana pergi 13 ORANG SAKSI yang dikatakan ada bersama beliau di bilik lain semasa kejadian berlaku. Mana Hasanuddin? Mana isteri Hasanuddin? Mana anak Hasanuddin?
Mana pakar MIER yang kononnya ada diskusi dengan Anwar petang itu.
Mana pengawal yang mengesahkan Anwar tidak pernah keluar bilik pada waktu kejadian?
Kalau kita ingat PRU yang lalu. Petang itu, Anwar juga kata perkara yang sama, ‘Brothers, I’ve won’. Langsung nak buat PC di One World (ditaja oleh sebuah syarikat cina).
Sudahnya….ke laut juga.

November 5, 2014 at 12:10 pm Tinggalkan komen

Rafizi Sedar Atau Tidak, Gaji Dia Sewaktu di Pejabat Penasihat Ekonomi Negeri Selangor di top-up siapa?

rashidmanafSedang Gaza hebat dibedil bom; di dalam PKR pun boleh tahan juga BOM sesama sendiri yang sedang giat dilaksanakan di segenap peringkat. Bukan main lagi. Ada BUKU 50 mukasurat yang bakal keluar untuk menerangkan kesalahan integriti Tan Sri Khalid Ibrahim.
Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli sudah double-check dengan Anwar mengenai tindakan ini? Sudah check samada Anwar and Gang bersih daripada salah laku rasuah di Selangor? Sudah pastikan tidak ada NOTA-NOTA DESAKAN Pejabat Penasihat Ekonomi kepada UPEN Selangor? Sudah pastikan tidak ada whatsapp/email di antara Pejabat Penasihat dan MB yang telah diprint?
Blog ini hanya ingin ingatkan Rafizi, jangan cepat melatah. You memang talented bro. Tapi bila cepat melatah, you akan tergolek nanti.
Apa sebab Anwar nak isu ini selesai cara baik? Sebab, kalau you ada 50 mukasurat mengenai TS Khalid, Anwar tahu juga Mat Gagap itu bukan bodoh. Anwar tahu Mat Gagap itu bukan calang-calang orang.
Saifuddin dan Rafizi gila-gila bangkitkan soal Eco World mendapat keuntungan ratusan juta daripada geran Selangorku. Tahu tak siapa yang bayar top-up segala gerakan politik di Selangor selama ini? Berapa Rafizi dapat sebulan? Berapa jumlah simpanan Rafizi? Berapa banyak akaun Rafizi ada? Kenapa top-up Rafizi tidak dimasukkan dalam akaun peribadi, tetapi akaun orang lain?
Tan Sri Abdul Rashid ini bukan kecik anak bro. Dah lama dalam bidang ini. Bekas Masjistret. Bukan calang-calang.
Kalau Tan Sri buka fail PKR Selangor nanti, penat nak jawab. Termasuklah segala perbelanjaan untuk memenangkan Rafizi di Pandan. Berapa belanja?
Claim yang dibuat bukan sedikit. Jangan sampai dia buka pekung. Penat badan nak jawab.
Blog ini hanya mahu pesan pada Rafizi, jangan jolok salah sarang bro. Ingatkan sarang burung walit, terjolok sarang tabuan. Bengkak badan nanti.
Di bawah ada senarai syarikat yang ada kena-mengena dengan TS Rashid. Siapa punya gaji; dibayar syarikat mana pun semua ada senarai/fail. Takut tak larat nak tengok dokumen nanti.
Bubble Motion, Inc.

Annual Compensation

There is no Annual Compensation data available.

Stocks Options

There is no Stock Options data available.

Total Compensation

There is no Total Compensation data available.

Ogos 5, 2014 at 6:23 pm 2 comments

Kiriman Terdahulu


Jun 2023
I S R K J S A
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  

Capaian Umum

  • 75,348,413 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada