Posts tagged ‘Reformasi PKR’
Anwar Dapat Award Lagi…Juara Demokrasi Pulak!
Nampaknya, semakin dekat dengan tarikh pembicaraan kes sodomi, semakin banyak ‘award’ yang Anwar kumpulkan, untuk diletakkan di kabinet di Segambut. Diperhatikan secara halus, tindakan ini memang strategik dan perlu. Manakan tidaknya, bila sampai tempoh dan waktunya – segala anugerah yang Anwar kumpulkan inilah yang akan menjadi ‘shield’ kepadanya daripada kutukan masyarakat antarabangsa. Anwar MESTI tunjukkan bahawa segala perbicaraan ini adalah ‘politically motivated’. Ini bukan soal prestij. Ini soal ‘sebat’ ajer mana award yang ada.
Kepada yang rajin nak menyelidik dan menelusuri ‘entiti’ terkini yang memberi anugerah kepada Anwar; namanya IAPC. International Association of Political Consultants. Khabarnya ditubuhkan seawal tahun 1968. Dianggotai hampir 120 orang ‘political consultants’ daripada berpuluh Negara. Ironinya, kalau kita tengok sebuah pertubuhan yang hebat, pastilah website dan maklumatnya pun turut hebat. Sayangnya, website IAPC cukup simple. Tak cukup maklumat. Tidak hebat. Tidak menggambarkan sebuah organisasi ‘antarabangsa’ yang wujud hampir 40 tahun lebih. Apa halnya? Betulkah IAPC ini sebuah organisasi ‘antarabangsa’.
Kita pun tak dimaklumkan tentang siapa ‘120’ orang di sebalik IAPC. Apa track record mereka? Apa kelayakan mereka? Kalau setakat nak letak ‘international’, siapa pun boleh. Soalnya, kenapa Brother Anwar sanggup menggadai diri untuk menerima anugerah yang ‘semberono’ ini. Untuk apa? Untuk pembuktian apa? Untuk tujuan apa?
Majlis IAPC diadakan secara cukup ‘grand’ di Selangor. Almaklum, mahu berkongsi kegembiraan Penasihat Ekonomi yang diangkat sebagai Juara Demokrasi. Hari tu, Pemikir Sejagat. Bermacam gelaran nampaknya yang diterima Anwar kebelakangan ini.
Bagi mencari maklum balas dalaman daripada orang PKR sendiri, blog ini pun menelefon rakan-rakan pimpinan di dalam PKR. Mereka sendiri pun tak tahu dan tak faham dengan KEGILAAN terbaru Anwar untuk mengumpul anugerah. Pada mereka, fokus Anwar wajar lebih tertumpu kepada pembaikan Muafakat Politik yang masih di peringkat ‘setengah masak’. Ini pandangan orang PKR sendiri. Jadi, kita wajar menganggap kegilaan Anwar terhadap anugerah ini adalah ‘penyakit berkala dan bermusim’. Adakala HINI. Adakala benda lain. Kali ini Anwar heboh nak mengumpul anugerah dan award. Nak buat Guiness Book of Record?
Satu lagi perkara yang menjadi kerunsingan orang PKR adalah kegagalan Anwar mengawal sikap PAS. Anwar nampaknya masih ada masalah dengan leadership PAS. Masih ada ‘tidak enak’nya dengan Hadi dan Ustaz Nasa. Nampak sangat, kata orang PKR, bahawa Anwar lebih menyantuni TG Nik Aziz daripada Presiden PAS. Dalam ucapan pun begitu juga bunyinya. Anwar nak buktikan apa? Apakah Anwar mahu memberi mesej bahawa dia lebih ‘terikat’ dengan Nik Aziz berbanding Hadi? Semua ini berlegar di dalam pemikiran warga PKR kerana konvensyen yang diadakan baru-baru ini BENAR-BENAR membuktikan bahawa Anwar tidak begitu rapat dengan Hadi.
Justeru, tidak ada yang TERLALU perlu Anwar banggakan dengan Anugerah Juara Demokrasi ini. Kepada warga PKR sendiri, parti itu juga tidak demokratik. Semuanya disusun oleh Anwar dan Azmin. Yang terbaru, Zaid Ibrahim pula dirujuk sebagai seorang penyelamat kepada PKR. Mereka khuatir, sebuah parti yang dipimpin oleh Juara Demokrasi – tidak demokratik sifatnya. Bukankah itu sesuatu yang amat memalukan.
Blog ini sekadar melaporkan pandangan kawan-kawan di dalam PKR sendiri yang semakin kabur dengan perjuangan mereka.
Baru Nak Tunjuk Garang?
Penulis sengaja duduk di belakang sewaktu Konvensyen PKR Pulau Pinang kelmarin. Sengaja. Walaupun beberapa rakan pimpinan mengajak penulis berada di hadapan sedikit. Almaklum, sebagai antara pejuang awal reformasi – ramai juga yang kenal dengan penulis. Tapi zaman itu sudah berlalu. Penulis pun tidak mahu rapat sangat dengan saf pimpinan PKR ini. Biarkan sahaja mereka dengan perangai dan fiil buruk mereka kononnya sebagai pemimpin.
PKR Pulau Pinang bukannya kuat sangat. Niat membawa Dr Mansor dan memberikan kekuatan kepada PKR Pulau Pinang pun tinggal niat. Zahrain masih menjadi ‘kuasa mutlak’ kepada PKR Pulau Pinang. Demikian hebatnya seorang ahli politik. Waima Lim Guan Eng sendiri sudahpun memaklumkan kepada Anwar bahawa Zahrain ini memberi masalah besar kepadanya. LGE sendiri tak lalu nak layan ‘demand’ Zahrain yang menggila.
Sewaktu ucapan Pak Sheikh, penulis perhatikan ramai aktivis parti di belakang yang masih rasa tak puas hati. Pada mereka, Anwar sudah hilang fokus. Anwar sudah terlalu memikirkan diri sendiri berbanding nasib parti. Ini kata orang biasa PKR. Ini kata ahli PKR sendiri. Ada juga yang mendengus marah, ‘waktu ada masalah…hang pi mana?’, jerit kecil seorang ahli PKR. Mereka tahu, Anwar sendiri sudah menidakkan perjuangan PKR. Sampaikan ada wanita PKR yang berdiri (walaupun Anwar buat tak peduli) – ‘apa nasib orang Melayu Pulau Pinang’?. Anwar nafikan hak mak cik tersebut nak menyuarakan pandangan.
Inilah Anwar yang sebenarnya. Malahan dalam ucapannya Anwar tergamak mengatakan – ahli PKR mesti ‘shape up; ataupun ship out. masuk UMNO’. Ini kenyataan yang gila. Tak kurang 35 orang anak muda di belakang semuanya keluar daripada dewan. Penulis menjejaki mereka. Berbual sambil hisap rokok. Pandangan mereka mudah sahaja. Kalau itulah cadangan yang Anwar boleh berikan, mereka dah tahu lama. Malahan rakan-rakan mereka sudah lama menawarkan ruang untuk mereka kembali kepada UMNO. Seorang ahli PKR, (ringkasan nama ZM sahaja) – menyatakan, ‘Anwar dah tak macam dulu. Dia dah tak ada idea’.
Pak Sheikh perlu faham, untuk PKR ‘shape-up’ ianya memerlukan kalangan pimpinan yang mantap dan padu. Pimpinan yang tidak sangat sibuk nak ke luar Negara dan memberikan ceramah tahap lima bintang. Dilayan seperti superstar. Kepada ahli PKR di bawah, persoalannya masih lagi asas dan basic. Soal makan pakai. Soal kerja. Soal penambahbaikan gerakan. Bukan soal ‘democracy’ dan sebagainya. Rakyat di bawah peduli apa dengan idea Tocqueville dan sajak Shakespeare Anwar. Mereka tak peduli. Ini soal makan. Soal untung nasib. Bab itupun Anwar masih lagi boleh buat main dan tak peduli.
Ramai kalangan ahli PKR yang kesal sebab Anwar tidak memainkan peranan ‘awal’ dalam memastikan masalah PKR selesai dengan baik. Balik-balik ke Amerika. Ke Indonesia. Ke Turki. Apa kejadahnya. Apa nasib orang di Pulau Pinang? Lebur? Kalau harapkan Zahrain – jawabnya melukut di tepi gantanglah.
Anwar perlu sedar, PKR akan bergantung banyak kepada karisma dan kemampuannya. Kalau Anwar sendiri nampak lesu dan sibuk dengan ‘agenda luar’; makanya PKR akan menempuh jalan yang sukar.
Konvensyen PKR Pulau Pinang dah membuktikan – Anwar hanyalah seroang Raja Retorik yang unggul. Tak lebih dan tak kurang.
Nantikan ‘Konvensyen Pakatan Rakyat’ – Disember
Pakatan Rakyat diberitakan bakal melaksanakan konvensyen khusus bagi membincangkan kemungkinan mempunyai ‘satu platform’ untuk pakatan tersebut menjelang pilihanraya akan datang. Hakikatnya, cadangan ini sebenarnya sudah lama ‘overdue’. Bila dah nampak retak. Bila menunggu belah. Bila dah timbul kekecohan. Barulah timbul idea Pak Sheikh untuk melaksanakan konvensyen ini. Strategi Pak Sheikh ini diharapkan berjaya.
Bagi menjayakan niat konvensyen ini, yang boleh disifatkan sebagai agenda ‘wehdatul fikri; wehdatul amal’ bagi Pakatan Rakyat; Anwar terpaksa mengadakan ‘pre-council’ dengan setiap pemimpin parti dalam PR secara ‘separately’. Nampak sangat Anwar ingin mempunyai ‘carrot’ untuk setiap parti. Apa yang boleh difaraid kepada PAS. Apa yang boleh untuk DAP? Apa yang boleh untuk PKR sendiri. Semua benda Anwar kena ambil kira.
Berdasarkan ideologi – memang susah nak rapatkan ‘saf’ PR ini. Banyak benda yang kena selesaikan. PAS dengan ‘nilai Islamik yang konservatif’, DAP yang terkenal dengan budaya fikir chauvinistic, PKR yang terkenal dengan budaya ‘materialistic’. Semua ini kena ‘gam’ yang sangat kuat. Gam bagi PR ini nampaknya Pak Sheikh seorang sahaja. Orang lain tidak ada gam macam Pak Sheikh. Kak Wan tidak ada karisma. Lebih kepada simpati. Dalam politik baru, simpati tak main sangat.
Anwar kena fikirkan dengan lebih mendalam – gam dan magnet yang boleh merapatkan kembali saf Pakatan Rakyat. Konvensyen ini memang perlu dan wajar. Barulah Pakatan Rakyat ada ‘level’ yang sama dengan BN. Baru ada pendekatan yang lebih boleh dipercayai oleh rakyat.
Hakikatnya, Anwar kena buat ‘spring cleaning’ kalangan mereka yang benar-benar selari dengan agenda perjuangan PR. Usaha yang lebih ‘robust’ mesti dilakukan untuk menarik golongan kecewa dalam BN dengan seberapa segera. Chua Jui Meng, Subramaniam – adalah antara yang dah hampir berjaya. Ini semua mesti terus dilakukan dengan lebih robust.
Konvensyen PR ini amat strategik kepada Pak Sheikh. Tidak dapat tidak, Pak Sheikh mesti perbaiki ‘imej’ PR yang agak tunggang langgang kebelakangan ini. Memang susah nak ‘handle’ segala macam ‘internal matters’ masing-masing parti yang ada dalam PR ini. BN pun lebih kurang juga. Gila kuasa seperti Samy Vellu. MCA yang berebut kuasa. Ini semua adalah antara yang perlu diselesaikan secara baik dan berkesan. PR memang kena mempunyai platform sama.
Tapi, apa yang baru nak ditawarkan kepada rakyat? Kalau setakat kaedah sama macam BN – tak ada la yang baru sangat. Biasa saja. Anwar mesti memikirkan kemungkinan mempunyai satu logo, satu nama kepada Pakatan Rakyat. Baru ada kelainan. ‘Masa Hadapan Malaysia’ mesti diisi dengan seterang-terangnya dalam konvensyen itu. Di mana kedudukan Melayu? Di mana kedudukan Islam? Di mana kedudukan institusi Raja? Di mana kedudukan sistem kuota dan biasiswa? Di mana kedudukan Bahasa Melayu? Di mana kedudukan hak istimewa?
Anwar tidak boleh setakat redah dan asal boleh sahaja. Sesuatu yang besar dan hebat mesti menjadi ‘hasil’ kepada konvensyen tersebut. Tidak boleh setakat ada atas kertas sahaja. PAS mesti komited dengan perubahan. DAP mesti komited dengan perubahan. PKR mesti tinggalkan segala macam ‘kerosakan sosial’ yang ada dalam PKR. Barulah PR nampak ‘solid’ dan mantap.
Anwar di Pentas Dunia: Tidak Menyinar
Sisipan blog terbaru Anwar memaparkan bagaimana dia amat dikenali di pentas dunia. Menggunakan jawatan ‘Malaysian Opposition Leader’, Anwar ditemubicara di CNN dan France 24 – berkenaan ucapan Obama dan pengalamannya sendiri sebagai pembangkang di Malaysia. Anwar, walaupun tampil karismatik tetapi terlalu banyak gagap dan gagal menyampaikan pandangan yang meyakinkan.
Lebih menarik, video CNN sudah ‘ditampered’ dan ditambah baik – KONONNYA dalam interview sepanjang 4 minit 15 saat itu turut mengkritik kerajaan Malaysia kerana tidak hormat (lack of respect) kepada kehendak majoriti dan sentimen masyarakat. Apa yang Anwar maksudkan? Apa yang Anwar nak sampaikan? Nak bawa isu Perak sampai ke pentas antarabangsa? Untuk membuktikan apa?
Perangai buruk Anwar dalam mengutuk Negara sendiri ini bukan perkara biasa. Dah memang jadi tabiat Anwar sejak dari dulu. Ada ruang sahaja, maka Anwar akan tampil sebagai seorang warganegara yang tidak silu dalam menyerang Negaranya sendiri. Tidak kira teknik apa yang digunakan, secara ‘nyata’ atau ‘subtle’ – Anwar memang tidak pernah berhenti mengkritik Negaranya sendiri.
4. Anwar dipanggil untuk memberikan komen mengenai ucapan Barack Hussein Obama di Cairo, yang diperkatakan sebagai ‘A New Beginning’ kepada hubungan dunia Barat dan dunia Islam. Anwar optimis bahawa ucapan tersebut merupakan ucapan yang ‘berani dan sangat menterujakan’ – dengan kemungkinan ianya menjadi titik tolak kepada hubungan yang lebih baik. Di sini, Anwar mungkin tidak ada silapnya. Hubungan dunia Barat dan Islam perlu diperbaiki. Perlu dipermolek agar dunia tidak lagi berada dalam suasana ketidaktentuan politik.
Jika itulah sentimen yang diangkat Anwar sebagai berani dan sangat ‘engaging’; makanya Anwar juga tidak perlu terlalu ‘takut’ dan ‘euphoric’ dengan kemungkinan wujudnya ‘kerajaan perpaduan’ antara UMNO-PAS. Anwar mesti bersikap terbuka dan tidak double-standard dalam melarang hakikat sama dibenarkan di Malaysia. Biarkan sahaja UMNO-PAS membina kerajaan perpaduan, apa salahnya? Atau Anwar sendiri takut bahawa dirinya tidak layak diletakkan sebagai ‘Perdana Menteri’.
Muktamar PAS sudah menyatakan secara jelas bahawa mereka juga layak diangkat sebagai ‘government-in-waiting’ kepada Malaysia. Daripada sudut ideologi dan kesungguhan politik, Hadi lebih layak diangkat sebagai Perdana Menteri berbanding Anwar. Itu yang Anwar tidak boleh terima. Hadi bukan ‘level’ Perdana Menteri, kata Anwar dalam satu ‘mesyuarat strategik’ PKR.
Jika Anwar mampu memuji Obama dengan ucapannya, Anwar juga wajar memuji ucapan Hadi yang juga menampilkan semangat ‘A New Beginning’ kepada PAS. Anwar wajar memuji citarasa politik ‘tinggi’ Hadi yang menginginkan prasarana politik yang lebih menjanjikan semua pihak. Yang lebih menguntungkan rakyat.
Kita sudah faham dengan trend Anwar. Apabila sahaja dekat dengan kes perbicaraan mahkamah, Anwar akan bersungguh ke luar Negara untuk mengadakan ‘sesi berkongsi masalah’ dengan media antarabangsa. Ini dengan sendirinya memberikan Anwar sedikit ruang untuk di ‘protect’ oleh media antarabangsa dalam kes seks luar tabienya. Anwar mahu media antarabangsa cover – ‘Malaysian Opposition Leader’ yang dibicarakan dengan kes ‘sodomy’.
Taktik ini kita dah biasa tengok. Kaedah ‘soliciting the support of the international media’ ini memang tabiat lama Anwar. Dia ingin menyediakan ‘perisai persepsi’, agar media antarabangsa melaporkan dirinya sebagai seorang individu yang dizalimi oleh sistem kehakiman. Mungkin selepas ini, CNN dan France 24 mahu menemuramah Saiful Bukhari pula, atas niat dan ‘intent’ – kebebasan bersuara. Cubalah, kalau berani.
PKR Pun Mahu ‘Reform’ Juga
Seorang sahabat penulis memberitahu bahawa semalam PKR mengadakan mesyuarat selama hampir 5 jam untuk menentukan ‘reform’ dalam pasti tersebut. Kata dan khabarnya, PKR mahu memperkenalkan reform dari sudut pemilihan parti. Nak diperkenalkan sistem pemilihan yang bersifat terus. ‘Direct election’ – ini tidak lain daripada memberikan ‘further advantage’ kepada Anwar mengekalkan tampuk kuasa dalam PKR. Dalam PKR, siapa lagi yang ada ‘national presence’ kalau bukan Anwar. Anwar sahajalah nampaknya yang layak jadi pemimpin.
Dalam UMNO sibuk memikirkan mengenai agenda reformasi dan pemulihan kaedah pemilihan kepimpinan, PKR tidak mahu ketinggalan. PKR tidak mahu perlembagaan parti tersebut menjadi ‘tidak kontemporari’ dan bersesuaian dengan perubahan yang dibawa oleh UMNO. Kalau UMNO lebih demokratik daripada PKR, masalah besar buat Anwar.
Apakah sebuah parti yang beberapa tahun sahaja ditubuhkan, memerlukan reform yang secepat dan sepantas ini. Anwar memerlukannya. Kalau Anwar perlu – PKR mesti mengikut cakap Anwar. Itu sahaja prinsip politiknya. Anwar mesti menjadi ‘rujukan primer’ kepada sebarang tindakan kepartian yang mahu diperkenalkan dalam PKR. Apa yang elok pada Anwar, elok jugalah pada PKR.
Dalam masa PKR sibuk dengan agenda ‘reform’, Anwar masih sangsi dengan peluangnya dalam kes seks luar tabie dengan ‘coffee boy’nya dahulu. Ini bukan kes kecil. Kes yang sangat besar dan mampu merosakkan perjuangan politik Anwar dalam jangka masa panjang. Dalam temuramah dengan BBC pun, Anwar mengulang kata bahawa ini adalah suatu usaha ‘framing politik’ yang jahat dan terancang. Saiful masih dikaitkan dengan Najib Razak. Apa buktinya – gambar yang diambil dengan pegawai khas Najib, itu sahaja.
Anwar lupa tentang banyak lagi perkara yang membuktikan bahawa ‘hubungan intim’nya dengan Saiful bukan sekadar sembang kosong. Ramai, waima di kalangan orang kanan Anwar sendiri ‘risau’ melihat hubungan intim Anwar dahulu. Mahunya tidak, mereka juga sudah nampak bahawa ini akan menjadi potensi bencana kepada PKR dan Anwar.
Apa yang merisaukan Anwar adalah ‘kredibiliti’ kes yang bakal dibawa oleh Saiful. Anwar cukup risau bab ini. Saiful walaupun ‘drop-out’, masih lagi mempunyai karisma dan asas education yang baik. Susah juga Anwar nak menipu bab ini. Saiful punya ‘unlimited access’ kepada semua fail peribadi Anwar. Apa jaminan – tidak ada softcopy kepada segalanya. Anwar cukup risau.
Reform pemilihan dalam PKR adalah alat untuk Anwar mengekalkan legasi politiknya. Kalau sesuatu terjadi kepada Anwar, ‘reform’ yang dibuat PKR akan memastikan Wan Azizah atau Izzah mampu kekal berkuasa dengan apa juga cara. Yang pasti, PKR – akan menjadi parti keluarga yang kononnya beragenda rakyat.
Blog ini mencadangkan Anwar lebih fokus kepada kes yang ada di hadapan mata. Biarlah reform menjadi usaha dan agenda orang lain. Anwar boleh minta Azmin untuk berfikir bagi pihaknya. Jangan risau, Azmin mestilah mampu berfikir yang terbaik untuk memastikan Anwar kekal sebagai ‘dewa’ kepada perjuangan PKR untuk tempoh masa yang lama.
Maklum Balas Pembaca