Archive for Disember 16, 2009

‘Sayap pemuda PKR mulakan siri 40 ceramah ‘bela’ Anwar ‘ – Mahu Buat Mahkamah Sendiri?

Terkejut pun ada dengan tajuk satu artikel di The Malaysian Insider yang membayangkan betapa wujudnya usaha untuk mengadakan satu lagi ‘Mahkamah Keadilan Anwar’ di luar sistem perundangan sedia ada untuk kes sodomi yang bakal berlangsung nanti. PKR nampak desperate. Takut dengan mahkamah. Takut dengan keadilan perundangan yang ada. Kenapa takut? Kenapa perlu ada mahkamah sendiri untuk ‘membela’ Anwar? Apakah juga agaknya bentuk ceramah yang ingin disampaikan. Menurut kata Tian Chua, ada ceramah yang dihadiri sendiri oleh Anwar; ada yang tidak. So, Anwar kata dia tak salah. Bersumpahlah agaknya sambil menjunjung Quran. Apakah ini tidak sub judice kepada kes yang sedia ada?

Sebagai rakyat biasa, ramai yang menginginkan Anwar diadili oleh sistem mahkamah yang telus dan adil. Walaupun mungkin kita tidak bersetuju dengan Anwar, tapi ini hak beliau untuk memperolehi ruang yang sebaiknya untuk mempertahankan diri. Tidak harus ada usaha untuk menganggu gugat keputusan dan proses mahkamah. Anwar mesti bebas untuk mempertahan diri dalam tuduhan yang dilakukan oleh mangsa. Ini standard biasa.

Justeru, apa perlunya siri ceramah bela Anwar ini? Apakah PDRM akan membenarkan ceramah ini berterusan? Apakah tidak ada elemen ‘contempt of court’ dilakukan, sebab kes ini bakal diadili di mahkamah? Yang Anwar jadi ‘seriau’ tak tentu hala ini kenapa? Kalau tak salah, mestilah berani untuk mengatakannya dalam ruang lingkup perundangan yang ada. Takkanlah, Anwar sebagai seorang ‘pemikir sejagat’ tidak mampu memberanikan diri untuk menghamburkan segala fakta di mahkamah. Tidak sejagatlah kalau macam itu.

Anwar tidak perlu risau, berdasarkan penerimaan rakyat sekarang – dengan dasar keterbukaan yang Anwar dah terapkan kepada rakyat; mereka bersedia menerima seorang Ketua Pembangkang yang ‘luar tabii’. Rasanya mereka boleh terima Anwar. Malahan, tidak memeranjatkan jika mereka masih mahu memberikan ruang masjid sebagai tempat Anwar berceramah. Malahan, mungkin juga sebagai Imam. Anwar tidak perlu gusar.

PAS, dalam kes sodomi Anwar ini nampaknya sangat ‘liberal’ dan ‘understanding’ sekali. Sodomi cerita dalam kain. Bukan cerita politik. Yang PAS minat adalah cerita politik. Cerita siapa, dapat apa dan bagaimana (who gets what, when and how). Ini politik baru dalam PAS. Soal liwat dan melakukan seks luar tabii sudah menjadi ‘acceptable’ kepada sebuah parti Islam. Ironi, tetapi itulah hakikatnya.

Kata Tian Chua lagi, berkenaan ‘Ceramah Bela Anwar’:-

“Siri ceramah ini sudah bermula kelmarin iaitu di Alor Setar, diadakan semalam (di Kuching), hari ini dan selama 40 hari,” kata Pengarah Strategi PKR Tian Chua ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Demikianlah hebatnya jentera ‘mahkamah keadilan Anwar’ yang bakal berlangsung di seluruh Negara. Tidak pasti samada ianya mendapat sokongan dan penerimaan baik oleh rakyat – tapi ramai juga yang ‘geli geleman’ bila cerita dalam kain ini dipaparkan. Mereka tak nak tahu tuduhan, mereka nak Anwar bersumpah dengan nama Allah SWT bahawa tidak pernah ‘insiden’ liwat meliwati ini berlaku. Tapi kalau setakat Anwar yang cakap, takkanlah benda itu mempunyai ‘nilai kebolehpercayaan’. Anwar adalah yang tertuduh. Siapa pun yang dituduh, akan menggunakan segala macam ruang untuk mempertahan diri.

Teringin juga nak tahu siapa di antara Pemuda AMK yang terkehadapan dalam menjadi penceramah di dalam siri ‘Bela Anwar’ ini. Shamsul Iskandar Md Akin? Nak cakap? Saya sumpah – bahawa boss saya bukan gay! Betul! Itu ajer. Siapa nak percaya sumpah AMK ini?

Continue Reading Disember 16, 2009 at 9:58 am 1 komen


Disember 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 75,348,964 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada