Archive for Disember 5, 2009

D.N.A: Dah Nasib Anwar

Itulah perkara yang menjadi tajuk bualan penulis dengan rakan-rakan pimpinan PKR petang semalam di Kota Damansara. Lepas mereka ke Ibubpejabat PKR, terus ajak penulis minum. Bukannya mereka tak tahu bahawa penulis adalah seorang penuis di blog Anwar. Kata mereka, untuk PKR bergerak lebih maju ke depan – mesti ada tulisan yang berani untuk menjolok dan membetulkan pemimpin. Penulis akur sahaja. Kadangkala, maklumat mereka ini lebih baik dan mantap.

Apa yang menjadi bualan aktivis dan pimpinan PKR adalah soal DNA. Kata mereka, dalam kes liwat Anwar inilah perkara yang paling Anwar dan team legalnya takuti. Apa sahaja lah yang bakal dibentangkan oleh pihak pendakwa. Yang lebih merisaukan mereka, kumpulan pendakwa ini bukan calang-calang orang. Sudahlah berpengalaman – susah pula nak dijual beli. Segala usaha sudah dibuat katanya, tetapi tak boleh nak tembus. Anwar pun dah naik risau dengan perkembangan ini.

DNA adalah perkara terakhir yang nak Anwar fikir. Seingat Anwar, kata pimpinan PKR – hari kejadian itu berlaku, Anwar memang tidak melakukan liwat. Ianya berlaku beberapa hari sebelum itu.Apa yang bakal Anwar pertikaikan, dalam tempoh berpuluh jam selepas aksinya, takkanlah si mangsa tidak melakukan apa-apa terhadap badannya. Takkan tak mandi. Takkan tak tukar baju. Anwar sedia nak mempertikaikan perkara tersebut. Sayangnya, jika itu dipertikaikan – dengan sendirinya FAKTA bahawa aksi itu benar-benar berlaku akan terlerai. Cara mana Anwar nak sangkal dakwaan pihak pendakwa?

Deoxyribonucleic acid (DNA) – adalah satu kaedah saintifik yang mampu menyelesaikan permasalahan siapa sebenarnya yang melakukan jenayah tertentu. Apa yang digelar sebagai ‘genetic fingerprinting’ ini memang susah nak dipertikai. Ianya boleh datang dalam pelbagai bentuk. Air mani, peluh, air liur – malahan folikel rambut. Ini semua boleh membantu. Ini yang beria-ia sangat Ahli Parlimen PAS dan DAP bangkang Akta DNA. Mereka takut kaedah ‘genetic fingerprinting’ ini mampu menyebabkan Anwar kembali semula ke pusat latihan Sungai Buloh untuk tempoh yang lebih lama.

Kita kan selalu tengok cerita CSI. Kalau dah dapat DNA, apa yang berlaku – mereka akan siasat menggunakan database yang digelar sebagai CODIS. Combined DNA Index System – kalangan yang pernah digelar sebagai penjenayah akan diletakkan di bawah CODIS ini. Maka, senanglah untuk mengenalpasti siapa sebenarnya yang melakukan jenayah tertentu. Terutamanya rogol. Kalau di Barat, sodomi ini sepatutnya tidak ada masalah. Dah jadi perkara biasa. Amat lazim.

Tapi, sayangnya, Mantan Timbalan Perdana Menteri tidak melakukan sodomi di luar Negara. Sudah pernah dimasukkan ke dalam penjara, namun nafsu menjadi luar jangka. Nak juga yang tidak boleh. Akhirnya, terperosok lagi dengan nafsu sendiri.

Dikhabarkan oleh pimpinan PKR bahawa Anwar telahpun mengarahkan beberapa rakannya berbincang dengan pakar di Amerika dan Australia untuk memastikan mereka mendapat khidmat pakar DNA yang terbaik di dunia. Tujuan: untuk menidakkan kes terhadapnya. Anwar dikhabarkan tidak kisah dengan harga. Itu tak penting.

CODIS di Amerika mempunyai hampir 6 juta profail kalangan penjenayah di negara tersebut. Banyak tu. Tak tahu berapa banyak data CODIS Malaysia yang ada. Tapi kalau nak ikut profail Anwar (selaku bekas TPM dan juga bekas penjenayah) patutnya maklumat ini semuanya ada dalam tangan Polis. Bodoh sangat kalau sepanjang Anwar ada dalam penjara – PDRM tidak ada profail DNA Anwar. Itu sudah kes bangang.

Kita harapkan DNA dapat menjadi penentu siapa sebenarnya MANGSA di dalam kes ini. Mangsa seperti yang dikhabarkan ada dua – mangsa konspirasi atau mangsa liwat. Rasanya, mangsa liwat lebih layak dibela. Konspirasi ini cerita rekaan sahaja. Rekaan Anwar.

Saya tanyakan rakan dalam PKR – apa jadi kalau ada DNA – mereka jawab mudah sahaja: Dah Nasib Anwar…..DNA juga! Musykil! Macam dah tak sayang dan kurang percaya sahaja…

Continue Reading Disember 5, 2009 at 8:36 pm 4 comments


Disember 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  

Capaian Umum

  • 75,348,955 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada