Posts tagged ‘Kementerian Belia dan Sukan’

Cartel Apa Yang Wujud di KBS???

Mudah sangat Menteri KBS kata tak tahu apa yang berlaku. Ini bukan laporan kewangan PIBG di Rembau. Ini soal kewangan negara. Kalau Menteri boleh kata tak tahu, elok berhenti sahaja jadi Menteri.

Blog ini konsisten mengatakan, masalah utama negara kita bermula apabila kita ada mediocre menjawat jawatan tinggi di Kementerian dan Negara. Mediocre di peringkat TKSU. Di peringkat KSU. Hinggalah ke peringkat KSP dan KSN.

14hb Mac 2016 – KSN umumkan perlantikan empat orang KSU baru. Dua orang yang terlibat adalah daripada KBS.

Jamil Salleh – pergi ke KPDNKK

Lokman Hakim – jadi KSU KBS

Ada tak logik yang kedua-dua orang ini tak tahu apa yang berlaku dengan Tabung Amanah Sukan Negara? Logik?

Takkanlah KSU/TKSU pergi Opis asyik dengan program Fit Malaysia, sampai lupa dengan apa yang ada di bawah tanggungjawab mereka?

Gagal kenalpasti kelemahan Kementerian pun naik pangkat sampai KSU???

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini, pada 2013 sahaja ada RM150,000,000.000. Takkanlah dua KSU/TKSU yang naik pangkat tak perasan?

KSN, kalau ada maruah, TARIK BALIK KENAIKAN PANGKAT KEDUA-DUA ORANG INI, sampai habis siasatan.

Nak songlap macam ini punya banyak, bukan kerja satu dua orang.

Kumpulan Wang Amanah Sukan ini kena approval MoF. Siapa yang approve?

Berapa lagi Tabung Amanah yang kena sakau kita tak tahu.

p/s: SPRM SIASAT SAMA PEJABAT MENTERI!!!

Mac 22, 2016 at 5:08 pm 1 komen

Teruknya RASUAH di Kementerian Belia dan Sukan! Apa Cerita MSN? Apa cerita ISN?

Terkejut dengar level rasuah yang ada di KBS. Kementerian lain pun ada sebenarnya, kebetulan KBS yang kantoi. Kantoi macam tu punya besar pulak tu. Ini bukan kerja satu dua orang. Mesti ada ramai dalam skim hebat macam ni.

Kementerian mana pun di Malaysia ni, akan ada kartel yang wujud. Tak besar, kecik. Tak kecik, besar. Biasanya kartel ini dari bawah, sehinggalah jejak ke pejabat Menteri.

Menteri KBS kena kerja kuat sikit lah, basmi rasuah. Bukan sahaja dalam KBS, tetapi dalam semua agensi yang ada. MSN? ISN? Bersih?

Bila DAP desak Menteri KBS letak jawatan, itu adalah cabaran. Kita ingat orang muda akan ada perangai baik.

Elok SPRM selongkar semula semua bajet yang ada di KBS.

Fit Malaysia (event) diberi kepada siapa? Bayaran?

Hari Belia Negara (event) diberi kepada siapa? Bayaran?

Yearly budget, perbekalan di dalam MSN tak pernah kurang RM200 juta. Kalau songlap RM10 juta setahun pun mungkin orang tak perasan.

Total bajet KBS untuk 2016 – dekat Rm1 bilion. Kalau tiris macam ini, nampaknya kita boleh agak mengapa sukan kita tak berapa nak mantap.

Takkanlah YB Menteri beri penerangan 3 para, selesai semua isu.

Harap SPRM selidik semua sekali. Alang-alang cari, bio sampai jumpa punca rasuah.

Katanya Pejabat Menteri KBS pun ramai broker.

Itu belum masuk orang kuat DAP yang kerja dengan Menteri.

Tahniah!!!

p/s: kebetulan pula bila isu Guan Eng keluar, KBS kena macam ini. Ada kerjasama dalaman untuk divert isu ke??? Tanya jep.

Mac 21, 2016 at 12:25 pm 1 komen

INI KHAIRY LAH!

Khairy Jamaluddin 07Ramai kalangan pegawai-pegawai PTD di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mula berbisik sesama sendiri mengenai tingkah laku Menteri baru di kementerian berkenaan. Ramai juga yang mula tutup buku peraturan dan sebagainya, sebab banyak keputusan dilakukan mengikut kepala YB Menteri.

Betul, Menteri ada kuasa.

Betul, Menteri belajar tinggi.

Betul, Menteri ada pengalaman sebagai Pegawai Khas TPM.

Betul, Menteri pandai bercakap.

Tapi tak semuanya YB Menteri tahu. Sekarang ini, di KBS dikatakan sedang berlaku agenda FARAID JAWATAN di kalangan kawan-kawan. Pemegang amanah kepada sistem FARAID ini adalah tidak lain dan tidak bukan, Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub. Dialah pemegang kuasa khas, untuk bertindak bagi pihak Menteri.

Di dalam tangan Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub, diletakkan senarai-senarai jawatan yang boleh difaraidkan di kalangan kawan-kawan.

Dimaklumkan oleh Pegawai PTD (agak kanan di KBS), ada dua list Pejabat Menteri.

1) List Pertama – Wajib dicarikan jawatan dengan apa sahaja cara sekalipun.

2) List Kedua – Jawatan bodoh-bodoh pun cukup.

Sebab itu, blog ini tidak ada kehairanan langsung apabila kalangan rakan blogger yang marah-marah dengan keputusan membatalkan ucapan Tun Mahathir bersama orang muda.

Arahan Menteri. Bila ditanya, tidak takut dengan respons Tun? Jawapan yang diberi.

INI KHAIRY LAH!

Pegawai-pegawai kanan PTD pun risau, kerana dalam masa terdekat, KBS akan membentangkan satu kertas kabinet khas, LARANGAN BADAN-BADAN SUKAN DITERAJUI OLEH AHLI POLITIK DAN KERABAT DI RAJA. Kertas itu memang di atas permintaan YB Menteri. Bila ditegur oleh beberapa orang kanan KBS. Jawapan yang diberi.

INI KHAIRY LAH!

Kepada YB Menteri KBS, kakitangan di KBS semuanya FOOLS dan HIGHLY CORRUPTED. Yang bersih, hanya Pejabat Menteri.

Kakitangan KBS juga resah, kerana pembahagian jawatan mengikut sistem FARAID juga akan berlaku di banyak agensi KBS.

Paling awal terkena tempias.

Perbadanan Stadium Malaysia. Lantikan baru:-

– Dato’ Rozabil Ben Al-Perlisi

– Dato’ Rizalman Mokhtar (Ketua Pemuda Wilayah)

– Encik Ruben Emir Ghanalingam (share partner YB Menteri)

– Encik Jason Jonathan LO (Jason Lo, kenai dak?)

http://www.stadium.gov.my/index.php/my/mengenai-kami/kumpulan-pengurusan

Bila beri jawatan kepada orang yang ganas. Inilah jadinya.

Pening kepala pegawai-pegawai kerajaan di KBS. Pening. Ini lebih ganas daripada PEMANDU beb.

Sekarang Megat Firdouz Megat Junid Megat Ayub sedang teliti ratusan lagi jawatan yang nak difaraidkan kepada penyokong tegar.

Jangan berebut. Tunggu. Pegawai PTD di KBS sedang tunggu wahyu Pejabat Menteri.

Julai 4, 2013 at 2:22 pm 1 komen


April 2024
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Capaian Umum

  • 75,348,948 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada