Posts tagged ‘Zahid Hamidi’
Payah Lah Kalau TPM Pun Kata RASUAH Punca Banjir Kilat
Ini tuduhan semberono atau apa? Zahid bukan macam ini. Zahid sangat hati-hati. Tak main tuduh semacam itu sahaja.
Bila Zahid kata, projek besar taja rasuah dalam Kuala Lumpur, projek mana yang Zahid katakan ini?
– Menara Warisan?
– TRX?
– MRT?
– Projek sekitar Mid Valley?
Be specific lah TPM. Jangan main sebat sahaja.
Bila Zahid kata rasuah, agensi mana yang terlibat?
– DBKL?
– JPS?
– Bomba?
– KPT?
Apakah ini bermakna TPM sendiri pun dah tak percaya dengan sistem kerajaan? Apakah teruk sangat corruption sampai TPM boleh main sembur macam itu sahaja? Tak ada political sensitivity langsung.
Menyalahkan rasuah ini memang mudah. Nak dapat markah cepat. Soalnya ada impak positif tak kepada kerajaan?
Kumpulan Keris 2314 Mahu Zahid Lebih Berani?
Bila ditanya, ada kemungkinan menang 2/3 kerusi Parlimen. Mereka kata boleh dibuat, dengan beberapa syarat yang mesti UMNO buat seberapa segera.
Nak juga bertanya, apa syarat-syaratnya?
i. Mesti ada peralihan sekurang-kurangnya setahun sebelum PRU. Makna kata, kalau nak PRU tahun 2018, 2017 mesti ada peralihan kuasa.
ii. Zahid mesti dinamakan sebagai PM.
iii. Zahid mesti diberikan hak menentukan siapa TPM (tidak terikat dengan perjanjian yang dibuat sebelum ini).
iv. Ekonomi berada dalam keadaan baik.
v. Tidak ada isu dan skandal besar yang lain.
vi. Mereka yang terlibat dengan 1MDB mesti dibawa ke muka pengadilan.
Grup 2314 ini percaya, kalau kelima-lima syarat ini diterima, maka akan besarlah harapan dan kemungkinan BN menang 2/3 kerusi Parlimen dalam pilihanraya akan datang.
Negeri? Negeri tak penting. Yang kita mahu adalah dua pertiga. Itu lebih utama.
Kita kena puji juga mereka ini, sekurang-kurangnya mereka masih yakin dengan UMNO dan BN. Mereka mahu buat kerja dan yakin kewibawaan Boss merek (Zahid Hamidi) akan mengembalikan kegemilangan UMNO/BN.
Mereka juga kata, Zahid ada “senjata tersembunyi” yang akan hanya diumumkan bila berlaku peralihan kuasa.
Akan ada FEEL GOOD FACTOR, akan ada WOW FACTOR – akan ada usaha meletakkan Zahid sebagai Statesman yang tidak pernah disangka-sangka.
Kita jangan pandang enteng kemampuan Zahid Hamidi. Beliau berjaya survive kemelut Mahathir-Anwar, Pak Lah-Mahathir dan Najib-Mahathir. Master politician. Sangat taktikal dalam gerakan politik.
Cells politik Zahid dikatakan paling aktif pada masa ini. Siap pasang jentera di setiap negeri. Control politik Bahagian yang dahsyat.
Sentiasa call Ketua-Ketua UMNO Bahagian hampir setiap hari.
Kita harap mereka berjaya dengan agenda 2314 ini.
Kepimpinan Zahid Hamidi Sekadar Mediocre
Zahid dipilih kerana mahukan kedudukan UMNO yang lebih terjamin. Zahid punya kekuatan hampir 103 orang Ketua Bahagian. Ini yang membuatkan Najib sedikit risau.
Kalau 103 orang Ketua Bahagian ini pusing, ada kapal yang tenggelam.
Entah macam mana, Zahid Hamidi tidak menyinar seperti diharapkan, Ucapan tidak tersusun. Strategi bersepah. Kelemahan tak mampu nak ditutup lagi.
Walaupun dilatih oleh top notch politicians seperti Anwar dan Najib, tapi apa yang Zahid pamirkan sekarang tak ubah seperti politik kampung.
Antara yang disebutkan dalam banyak pertemuan kecil
– Mediocre leadership
– Losing control
– No mastery dan finesse in communication
– Image build up (huge failure)
– Lack of focus
– Bystander politician
Apa jadi dengan Zahid? Ke mana pergi semua pakar rujuk dan konsultan yang dilantik?
Antara yang paling berat adalah apabila ucapan Zahid tak ubah macam Ketua Kampung rasmi Balai Raya. Dah banyak kali. Tidak ada aura sebagai TPM pun. Lebih kepada Wak Jawa kampung.
Terbaru, apabila Zahid umumkan kononnya akan wujudkan Panel Tertinggi untuk kos sara hidup. Nampak bodoh sangat.
Benda dah ada sekian lama. Muhyiddin yang Pengerusikan.
Apa salah, buat mesyuarat dulu, dan kaji 4/5 perkara yang boleh dilaksanakan segera sebelum naik sekolah ini.
Umum strategi, bukan nama Menteri.
Payah juga kalau tak berapa cerdik ni
PAU 2015 Yang Sangat Awkward
Adalah sesuatu yang janggal, apabila Muhyiddin akan berada di sebelah Najib di sepanjang masa PAU. Awkward. Janggal. Kerana Najib lah yang membuat keputusan untuk tidak membenarkan Muhyiddin menyampaikan ucapan perasmian sayap-sayap.
Shapie Apdal pun ada di atas pentas. Pasti matanya galak memerhati tingkah laku perwakilan dan pemimpin. Pening.
Jika Tun Mahathir hadir, Tun mestilah duduk di barisan hadapan sekali. Siap memerhati Najib. Menilai ucapan Najib satu persatu. Tanpa ada ketinggalan.
Ada yang kata, Tun Mahathir akan bangun dan menuju ke rostrum. Tun Mahathir nak berucap. Siapa yang mampu halang? Dato’ Seri Raof kalau langgar Tun dari belakang, rasanya masuk hospital Tun. Menghalang Tun, media satu dunia akan laporkan. Macamana nak manage tu?
Setakat yang blog ini tahu, ada satu segmen khas di dalam ucapan Najib yang membalun Tun M satu persatu.
Apa jadi dengan segmen itu? Nak diteruskan?
Katanya ada juga fakta dan pendedahan mengenai segala kontrak yang pernah dilanyak oleh anak beranak Tun Mahathir. Backfire???
Apa kata Mukhriz Mahathir yang ada atas pentas? Tunduk dan buat muka hensem?
PAU kali ini akan jadi sangat awkward. Mungkin pertama kali dalam sejarah, Mantan Presiden UMNO diminta keluar Dewan oleh Pengerusi Tetap. Sanggup ke Pengerusi Tetap nak buat?
Kita doakan PAU kali ini jadi medan untuk mengukuh UMNO. Cara macamana? Kita serahkan kepada pemimpin kita.
Memang nampak macam janggal dan awkward. Asal boleh bersidang sudah. Janji aman dan makmur
SOSMA Memalukan Zahid dan Peguam Negara
****************
Deputy Prime Minister Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi has defended the use of the Security Offences (Special Measures) Act (Sosma) 2012 on certain individuals as it facilitates investigations involving national security.Zahid, who is also the Home Minister, said Sosma was a procedural law which allowed for the use of special measures to assist probes on any acts deemed a threat to national security.
“The offences can also be listed under Chapter 6 of the Penal Code that involves offences against the state and Chapter 6A, offences relating to terrorism,” he said in a reply to Datuk Shamsul Anuar Nasarah (BN-Lenggong) during question time on Monday.
Shamsul Anuar had asked the Home Ministry to respond to allegations that Sosma has been abused when arresting certain individuals, including Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
*******************
Sebenarnya, banyak nasihat yang telah diberikan kepada TPM supaya tidak menahan individu di atas asbab politik, seperti yang dijanjikan YAB PM di dalam banyak ucapan sebelum ini.
Tapi dek kerana nak tunjuk power dan kepandaian. SOSMA juga dilanyak untuk kepentingan meletakkan imej peribadi mengatasi imej kerajaan.
Zahid sudah buat banyak mistake sebenarnya. Mungkin ramai yang tak perasan, tapi inilah TPM paling culas dan cuai dalam sejarah Negara:-
– Menggunakan SOSMA untuk meletakkan imej diri sebagai hero
– Memandai dalam isu hubungan antarabangsa (membelasah China di dalam program parti yang kecil; sekali lagi mahu tunjuk hero);
– Mendahulukan imej diri berbanding kerajaan
– Ucapan hentam keromo dan tidak ada substance
– Riak dan bangga diri
Semua ini adalah petanda titik kelemahan Zahid yang semakin nyata. Sudah ramai yang bercakap, termasuk di kalangan KSU/Pegawai Kanan Kementerian bahawa Zahid adalah weakest point di dalam kerajaan sekarang.
Ramai KSU yang beranggapan Zahid ini lebih sudu dari kuah. Cuba untuk menonjolkan diri sebagai leader of choice, after Najib.
Ingatan buat team Zahid, perkara ini tidak boleh dipaksa-paksa. Anda tidak mampu, tidak perlu paksa. Buruk ropernya.
Bawa bertenang. Jangan riak sangat.
Bawa imej sederhana. Tidak perlu ada imej ganas yang dibuat-buat.
Apa yang berlaku dengan pembebasan Khairuddin dan Matthias adalah contoh jelas, politik barbarik ini tidak ada tempat di Malaysia.
Kita perlukan pemimpin yang tenang dan collected. Bukan culas dan temberang lebih.
Jika Nak Naik Markah Politik – Tarik Balik Penangguhan Pemilihan UMNO. Biar Ahli Tentukan Siapa Layak Pegang Jawatan. Berani???
10.17 Majlis Tertinggi berhak menangguhkan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi, Bahagian dan Cawangan. Penangguhan ini tidak boleh lebih daripada 18 bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya ia diadakan.
TANGGUNGJAWAB DAN HAK AHLI
6.1 Tiap-tiap ahli mempunyai tanggungjawab seperti berikut: 6.1.1 Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya.
6.1.2 Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi.
6.1.3 Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti.
6.1.4 Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti.
6.1.5 Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.
6.1.6 Berkhidmat kepada orang ramai.
6.1.7 Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh Negara.
Tawaran Baru: Pakej Perletakan Jawatan PM & TPM Bersekali
Zahid Hamidi; Surat Sokongan Membantu Kongsi Gelap Kepada FBI; Menyelamat Ketua Triad; Loyar Selebriti; Integriti Menteri dan Nama Baik KERAJAAN MALAYSIA
“Pada waktu yang sama kita minta orang ramai supaya berhati-hati kerana penjenayah adalah buta warna. Mereka tidak kenal siapakah mangsa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Jalinan Kasih Aidilfitri Parlimen Bagan Datoh semalam.
Kementerian Dalam Negeri mencadangkan agar Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) diperkukuhkan lagi dengan membenarkan maklumat daripada semua intipan komunikasi diambil untuk digunakan sebagai bahan bukti di mahkamah bagi menangani sebarang aktiviti keganasan dalam negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, undang-undang sedia ada termasuk SOSMA dilihat kurang berkesan dari segi pencegahan kerana setiap pendakwaan memerlukan bahan bukti yang jelas di mahkamah.
Zahid Lambat; Hisham Dah ONN Jaafar
Siapa TAJA Serangan Terhadap Zahid Hamidi?
Bukan main, secara tiba-tiba, Zahid Hamidi yang pernah jadi Shah Rukh
Khan kepada politik Melayu/UMNO sudah kehilangan aura dan nampak macam
nak kena belasah kanan dan kiri. Benda macam ini tak berlaku secara
sengaja. Ada sebab ni. Ada sebab.
Mungkin Zahid kurang hulur beberapa orang blogger yang selama ini
mengangkat dia macam hero Melayu yang sangat hebat. Zahid Hamidi ada
jelmaan Singa UMNO – Syed Jaafar Albar. Ada jelmaan Harun Idris. Ada
jelmaan Anwar Ibrahim. Ooops…salah tulis.
Zahid rasanya sudah terlalu selesa dengan kedudukan pada ketika ini.
Terdengar orang kanan Zahid bercakap berdegar-degar, kali ini hanya
Allah SWT sahaja yang boleh menafikan Zahid daripada kedudukan
Timbalan Presiden UMNO.
Malahan, dalam census terkini yang dibuat oleh beberapa orang
academician, Zahid Hamidi berada tinggi 15 % anak tangga berbanding
Najib! Jangan main-main brader. Nak jolok Najib pun Zahid mampu.
Soalnya kenapa Zahid under attack?
i) Ada pihak yang tidak puas hati dengan peranan broker yang Zahid
mainkan dalam isu Najib dan Anwar. Ada pihak yang anggap Zahid sebagai
pengkhianat kerana bersungguh sangat nak bawa bekas towkay besarnya ke
dalam UMNO.
ii) Ada kalangan Naib Presiden yang mahukan imej Zahid jahanam.
Semuanya kerada ada bukti Zahid kencing kawan-kawan dalam Pemilihan
parti yang lalu.
iii) Zahid terlalu beria-ia canang diri sebagai Timbalan Presiden UMNO
yang baru.
iv) Zahid sudah beria-ia susun kalangan kawan-kawan sebagai Naib
Presiden UMNO penggal akan datang. Azeez, Khairy Jamaluddin dan Idris
Haron jadi pilihan.
v) Zahid sudah acting sebagai Timbalan Presiden termasuk mempunyai war
room yang paling mantap di kalangan Naib-Naib Presiden.
Apapun yang berlaku, kita tak boleh tolak niat baik Zahid Hamidi
begitu sahaja. Zahid memang sayang Anwar buat sekian lama. Itu tak
boleh nak tolak dalam DNA. Kesetiaan ini dibina berpuluh tahun.
Cuma mungkin Zahid kena ingat balik pepatah jawa yang selalu dia
ucapkan waktu jadi Ketua Pemuda UMNO dulu.
Ngluruk Tanpa Bala
Menang Tanpa Ngasorake
Sekti Tanpa Aji-Aji
Sugih Tanpa Bandha
Maklum Balas Pembaca