Posts tagged ‘TPM’
Tak tahu pegawai TPM yang mana beri nasihat, bila banjir kilat berlaku, mari kita salahkan rasuah yang teruk di kalangan agensi kerajaan. TPM sebut ini. Flash flood ini mungkin berpunca daripada projek-projek besar yang melakukan rasuah terhadap pegawai agensi.
Ini tuduhan semberono atau apa? Zahid bukan macam ini. Zahid sangat hati-hati. Tak main tuduh semacam itu sahaja.
Bila Zahid kata, projek besar taja rasuah dalam Kuala Lumpur, projek mana yang Zahid katakan ini?
– Menara Warisan?
– TRX?
– MRT?
– Projek sekitar Mid Valley?
Be specific lah TPM. Jangan main sebat sahaja.
Bila Zahid kata rasuah, agensi mana yang terlibat?
– DBKL?
– JPS?
– Bomba?
– KPT?
Apakah ini bermakna TPM sendiri pun dah tak percaya dengan sistem kerajaan? Apakah teruk sangat corruption sampai TPM boleh main sembur macam itu sahaja? Tak ada political sensitivity langsung.
Menyalahkan rasuah ini memang mudah. Nak dapat markah cepat. Soalnya ada impak positif tak kepada kerajaan?
Mei 16, 2016 at 8:11 pm
Sempat berbual sekejap dengan seorang ahli politik yang aktif dengan kumpulan 2314. Yang tak tahu, kumpulan 2314 ini bekerja dengan visi mahu menang 2/3 kerusi Parlimen pada PRU yang akan datang. Cita-cita bukan main tinggi. Melangit.
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
Mac 28, 2016 at 9:31 pm
Walaupun baru lepas buat injection vitamin c dan beberapa lagi pembaikan wajah, kerut dan risau TPM masih belum boleh hilang. Malah, pembina imej pun pelik kerana apa yang dirancang tak berapa nak menjadi. Kerut dan gelebeh di muka TPM masih jelas dan tidak berubah.
Katanya, dalam perjumpaan dengan geng lama/inner circle TPM, dia sendiri dah mengeluh dan rasa tak larat nak tanggung bala PM. Bila timbul isu Swiss AG, TPM hanya kata ini semua bala lagi nak menimpa.
TPM kecewa sebab dalam perjanjian dia dan PM, semua cerita peringkat antarabangsa akan diurus oleh Paul Stadlen. PM janji tidak akan ada surprise lagi. Semua Paul sudah uruskan dan tidak akan ada isu berbangkit.
Tup-tup ada isu Siwss AG. Bukan setakat 1MDB, sebut pula Tanjong, Genting, SRC International dan Petro Saudi.
‘Kalau macam ini…dengan kita-kita sekali terjun laut’, sahut seorang rakan lama.
Perkara dan perbincangan ini berlaku di mana-mana. Tak kira di kalangan Geng mana sekalipun.
Soalnya, bila cerita tak pernah habis dan putus, makin sakitlah usaha nak mengembalikan kepercayaan rakyat.
Februari 1, 2016 at 8:32 pm
Mungkin blog ini lambat sedikit, tapi tetap nak ucapkan Selamat Ulangtahun kepada TPM kita. Betul lah TPM cakap, akan cuba buat yang terbaik, tapi tak akan puaskan hati semua orang. Sebagai pemimpin memang normanya begitu. Mahathir dulu pun bukan semua orang suka. Ramai juga yang benci. Janganlah dia nak bongkak sangat.
TPM tak perlu layan blogger-blogger yang kononnya kecil hati kerana tak dijemput untuk birthday TPM. Dah memang tak perlu pun TPM layan blogger-blogger macam ini.
Rendah standard TPM kalau layan blogger-blogger nyamuk begitu. Kalau orang lain nak layan, beri makan dan manjakan, ikut mereka.
Satu hari nanti, blogger ini memang akan makan tuan. Bila mereka perasan mereka bagus, mulalah nak demand yang bukan-bukan.
TPM buat keputusan tepat. Bila sambut ulangtahun, libatkan kalangan kawan terdekat sahaja. Mereka yang ada di kanan dan kiri, waktu ada jawatan; dan waktu tak ada jawatan.
TPM kena ingat zaman jadi Ketua Pemuda tak berjawatan. Siapa yang ada di keliling. Mereka layak diberikan perhatian.
Cuma blog ini minta TPM buat lebih baik dalam kenyataan akhbar dan ucapan. Nampak standard macam rendah sangat. OK, nak bawa imej kampung dan back to basic, tapi kalau dah ucapan macam Ketua Kampung, orang dengar pun letih.
Kurangkanlah budaya nak peluk orang setiap masa. Bukan itu yang penting.
Rakyat tunggu pemimpin tangkas. Bukan pemimpin yang lemas dengan puji-pujian.
Januari 5, 2016 at 12:17 pm
Antara Menteri yang paling eksyen, riak dan takabbur dengan adanya SOSMA ini adalah tidak lain dan tidak bukan TPM kita. Bukan main hebat lagi. Sejak ada SOSMA, dia sangka, dialah yang paling berkuasa. Akan lakukan apa sahaja untuk memastikan tidak ada usaha untuk menjatuhkan kerajaan (kononnya).
****************
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has defended the use of the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) 2012 on certain individuals as it facilitates investigations involving national security.Zahid, who is also the Home Minister, said Sosma was a procedural law which allowed for the use of special measures to assist probes on any acts deemed a threat to national security.
“The offences can also be listed under Chapter 6 of the Penal Code that involves offences against the state and Chapter 6A, offences relating to terrorism,” he said in a reply to Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) during question time on Monday.
Shamsul Anuar had asked the Home Ministry to respond to allegations that Sosma has been abused when arresting certain individuals, including Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
*******************
Sebenarnya, banyak nasihat yang telah diberikan kepada TPM supaya tidak menahan individu di atas asbab politik, seperti yang dijanjikan YAB PM di dalam banyak ucapan sebelum ini.
Tapi dek kerana nak tunjuk power dan kepandaian. SOSMA juga dilanyak untuk kepentingan meletakkan imej peribadi mengatasi imej kerajaan.
Zahid sudah buat banyak mistake sebenarnya. Mungkin ramai yang tak perasan, tapi inilah TPM paling culas dan cuai dalam sejarah Negara:-
– Menggunakan SOSMA untuk meletakkan imej diri sebagai hero
– Memandai dalam isu hubungan antarabangsa (membelasah China di dalam program parti yang kecil; sekali lagi mahu tunjuk hero);
– Mendahulukan imej diri berbanding kerajaan
– Meletakkan keperluan Bangladesh tunduk kepada desakan ‘selected companies’ dalam isu buruh asing
– Ucapan hentam keromo dan tidak ada substance
– Kelemahan mengurus isu keselamatan
– Riak dan bangga diri
Semua ini adalah petanda titik kelemahan Zahid yang semakin nyata. Sudah ramai yang bercakap, termasuk di kalangan KSU/Pegawai Kanan Kementerian bahawa Zahid adalah weakest point di dalam kerajaan sekarang.
Ramai KSU yang beranggapan Zahid ini lebih sudu dari kuah. Cuba untuk menonjolkan diri sebagai leader of choice, after Najib.
Ingatan buat team Zahid, perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa. Anda tidak mampu, tidak perlu paksa. Buruk ropernya.
Bawa bertenang. Jangan riak sangat.
Bawa imej sederhana. Tidak perlu ada imej ganas yang dibuat-buat.
Apa yang berlaku dengan pembebasan Khairuddin dan Matthias adalah contoh jelas, politik barbarik ini tidak ada tempat di Malaysia.
Kita perlukan pemimpin yang tenang dan collected. Bukan culas dan temberang lebih.
November 19, 2015 at 4:09 pm
Ramai juga kalangan pegawai kedutaan negara-negara sahabat Malaysia yang mengeluh kerana kemampuan terbatas Timbalan Perdana Menteri dalam bertutur dalam Bahasa Inggeris.
Bahasa diplomasi ini tinggi. Bukan bahasa pertuturan biasa. Mereka berkata, TPM Malaysia tidak faham banyak isu, malah dalam beberapa pertemuan – tidak bercakap seiring dengan apa yang diperkatakan oleh Duta asing.
Kalau trend ini berterusan, mereka khuatir bahawa banyak mesej kerajaan tak sampai kepada Kedutaan Asing. Banyak perkara dan persoalan yang ditimbulkan pun tidak dijawab oleh TPM.
Payah kalau berterusan macam ini. Ketika mana ekonomi dunia sedang meruncing, jika kita tidak ada pimpinan kerajaan yang mampu berkomunikasi dengan baik, kedudukan Malaysia juga semakin dipandang sepi.
Kita faham, kekuatan jaringan politik domestik menjadi kekuatan TPM. Tapi ianya mesti juga diperkukuh di peringkat antarabangsa.
Cepatkan sikit kelas BI TPM. Jangan tangguh. Buat setiap malam kalau boleh. Kalau kedutaan asing pun dah mula perlekeh BI pemimpin kita, ini kes naya.
Ada seorang pegawai kata, nasib baik ada Pegawai Kementerian yang ikut sekali, kalau tidak memang bercakap bahasa ayam. Asyik guna frasa yang sama setiap kali. Dah belajar satu perkataan, perkataan itulah yang dipakai sepanjang masa.
Kes naya buat Malaysia kalau level TPM pun tak mampu bertutur dengan baik dalam bahasa asing.
Ini teguran ikhlas rakyat. Tidak ada niat menjatuhkan.
Oktober 19, 2015 at 11:34 am
Kita tak perlu sebut lah pasal marah perwakilan UMNO Langkawi dan mengeluarkan perkataan kaki kenching. Berulang kali dia sebut. Sampai suruh Presiden pergi berubat. Bunyi macam kasar, tetapi itulah yang bermain di dalam pandangan rakyat.
Kabinet Telegram yang diwujudkan oleh PM tak boleh ada unsur cakap tak serupa bikin. Atau jenis suka sembang kencang. Atau sembang bikin bimbang. Atau nak poyo dengan jawatan.
Kabinet Telegram @ Whatsapp ini juga mesti ada integriti. Cakap mesti buat. Janji mesti tepat. Jangan main suka sebut dan tak laksana. Rakyat nanti tak suka.
Terbaru, janji TPM/Menteri KDN kononnya ada MASTER CONSPIRATOR yang akan menyerah diri dan meminta ampun daripada PM petang semalam. Pukul 6 petang. Kononnya Master Conspirator ini ORANG TUA dan salah seorang Ahli Parlimen. Tugas utama: mencari cukup sokongan Ahli Parlimen lain untuk menyokong usaha menggulingkan PM.
Mana orangnya? Siapa dia?
TPM jangan main serkap jarang. Konon maklumat tidak diperoleh tepi jalan. Maklumat sahih. Tapi tak ada orangnya.
Dikatakan juga, sedang mencari seorang kambing hitam yang nak mengaku buat seperti itu. Siapa nak mengaku?
TPM kena ingat, ini bukan boleh seorang Ahli Parlimen biasa. Mesti ada stature. Bukan jenis macam Ahli Parlimen Grik atau Setiawangsa. Jenis ikut cakap macam pet.
Mesti Ahli Parlimen senior. Ada nama. Jawatan penting. Bukan setakat orang yang cakap pun tak berapa senang nak faham.
Integriti TPM bergantung kepada cerita ini.
Kalau setakat sembang buat bimbang, tak payah buang masa lah.
Charge terus kalau betul ada. Charge sebagai pengkhianat negara.
Ogos 17, 2015 at 2:54 pm
Nampaknya kali ini PM betul-betul tunjukkan langkah untuk berdepan dengan sesiapa sahaja. Selepas disindir di UMNO Cheras, nampaknya PM tak boleh tahan dan rasanya wajar mengambil tindakan.
Kita ucap TAHNIAH di atas keberanian ini, dan mendoakan kabinet baru PM nanti akan mampu memberikan impak dan kesan yang terbaik kepada kerajaan dan parti. Sementelahan kuasa ada di tangan Perdana Menteri, gunakan sebaik mungkin untuk memastikan survival terus terjaga dan terpelihara.
Kita cuma harap PM tidak under estimate kesan kepada tindakan seperti ini. Mungkin juga, tidak ramai Ketua Bahagian yang seiringan dengan TPM, tetapi beliau masih ada pengikut dan pendokong yang setia. UMNO yang terpecah-pecah, bukanlah satu resipi baik untuk masa hadapan politik Malaysia.
Apa Pilihan Muhyiddin?
Kekal sebagai TPM, dan tidak berportfolio adalah juga satu penghinaan. Elok agaknya dikeluarkan terus dan Muhyiddin bergerak dari luar kabinet.
Ada juga yang meminta Muhyiddin menggerakkan Harapan Baru di dalam UMNO. Macam-macam cadangan.
Kita semua tahu, Muhyiddin bukan calang-calang pemimpin. Ada jurus dan ilmu memimpin.
Tapi apa yang berlaku ini adalah satu dinamisme luar biasa segar dalam politik Malaysia. Segala-galanya berubah dalam masa satu hari.
Agaknya PM dah baca buku 48 Laws of Power:-
4 Ways To Safe-Guard And Grow Your Reputation
1. Never appear desperate in your self-defense against the slander of others
Do not let yourself get angry or defensive at the slanderous comments of your enemies, it reveals insecurity, not confidence in your reputation. Take the high road instead, and never appear desperate in your self-defense.
(Tengok macamana Najib salam Muhyiddin di open house CIMB. Cool. Confident. Pahlawan Bugis. Belakang ada keris).
2. Sow doubt and spread rumors about your rival
An attack on another man’s reputation is a potent weapon, particularly when you have less power than he does. He has much more to lose in such a battle, and your own thus-far-small reputation gives him a small target when he tries to return your fire.
P.T. Barnum used such campaigns to great effect in his early career. But this tactic must be practiced with skill; you must not seem to engage in petty vengeance. If you do not break your enemy’s reputation cleverly, you will inadvertently ruin your own. Even if they vehemently deny it, people will still be wondering why they are so defensive. Barnum used this tactics to ruin his competition’s Peale’s reputation by sowing doubts about Peale’s museum stability and solvency. Doubt is a powerful weapon: Once you let it out of the bag with insidious rumors, your opponents are in a horrible dilemma. On the one hand they can deny the rumors, even prove that you have slandered them. But a layer of suspicion will remain: Why are they defending themselves so desperately? Maybe the rumor has some truth to it? If, on the other hand, they take the high road and ignore you, the doubts, unrequited, will be even stronger. If done correctly, the sowing of rumors can so infuriate and unsettle your rivals that in defending themselves they will make numerous mistakes. This is the perfect weapon for those who have no reputation of their own to work from.
(Sebaik sahaja Muhyiddin balun, macam-macam cerita zaman MB Johor yang keluar. Nampak? Ini semua permainan. Kita kena faham).
3. If you go too far in attacking another’s reputation, it draws more attention to your wrongfulness than to the person you are slandering.
Thomas Edison, considered the inventor who harnessed electricity, believed that a workable system would have to be based on direct current (DC). When the Serbian scientist Nikola Tesla appeared to have succeeded in creating a system based on alternating current (AC), Edison was furious. He determined to ruin Tesla’s reputation, by making the public believe that the AC system was inherently unsafe, and Tesla irresponsible in promoting it. To this end he captured all kinds of household pets and electrocuted them to death with an AC current. When this wasn’t enough, in 1890 he got New York State prison authorities to organize the world’s first execution by electrocution, using an AC current. But Edison’s electrocution experiments had all been with small creatures; the charge was too weak, and the man was only half killed. In perhaps the country’s crudest state-authorized execution, the procedure had to be repeated. It was an awful spectacle. Although, in the long run, it is Edison’s name that has survived, at the time his campaign damaged his own reputation more than Tesla’s. He backed off. The lesson is simple—never go too far in attacks like these, for that will draw more attention to your own wrongfulness than to the person you are slandering.
4. Use humor or gentle mockery at your rival’s expense
When your own reputation is solid, use subtler tactics, such as satire and ridicule, to weaken your opponent while making you out as a charming rogue. The mighty lion toys with the mouse that crosses his path—any other reaction would mar his fearsome reputation. Once Barnum did have a reputation of his own, he used the fake hypnotism demonstration: He ridiculed his rival Peale’s reputation. He was extremely successful. Once you have a solid base of respect, ridiculing your opponent puts him on the defensive and draws more attention to you, enhancing your own reputation. Outright slander and insult are too strong at this point; they are ugly, and may hurt you more than help you. But gentle humor and mockery suggest that you have a strong enough sense of your own worth to enjoy a good laugh at your rival’s expense. A humorous front can make you out as a harmless entertainer while poking holes in the reputation of your rival. – See more at: http://48laws-of-power.blogspot.com/2011/05/law-5-so-much-depends-on-reputation.html#sthash.KBN1rsHk.dpuf
(Selepas ini banyaklah senda gurau kasar yang akan digunakan. Kita yang rakyat biasa ni mungkin tak faham. Tapi kita tengok sahajalah).
Selamat Berkhidmat Kabinet Baru!!!
Julai 28, 2015 at 2:17 pm
Katanya, antara sebab utama Najib enggan meletakkan jawatan adalah kerisauan beliau bahawa ramai rakan-rakannya akan dihadapkan ke muka pengadilan, terutamanya apabila Muhyiddin berkuasa.
Ramai kalangan Ketua Bahagian yang tidak gemarkan TSMY. Kepada mereka, TSMY bukanlah orang yang mesra dengan parti. Selalu sentap dan tidak serasi dengan budaya hulur dan tabur. Setakat pagi ini pun, listing Ketua Bahagian yang bersama TSMY tidak sampai 8 orang.
Walaupun TSMY adalah Timbalan yang baik selama ini, tetapi sejujurnya TSMY bukanlah calon lengkap sebagai PM baru Malaysia. Banyak juga almari di MoE dan JPM yang akan terbuka. Banyak juga kontrak yang akan dilihat dan dinilai semula. Tak banyak beza rupanya.
Mungkin tidaklah ada syarikat sebesar 1MDB. Tetapi peranan individu-individu tertentu di dalam Pejabat TPM pun boleh tahan kasarnya.
Nama-nama orang keliling TPM bukanlah bersih sangat. Banyak juga yang didengar dan diketahui.
Itu termasuklah kontrak kerja komunikasi, pengiklanan yang didominasi oleh seorang Setiausaha Akhbar yang ganas dan garang. Katanya jumlah keseluruhan kontrak memakan belanja puluhan juta (yang turut dikongsi dengan beberapa orang di pejabat TPM).
Banyak juga isu di peringkat JPN/PPD yang menyebabkan rakan-rakan rapat TPM semuanya menyapu bersih kontrak dan kerja-kerja bernilai besar.
Sebab itu, katanya ada deal baru yang sedang dibawa oleh orang yang berpengaruh:-
1. Najib letak jawatan.
2. Muhyiddin letak jawatan.
3. Zahid jadi PM.
4. Hisham jadi TPM.
Ini solusi yang terbaik untuk UMNO dan BN. Dengan situasi begini, akan berlaku landslide changes di peringkat kabinet/perhubungan negeri. Barulah UMNO ada taring untuk memperbaiki keadaan.
Katanya, senarai kabinet BARU sudahpun disusun. Kuda tua yang sudah tidak mampu diketepikan sama sekali (dengan skim pampasan jangka panjang 3 keturunan).
Pakej ini katanya yang terbaik mampu difikirkan.
Akan dibawa ke perhatian MT dalam masa yang terdekat.
Pakej ini kalau menjadi, rasanya kali pertama dalam sejarah PM dan TPM letak jawatan secara bersekali.
Zahid tidak sempurna. Tapi untuk tempoh sementara menjelang GE14, rasanya dia pilihan terbaik.
Khabarnya Muhyiddin agak terbuka dengan cadangan ini. Tapi syarat utama: BOTH OF THEM SHOULD GO.
Tun Najib Razak
Tun Muhyiddin Yassin
Tun Rosmah Mansor
Tun Norainee Abdul Rahman
All case closed. Back to routine.
Dah kena dah bunyi tu.
Julai 23, 2015 at 11:52 am
Malaysians should avoid making allegations about the economy until they are proven true as they involved national interests, says Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin.
National news agency Bernama reported Muhyiddin as saying today that the reason the public should avoid making such claims was that they were a big issue. He was responding to allegations of economic sabotage in the country.
“We cannot simply make spurious allegations or wild accusations.
———————–
Cantik lah tu. Abg Din pun nak main game juga. Ekonomi merudum dek kerana spekulator, boleh salahkan PM, bukan TPM. Macam sama ajer dengan modus operandi Anwar. Jangan lupa, Muhyiddin memang budak Anwar pun dari dahulu. Ada yang kita nak hairan? Tak perlu.
Politik ini permainan. Tengok siapa cekap main game. Muhyiddin bukan tak ada cerita busuk. Ada juga. Kalau nak lempar isu Bistarinet sahaja pun cukup. Tapi nampak bersih. Tidak seperti 1MDB.
‘IN POLITICS STUPIDITY IS NOT A HANDICAP’
Cuba Abg Din tengok posting TMI dan The Edge; dan letak diri sebagai TPM – dan bukan Muhyiddin Yassin. Tak rasa panas dan tempias? Kerajaan dimomok dengan bermacam cerita yang buruk dan hodoh. Tak rasa?
Pesan dekat semua pegawai Abg Din – jangan sedap nak lanyak PM dalam perbualan mereka dengan Ketua-Ketua Bahagian. Macam tak ada share dalam kabinet pulak. Semuanya pulangkan kepada PM.
Ada juga pegawai Abg Din yang dah jadi lebih daripada peguam pulak. Dia pulak bercerita pasal Sirul macam jiran sebelah rumah.
Abg Din, semua orang tahu Abg Din dah pernah nak give up pada satu masa. Dah malas dan penat kononnya. Bila disuakan dengan kemungkinan lawan Najib, Abg Din juga buat muka seposen kononnya tak mahu langgar tradisi.
Sekarang ini dah mula nak buat cerita lain.
Cuba The Edge dan TMI lanyak cerita Bistarinet secukupnya. Larat Abg Din nak jawab. Minta YTL transparent berapa pegawai politik yang berada dalam senarai “top-up” YTL. Berapa dana politik yang YTL beri.
Jangan tunjuk bersih sangat. Momok banyak juga dalam almari tu.
Februari 6, 2015 at 5:48 pm
Kiriman Terdahulu
Maklum Balas Pembaca