Datin Mastura Idea Siapa?
Mei 30, 2016 at 12:16 pm 3 comments
Kalau sebelum melangkah dah ada masalah, itu tandanya ada yang tak kena.
Blog ini merisik juga nak tahu siapa yang guna idea tampilkan isteri bekas Wakil Rakyat sebagai calon di Kuala Kangsar. Katanya, yang paling kuat melobi adalah seorang Naib Presiden. Dia yang berani beri jaminan, jika letak Datin Mastura, kemenangan sudah 90 % pasti.
Undi simpati dalam pilihanraya memang ada kalanya berguna. Outpuring of sympathy and despair, ada kalanya memang menjadi. Banyak dah terjadi sebelum ini.
Tapi soalnya apakah calon itu sendiri bersedia.
Mastura pun guna kad simpati. Tak cerita pasal khidmat. Tak cerita pasal kemampuan. Tak cerita pasal kesungguhan meneruskan khidmat Allahyarham suami dahulu.
Belum-belum dah kena balun soal iddah dan pengetahuan hukum agama. Sudah defensif. Sudahlah cuba raih simpati, defensif pulak.
Kita harap idea ini menjadi. Memilih wakil rakyat atas dasar simpati, memang tidak berdosa tetapi akan meletakkan calon sendiri dalam tekanan.
Selepas ini apa? Mastura nak bertanding apa? Ketua Wanita Bahagian? Nak jadi Exco Wanita UMNO Malaysia? Semua atas dasar simpati ke?
Arwah ada anak lelaki. Patut fikirkan lebih sempurna. Bukan tangkap muat macam ini
Entry filed under: Datin Mastura, Kuala Kangsar, Uncategorized. Tags: Datin Mastura, Exco Wanita, Kuala Kangsar, UMNO, wakil rakyat.
3 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. gabenorjohor | Mei 30, 2016 at 1:43 pm
habis tu Anwar@PKR pilih wan azizah atas dasar apa?bukan ker simpati terhadap pemenjaraan anwar?Anwar@PKR pilih nurul izzah atas dasar apa?bukan ker simpati terhadap prmenjaraan anwar juga?
2. Husin lempoyang | Mei 30, 2016 at 8:30 pm
Ni ciplak idea bn sabah masa adun sabah yg meninggal accident motor dulu. Lepas tu letak wife dia masa prk. Menang .. senang jer nak ciplak idea ni.. tak perlu think tank pun.
3. Tanpa Nama | Jun 6, 2016 at 6:30 pm
sy rasa sbg org yg dlm situasi itu,pn.mastura boleh menolak utk tdk terbabit dlm apa2 hal politik dan mmilih utk menghormati suami yg baru meninggal dunia. sekadar pandangan sy yg cetek saja