Posts filed under ‘Anwar Ibrahim Baru?’

Politik Ayatollah Dalam PAS – Apa Strategi Anwar?

Anwar sedikit gembira dengan apa yang diperkatakan oleh Dr Asri dalam wacana Sinar tempohari. Kegembiraan Anwar terserlah apabila Dr Siddiq Fadhil yang juga merupakan MENTOR kepada Anwar sudah mendapat tempat dan ruang untuk berkomentar di dada akhbar. Sebab itu, apabila ditanya oleh Sinar siapa yang layak bercakap mengenai topik kaedah menegur pemimpin – Anwar terus menyebut nama Dr Siddiq Fadhil. Walaupun daripada sudut keuntungan politik, menampilkan Dr Muhd Nur Manuty akan menjadi pilihan yang lebih baik.
Apabila sahaja Dr Asri menyebut mengenai kemungkinan PAS bertukar menjadi parti Ayatollah – Anwar adalah antara yang paling awal merasakan keuntungan politik kepada PKR. Pasca 2008, antara projek utama Biro Politik PKR adalah menangani isu ‘ekstremisme’ dalam PAS. Kalau kerjasama politik Anwar-DAP-PAS mahu kekal lama – PAS perlukan satu rebranding yang sangat massive.
Sebab itu, Anwar awal-awal lagi sudah meletakkan Kamaruddin Jaafar di dalam PAS – sedang pemikiran politik KJ ini lebih sesuai di dalam PKR. Strategi jangka panjang ini berjaya, kerana bagi memastikan PAS tidak menjadi sebuah parti yang ekstrim; banyak perkara perlu diperbaiki.
Antara strategi yang diambil Anwar di dalam PAS:-

  • Membicarakan isu-isu politik yang lebih berdasarkan realiti semasa.
  • Membelakangkan sedikit tuntutan terhadap Hudud.
  • Menambah jumlah profesional di dalam PAS (dengan mengasimilasi jentera ABIM, WADAH dan PKPIM ke dalam PAS). Infiltration ini mesti berlaku secara natural dan tidak terlalu dipaksa;
  • Mengetengahkan pemikiran al-Qaradawi sebagai landasan pemikiran baru. PAS terlalu banyak terikut buku fiqh yang lama. Buku Sayyid Qutb dan sebagainya akan membuatkan PAS jauh tertinggal;
  • Menggalakkan PAS dengan strategi ‘Pas for all’;
  • Sentiasa mengetengahkan PAS dalam siri ceramah PKR (supaya sinergi dapat dijelmakan);
  • Mengenalpasti beberapa pemimpin PAS yang boleh dijadikan ‘fronting’ kepada perjuangan PKR di dalam PAS.

Setakat ini, Anwar sudah mengurus perkembangan politik Mullah di dalam PAS dengan sangat baik dan positif. PAS sudah menjadi sebuah parti Islam yang lebih mampu ke depan dalam isu-isu yang bukan ‘agama’ semata. Anwar memang mahukan perubahan ini.

Cakap-cakap Dr Asri bahawa PAS menjadi parti AYATOLLAH adalah satu ingatan kepada semua pihak – tidak ada ekstrimis dalam Pakatan Rakyat. Majlis Syura PAS juga wajar adjust perjuangan mereka dengan apa yang Anwar mahukan.

Strategi Anwar mengurus politik Ayatollah ini nampak sangat berjaya.

Oktober 25, 2012 at 2:42 pm 2 comments

Tanpa Qardawi…Tariq Ramadan pun Jadi…

Pejabat Anwar punya masalah besar untuk mendapatkan Qardawi kebelakangan ini. Ada sahaja yang menghalang. Kalau menurut strategi asal Anwar, Qaradawi akan bersama di Malaysia bagi memberikan kekuatan moral kepada Anwar menjelang pilihanraya. Sayangnya, masih tak ada kesempatan. Qaradawi pun dikhabarkan enggan menjadi alat lagi. Perkataan ‘alat’ itu yang merisaukan Anwar.

Disebabkan itu, Tariq Ramadan adalah option yang terbaik bagi menggantikan aura Islamik Qaradawi. Jika Qaradawi tidak mampu memberi imej yang Anwar mahukan, Anwar boleh gunakan orang lain. Tariq adalah sempurna untuk tujuan itu. Semuanya berkenaan image building. Not sincere intellectualism.

Tariq Ramadan, Muslim, scholar, activist, Swiss citizen, resident of Britain, active on several continents, is a hard man to pin down. People call him “slippery,” “double-faced,” “dangerous,” but also “brilliant,” a “bridge-builder,” a “Muslim Martin Luther.” He wants Muslims to become active citizens of the West but four years ago was himself refused permission to enter the U.S. He could not take up the teaching position he’d been offered at the University of Notre Dame. Oxford University took him on as a visiting fellow instead.

Dengan Tariq, Anwar nak pinjam imej ‘universal’ dan progressive Muslim. Disebabkan itu Anwar tidak berselindung dengan keperluan bersikap lebih neutral dalam soal LGBT dan sebagainya.

Kehadiran intelektual ini dibayar oleh Anwar dengan harga yang cukup mahal. Sangat mahal. Layanan yang first class.

Anwar tahu dan faham, Tariq adalah seorang ‘socialist’, tapi pada Anwar imej socialist itu tak penting. Yang Anwar nakkan adalah imej ‘muda dan progresif’. Bukan imej tua macam ahli majlis syura PAS.

Continue Reading Julai 22, 2012 at 6:53 pm Tinggalkan komen

Bila Pria Pulau Pinang Bicara…

Tokoh oposisi Malaysia, Anwar Ibrahim, angkat bicara mengenai dunia perpolitikan Indonesia. Dia menilai, Indonesia mengalami perkembangan politik yang jauh lebih baik ketimbang negaranya.
“Positifnya Indonesia lebih matang, institusi demokrasi lebih mengakar, media lebih bebas. Walaupun ada masalah, ada kritikan kepada KPK, presiden ataupun kasus Century, masih ada ruang bagi publik untuk mengetahuinya,” ujar dia kepada Jaringnews.com dalam sebuah wawancara eksklusif di Hotel Shangri-La, Jakarta, Selasa (17/7).

Ada dua isu menantang yang dialami Indonesia hingga kini. Pertama, isu mengenai korupsi, dan isu tentang ekonomi. Namun, lagi-lagi menurut dia, korupsi yang terjadi di Indonesia tidak lebih parah dengan yang terjadi di Malaysia. Hanya saja, sambung dia, media di Malaysia dikontrol oleh pemerintah.

“Tidak benar korupsi di Malaysia tidak lebih parah seperti yang digambarkan. Sebab kita sophitication (lebih canggih). Korupsi di Malaysia tidak dihebatkan (diberitakan) karena media dikontrol,” ungkap pria kelahiran Pulau Pinang, Malaysia, 10 Agustus 1947 ini.

Dia pun menyebutkan satu kasus korupsi di Negeri Jiran yang terkesan sengaja tidak diekspos media, yakni mengenai skandal pembelian kapal selam dari Prancis pada 2002 oleh pemerintah Malaysia yang tengah mengemuka.

“Di mahkamah Prancis sudah dibuka, berita soal ini di Prancis ada, tapi di Malaysia tidak diungkit. Satu dunia bicara korupsi setengah miliar ringgit, tapi dipadamkan (tak diungkap) sama sekali,” ujar dia.

Mengapa Anwar tidak mahu pindah ke Indonesia sahaja? Kan lebih mudah kayak gitu?

Sudah-sudahlah mengutuk Negara sendiri di laman orang Anwar…banyak hal rasuah dan gelap wang yang berlaku dalam parti kita pun Saudara tidak ambil peduli. Kalau orang macam Latheefa Koya pun RASUAH…apa lagi taruhan yang kita ada???

Continue Reading Julai 21, 2012 at 10:56 pm 1 komen

Anwar Sudah Nasihatkan – PAS Tak Dengar…

Kegagalan Himpunan Oren anjuran PAS baru-baru ini, memang membawa imej buruk kepada Pakatan Rakyat. Banyak kali, Anwar memberikan mesej kepada pimpinan PAS untuk tidak meneruskan agenda Himpunan Oren. Pada Anwar, FELDA adalah isu yang semakin kurang mendapat perhatian rakyat. Semua ini mesti dilakukan dengan strategi, jelas Anwar. Bukan boleh dilambak ikut suka.

Pada Anwar, isu FELDA sudah semakin menurun dan tidak mendapat perhatian. Semua perlu dipakej semula dalam gambaran media yang lebih menyeluruh. Masuk isu rasuah, barulah boleh kaitkan semua cerita.

Menurut kawan-kawan di HQ, usaha sudahpun dibuat untuk membeli beberapa dokumen mengenai isu FELDA. Budak-budak Rafizi sudah berlegar untuk mencari data terbaru mengenai rasuah yang berlaku dalam FELDA. Setakat ini belum ada. Usaha untuk mengaitkan beberapa individu, seperti Isa Samad, Ahmad Maslan – mesti diusahakan dengan lebih bersungguh.

Anwar cukup kecewa, kerana himpunan oren diadakan secara tergesa-gesa. Kalau menunggu sedikit masa, dapat maklumat dan info baru – barulah serangan terhadap Felda dapat dilakukan dengan baik.

Anwar kecewa kerana dengan tidak semena-mena – nama baik PKR pun terbabit sama dengan kegagalan Himpunan Oren.

Sebab itulah, PKR sama sekali tidak mahu terlibat dengan Himpunan Oren. Ini semua kerja gila Mazlan Aliman dan puak-puak rendah IQ dalam PAS. Anwar tak kuasa nak layan orang macam ini.

Continue Reading Julai 16, 2012 at 11:45 pm Tinggalkan komen

Siri Jelajah Dato’ Seri Anwar Ibrahim Ke Sarawak – HORSETRADING AGAIN???

1) 7.00 – 10.00 mlm – Ceramah Perdana 1 – Parlimen Santubong

Lokasi : Restoran Seafood Kwong Lee Hua, Kampong Serayan, Lundu

2) 8.00 – 11.00 mlm – Ceramah Perdana 2 – Parlimen Petra Jaya

Lokasi : Pejabat PKR Cabang Petra Jaya, Jalan Satok, Kulas, Kucing

3) Penceramah:

i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim

ii. YB Baru Bian

iii. YB See Chee How

iv. YBhg Dato’ Seri Hafsah Harun

v. YBhg Zulrusdi Mohamad Hol

vi. YBhg Ahmad Nazib Johari

vii. YBhg Sulaiman Kadir

viii. Wakil PAS & DAP

Menurut seorang rakan PKR Sarawak, lawatan Anwar kali ini akan jadi lebih PENTING – daripada lawatan yang sebelum ini. Jauh lebih penting. Banyak tawar menawar akan berlaku. Termasuk penentuan kepada jumlah/tempat yang bakal ditandingi oleh semua parti dalam PR.

Anwar sedang berusaha keras untuk ‘membeli’ beberapa orang penting di Sarawak, untuk diletakkan sebagai calon PKR di sana. Nama-nama pegawai tinggi kerajaan di Sarawak juga disebut-sebut akan ditarik oleh Anwar. Dengan kemampuan kewangan yang baru diterima, Anwar mempunyai kelebihan untuk menawarkan pakej politik yang lebih menarik kepada calon-calon yang dirasakan boleh diketengah.

Di atas kertas, Anwar akan hanya melawat dua kawasan Parlimen, Petra Jaya dan Santubong. Santubong kawasan Wan Junaidi. Petrajaya kawasan Fadillah. Kalau boleh kalahkan dua-dua mamat BN ini (menurut kata Anwar), maka PKR sudah mencapai sasaran. Petrajaya, PKR kalah hampir 14,000 undi. Santubong, kalah hampir 11,000 undi. Banyak kerja kena buat. Kalau ikut calon yang lama, Anwar kata, PKR buang masa. Anwar mahu calon baru.

Continue Reading Julai 14, 2012 at 10:30 pm 3 comments

Khalid Tawar DUN Bukit Antarabangsa Untuk Kak Wan?

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen empat tahun lalu, layak bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Di bawah Perlembagaan Persekutuan beliau masih tertakluk kepada larangan bertanding semula kerusi Parlimen.

Penasihat undang-undang dan pemimpin kanan PKR, R. Sivarasa; Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu bahawa undang-undang tidak mengenakan sebarang halangan jika seorang anggota Dewan Rakyat yang meletakkan jawatan tanpa alasan yang kukuh daripada bertanding kerusi Dun.

Semua ini memang dirancang dengan baik dan halus.

TS Khalid, sebagai Menteri Besar dikhabarkan sudah pun mempunyai perancangan jangan panjang untuk Kak Wan. Bagi menyediakan BUFFER untuk dirinya sendiri, Khalid lebih berminat untuk membawa Kak Wan ke Selangor dan berfungsi sebagai ‘pendinding’ kepada cubaan menjatuhkannya dalam politik.

TS Khalid bukannya Khalid yang lama. Zaman Guhtrie. Kaki tunduk dan malas nak melawan. Di bawah bimbingan Faekah dan jagaan Kak Wan, Khalid mempunyai idea politik yang berani dan wild. Salah satunya adalah menggantikan Azmin di Bukit Antarabangsa dengan Kak Wan. Alasan? Azmin diperlukan di peringkat Pusat; dan bukannya di peringkat Negeri.

Dengan kembalinya Kak Wan dalam DUN Selangor, salah satu jawatan yang selama ini diberikan kepada Pas, akan dikembalikan kepada Kak Wan dan PKR. Makna kata, Kak Wan juga akan berperanan sebagai Exco Kerajaan Negeri untuk menjaga kepentingan hal ehwal wanita.

Gandingan Kak Wan – Khalid – Faekah ini memang ‘shrewd’ dan ganas. Mereka boleh menikam dalam senyum. Inilah yang menyebabkan Azmin cukup risau dan khuatir.

Sementara Azmin berjanji ‘BULAN DAN BINTANG’ kepada ramai Ketua Cabang – Khalid hanya senyum dan mengangguk. Dalam sekelip mata, kalangan yang dicadangkan oleh Azmin boleh gugur dan tersungkur. Kali ini Azmin benar-benar akan terkena. Dengan menarik Kak Wan sebagai ADUN dan Exco, Khalid sudahpun mengesahkan tempatnya sebagai calon MB Selangor satu term lagi. Azmin?

Continue Reading Julai 12, 2012 at 11:46 am Tinggalkan komen

DAP Mahu Anwar Jadi PM – Sebab Nak Kurangkan Defisit. Itu Sahaja?

The DAP has again named Datuk Seri Anwar Ibrahim as its choice candidate for prime minister, saying today that the country’s former number two was needed to turn Malaysia’s deficit budget into a surplus.
Party secretary-general Lim Guan Eng pointed out that it was during Anwar’s tenure as deputy prime minister in 1997 when Malaysia last ran a budget surplus and since then, the country has experienced 15 consecutive years of budget deficits.

Our government debt has increased by five times from RM89 billion in 1997 to RM470 billion as at March 2012 compared to the increase in GDP (Gross Domestic Product) by only threefold…. which is why we want Anwar as the new prime minister to turn around the deficit budget into a surplus budget,” Lim said in a statement here.

Lim’s remarks today come following Anwar’s recent announcement of his plan to retire from politics if Pakatan Rakyat (PR) fails to wrest federal power in the coming polls.

The 65-year-old politician’s quit plan has earned criticism from the ruling Umno, whose leaders have described it as a mere ploy to gain support ahead of the 13th general election.

Selain daripada jumlah hutang – tak ada sebab lain untuk DAP menerima Anwar sebagai PM. Nak kurangkan hutang sahaja.

Memang tak ada asas lain pun untuk DAP lambung Anwar sebagai PM. Tapi kalau kita lihat secara terperinci, kenyataan DAP ini membayangkan beberapa perkara:-

DAP tidak peduli dengan masalah moral Anwar – yang penting, dia boleh turunkan hutang;
DAP tidak mahu PAS menjadi PM (ketua) kepada Pakatan Rakyat – kerana PAS tidak pandai mengurus ekonomi dan pentadbiran.
Anwar tidak boleh bersara – kerana ia akan membuka ruang kepada Haji Hadi untuk menjadi PM;
PAS menjadi PM – akan dengan sendirinya membawa pentadbiran Islam yang ekstrem (DAP tidak boleh terima);
DAP tidak boleh terima Hudud dalam apa sahaja keadaan;
DAP boleh lupakan apa sahaja ucapan ‘rasis’ Anwar sewaktu di dalam BN;
Kalau setakat nak kurangkan hutang, rasanya lebih baik DAP ketengahkan Tony Pua sebagai Menteri Kewangan. Kebanyakan idea ekonomi yang diketengahkan oleh Anwar – memang disalurkan oleh Tony Pua. Apa bezanya kalau DAP terus terang mengatakan bahawa DAP lebih mudah untuk ‘mengawal’ idea ekonomi Anwar kalau dia menjadi PM. Ini termasuklah usaha untuk membogelkan semua usaha ekonomi yang memberi sedikit kelebihan kepada Bumiputera.

DAP memang fobia dengan isu Bumiputera. Oleh yang demikian, mempunyai seorang ‘Melayu’ yang sanggup menyerang ekonomi ‘Melayu’ sendiri adalah satu kelebihan politik kepada DAP.

Anwar peduli apa – asal dia jadi PM. PAS?
http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/dap-says-wants-anwar-as-pm-to-cut-budget-deficit/

Continue Reading Julai 10, 2012 at 12:49 pm Tinggalkan komen

Haji Hadi ke Mesir dan Turki?

Anwar dikatakan tidak gembira, marah, cemas dan risau bila dimaklumkan oleh beberapa orang informer dalam Pas, bahawa Haji Hadi akan bertemu sendiri dengan Dr Morsi dan Erdogan dalam masa yang terdekat. Menurut info yang diperoleh Anwar, Haji Hadi akan ke Mesir Dan Turki pada 10hb ini. Dah tak lama lagi. Minggu depan.

Kerisauan Anwar ini adalah sangat berasas kerana selama ini, Pas banyak mendapat info dan makluman melalui Anwar sahaja. Anwar cukup risau jika Hadi dapat tahu bahawa Erdogan sudah serahkan banyak dana untuk Pas melalui Anwar. Tapi yang sampai ke kantung Pas sangat sedikit. Jika rahsia ini pecah – Pas pastinya berasa kecewa dan marah. Nampaknya, dana yang selama ini diasingkan untuk Pas, juga sudah digunakan oleh Jawatankuasa P/raya PKR.

Dana yang Erdogan serahkan kepada Anwar, berjumlah hampir jutaan ringgit. Pesan Erdogan cukup mudah, bahawa ianya mesti dikongsi samarata dengan Pas. Sayangnya, itu tidak berlaku.

Anwar lupa bahawa Dr Syed Azman (Pas) juga punya hubungan baik dengan Turki. Sudahnya, rahsia Anwar kali ini munchkin terbongkar.

Keghairahan Anwar menggunakan dana p/raya secara senyap dan tidak jujur ini akan mengecewakan Pas. Manakan tidak, Pas terpaksa mengumpulkan dana yang banyak untuk bergerak dalam p/raya akan datang. Sedangkan, dana antarabangsa sudahpun dihulur kepada Anwar sejak 6 bulan yang lepas. Ke mana perginya?

Anwar patut lebih jujur dengan Pas. Dana p/raya yang diamanahkan Erdogan untuk Pas dan PKR. Bukan Anwar seorang.

Kita harap Haji Hadi akan buka mata dan lihat sendiri bagaimana Anwar/Saifuddin Nasution sudah menggunakan dana p/raya antarabangsa untuk PKR – sekaligus meninggalkan Pas mengemis dana sumbangan ahli.

Payah kalau deal dengan orang tak jujur ni….

Continue Reading Julai 10, 2012 at 12:21 am Tinggalkan komen

Anwar, Julian Assange Connection…

Blog rasmi Anwar Ibrahim begitu teruja dengan wawancara khas bersama Julian Assange. Walaupun pada peringkat awalnya, Anwar begitu risau dengan kemungkinan Wikileaks mendedahkan banyak ‘diplomatic messages/reports’ yang mendedahkan perlakuan seks luar biasa Anwar; namun kebelakangan ini Anwar kembali bergantung kepada Assange. Kenapa? Kerana Anwar tidak lagi mendapat layanan baik dan sempurna seperti yang dia nikmati daripada media antarabangsa sebelum ini.

Ana tidak kisah, asalkan suaranya dapat didengari oleh masyarakat antarabangsa. Ini termasuklah mengatakan pemerintahan Malaysia pada ketika ini adalah ‘autoritarian’ dan tidak sama sekali terbuka kepada idea demokrasi.

Deputy Prime Minister Tan Sri MuhyiddinYassin says Datuk Seri Anwar Ibrahim is a coward for asking Wikileaks to remove Raja Petra Kamarudin from the list of forum participants.

“He (Anwar) is only willing to face foreigners but not Raja Petra who has repeatedly challenged him. He is scared to face Raja Petra, who was his strong supporter, fearing that all his secrets will be revealed.

“If he is a man, he must accept Raja Petra’s challenge and refusal shows that he is hiding something from the public,” he said after launching FederalTerritory Umno election machinery at Titiwangsa Indoor Stadium here today.

The forum held yesterday in Kent, England to discuss global politics broughttogether Wikileaks founder Julian Assange and Anwar via Skype.

Meanwhile, Muhyiddin said parliament and not the government, will decide theterms of reference of the Parliamentary Select Committee (PSC) to examine issues related to Lynas rare earth plant.
Hakikatnya Anwar sendiri pernah MENOLAK penglibatan Raja Petra di dalam FORUM ASSANGE hanya kerana RPK sudah terlalu bebas mengkritik Anwar kebelakangan ini.

Seorang rakan media antarabangsa memaklumkan, bahawa hubungan Assange-Anwar dijayakan semula KERANA ada pihak yang telah menaja wawancara mereka berdua. Apakah benar Pak Sheikh? Boleh kami tahu siapa? Berapa pula bayarannya?

Continue Reading Julai 5, 2012 at 11:30 pm 2 comments

Siddiq Fadhil, WADAH & ABIM Make A COMEBACK!

Malam ini, kebanyakan pimpinan PKR semuanya menerima jemputan pelancaran khas buku baru yang dikemukakan oleh Dr Siddiq Fadhil. Dr Siddiq bukannya baru dalam politik. Dah lama. Dr Siddiq adalah think tank Anwar buat sekian lama. Daripada zaman ABIM, IKD dan sebagainya. Hubungan mereka sangat akrab dan baik. Namun, buat tempoh beberapa ketika Dr Siddiq mengambil keputusan untuk keluar daripada mainstream politik. Sesak dengan kegilaan merampok kuasa dan kedudukan, katanya. Makna kata, Dr Siddiq pun tak seronok dengan budaya politik dalam PKR.

Dr Siddiq memang seorang pemidato yang hebat. Sangat menarik. Dengan telo bahasa Indonesia, dia mampu menarik siapa sahaja untuk mendengar dan menghayati ceramah. Sebenarnya, kalau kita ingat istilah MAHAFIRAUN yang diberikan kepada Mahathir pada suatu ketika – terma itu adalah sumbangan besar Dr Siddiq kepada Anwar pada suatu ketika. Maka, bertempiaranlah warga PAS, PKR dan DAP menggunakan istilah sama. Mahathir = Mahafiraun.

Hari ini, Dr Siddiq kembali dalam kedudukan yang lebih baik. WADAH dan ABIM adalah platfrom yang terbaik bagi meletakkan kembali di dalam sistem ‘radar politik’ Anwar Ibrahim. Kalau menurut perkembangan dua tiga hari ini, Dr Siddiq akan menjadi insan penting kembali dalam politik Anwar.

Wak Jawa ini akan kembali menasihati Anwar untuk tidak mengamalkan politik longkang. Wak Jawa ini juga akan memastikan Anwar tidak ‘melampau’ dalam usahanya mendapatkan kuasa dan tempat sebagai Perdana Menteri. Wujud perkhabaran di kalangan rakan-rakan PKR sendiri, Wak Jawa ini bakal mendapat dana besar bagi meneruskan usaha mengembang budaya fikir di kalangan rakyat. Geran Selangorku? Mungkin juga. Dengan syarat, Anwar boleh yakinkan Khalid Ibrahim dan Faekah untuk lepaskan bajet.

========================================================================

Pelancaran & Wacana buku Islam & Melayu: Martabat Umat & Daulat Rakyat Dato Dr Siddiq Fadhil.

Isnin 25 Jun jam 8 pm di Hotel De Palma Ampang.

Pidato khas Dato Seri Anwar Ibrahim.

Panelis Dato Kamarudin Jaffar ,
Prof Dr Mohd Nor Nawawi.
Moderator Hj Ahmad Azam Abdul Rahman.
Deklamasi sajak Rozan Azen Mat Rasip dan wakil Pkpim. Isnin 25 Jun jam 8 pm di Hotel De Palma Ampang.
=========================================================================

Ramai di kalangan rakan PKR mengatakan ini adalah buku pertama ke arah usaha MEREPUBLIK kan Malaysia. Daulat bukan lagi kepada Raja. Makanya, RAKYAT lah yang lebih perlu didaulatkan. Faham kaitannya? Raja tidak lagi membawa panji daulat. Yang lebih penting adalah rakyat. DEMI Rakyat. Kalau perlu dijatuhkan segala sistem yang sumbang dan tidak mendokong perjuangan rakyat – maka RAJA tidak ada relevansinya lagi.

Kita tunggu sahaja gegak gempita pemikiran Dr Siddiq. Kembalinya Dr Siddiq ke pangkuan Anwar pasti menyebabkan kumpulan gila kuasa di dalam PKR lebih risau dan takut.

Continue Reading Jun 26, 2012 at 11:15 pm Tinggalkan komen

Older Posts


Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,963 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada