Posts tagged ‘ABIM’

Arwah Tan Sri Jamaluddin Jarjis Akan Ambil Pendekatan Berbeza

Ramai yang blog ini temui tadi agak terperanjat dengan pendekatan “lawan sampai relai” yang diambil oleh YAB Presiden parti. Lawan. Perli. Sindir. Sarkastik. Balun. Semua lengkap. Yang jadi lagi kurang adab, apabila nama Mahathir hanya disebut hampir di penghujung ucapan, itupun dalam perspektif yang sedikit jahat.

Blog ini ok sahaja dengan pendekatan Presiden. Apapun, Presiden tetap Presiden. Ada hak untuk menentukan kaedah berdepan dengan masalah.

Cuma ada veteran parti yang mengeluh panjang.

‘Aku rasa, kalau arwah JJ masih ada, tak jadi benda macam ini. Koyak dah UMNO ni’.

‘Arwah JJ orangnya berhati-hati. Tak menasihatkan Najib dengan benda yang bukan-bukan. Bukan nak cari gaduh punya kaki’.

Seorang veteran dari Wilayah, kata begini:-

‘Aku tak rasa semangat silaturrahim dalam ucapan tadi. Yang ada, ko balun aku, aku balun ko. Sampai hancur lumat’.

Ramai yang berkata, TS JJ (Arwah) akan menentukan kes ini selesai dengan baik. TS JJ pun masuk ke dalam kabinet sejak zaman Mahathir. Dia tahu kelemahan dan kelembutan hati Tun.

Tapi itulah jalan yang Presiden sudah ambil.

Peduli dengan usaha nak rapatkan saf. Ini kali kena lawan gila-gila.

Tak tahu nasihat mana yang dipakai. Tapi ayat kita boleh kenal siapa belakangnya. Sentuhan tu kita boleh tahu. Ada sentuhan ABIM sikit-sikit. Bab agama, anak Dusuki mesti beri pandangan.

Yang pasti, kalau TS JJ, minggu lepas lagi sudah ada usaha bertemu Tun Mahathir dan Muhyiddin. TS JJ akan ambil sikap yang extra careful. Bukan main belasah macam ini.

Disember 10, 2015 at 5:16 pm Tinggalkan komen

YaPEIM Kerja DAP? Asal Melayu/Islam Sahaja DAP Yang Meroyan?

Kena tahu juga, adakalanya tak perlu DAP dalam membuka segala macam pekung dalam kain kerajaan ini. Tak perlu DAP. Kalangan rakyat marhaein biasa pun dah tak larat tengok segala macam kerja kong kali kong dalam gomen ni. Ramai yang dah tak tahan.

So, teori ini semua kerja DAP, yang ada portal dan blog bawa ini adalah teknik mempertahankan diri paling bangang. DAP tak sebut langsung pasal YaPEIM ini. Tak ada.

Yang sebut, orang PKR. Orang PKR ini biasalah, dalam YaPEIM dia ada, dalam YADIM dia ada, dalam JAKIM dia ramai, dalam IWM pun ada, dalam JPM pun ada. Ramai depa ni. Sebab itu, dalam BTN pun dah berapa lama tak boleh nak selesai. Benda mudah. Orang PKR/ABIM/IKRAM buang sahajalah. Tak, kita simpan.

Bila simpan, inilah jadinya. Kita nak marah siapa?

Marah DAP juga? Janganlah jadi bangang.

Belajarlah tengok kelemahan diri. Tengok apa yang kita salah. Tengok apa yang kita buat kerja tak betul. Perbaiki.

Jangan semua kata nak saman. Kredibiliti saya terjejas. Kredibiliti kerajaan letak kat mana?

Ini semua Allah SWT nak tunjuk. Orang paling kuat cakap pasal agama pun boleh membazir duit ratusan ribu untuk kerja bodoh.

Itu sahaja.

Kalau itu pun masih betul. Selamat lah hidup kamu.

November 16, 2015 at 2:40 pm 2 comments

Ketua Setiausaha Perbendaharaan Cuba Lepas Diri – Salahkan Najib Dalam Isu 1MDB

Dikhabarkan bahawa dalam penyiasatan PAC, banyak soalan dan isu yang berkait 1MDB tidak dijawab secara bersungguh oleh Kementerian Kewangan. Memang perangai biasa KSP, apa sahaja benda akan ditaichi kepada orang lain. Dia? Maksum. Tak ada dosa.
Apakah kita boleh percaya, sebagai KSP, 1MDB ini langsung tidak masuk radar. Semua benda tak tahu. Tak terlibat. Tidak dimaklumkan.
Apa jenis KSP kalau pandai nak selamatkan diri, sedangkan dia sendiri pun ada dalam BOARD 1MDB????????
Antara yang dimaklumkan, banyak jawapan KSP menggunakan ayat berikut:-
– Oh, yang itu saya tak tahu
– Saya tak dimaklumkan
– Saya tidak ada info
– Saya tidak ada maklumat
– Itu kehendak Perdana Menteri
– You kena tahu, Perdana Menteri pakai banyak topi. Dia boleh pakai topi Perdana Menteri; Menteri Kewangan; atau Advisor 1MDB!
– PM nak begitu
– PM tak maklumkan
– Kita tidak ada wakil dalam 1MDB.
– Kementerian Kewangan tak tahu banyak perkara mengenai 1MDB
Mendeliar Moden
Inilah sebenarnya masalah dalam Kementerian Kewangan. Seorang KSP yang tak ada akauntabiliti dan takut menanggung masalah. Sikit-sikit ‘I pening nak urus 1MDB ni. I tak terlibat’.
Macamana tak terlibat kalau nama KSP ada dalam 1MDB? Ini apa punya mangkuk.
KSP jenis ini memang merosakkan negara. Sama bodohnya dengan KSN. Kalau dua-dua, KSP dan KSN ini MENDELIARKAN MALAYSIA – jahanam kita.

Mei 21, 2015 at 4:59 pm 3 comments

Nasihat Berguna Idris Jala Untuk Semua MAJIKAN. Apa Kata Serah 1MDB Kepada Idris Jala Selepas Tamat Kontrak Senatornya?

Antara Menteri yang agak senyap dan lama membisu – Idris Jala. Kalau dahulu, muka dia dan geng PEMANDU lah menjadi raja di dada akhbar. Susah nak dapat berita mereka masuk, beli Advertorial terus. Beratus juta.
Bukan setakat media arus perdana. TMI, Malaysiakini, The Edge – segala tok nenek media yang memaki hamun Najib pun dibayar PEMANDU untuk memberi cerita mamat Highlander dari Bario ini.
Idris Jala, kalau suruh balik bertanding di Sarawak pun belum tentu menang. Letaklah di mana pun. Tapi kerana pandai main powerpoint, PM masih simpan lagi mamat ini. Baguslah.
Terbaru, apa nasihat Idris Jala?
http://idrisjala.my/generous-employees/

I am a strong believer that being generous to employees conspires success, where good salaries and bonuses drive up productivity and lead to better results.

In fact, this is a common practice in developed nations, and I am confident that adopting such a practice will help our country to not only move towards high-income status but drive up productivity as well.

In my years helming corporations, I have come to realise there is no sure-fire way for results other than inspired and productive people rolling up their sleeves and leading the charge.

If you are quick to recognise and generously reward people, the good karma will come back to only serve your organisation in more meaningful ways, going beyond the balance sheet.

—————–

Dalam akujanji BN, Najib berjanji nak menyediakan 3.3 juta peluang pekerjaan sepanjang 5 tahun. Idris Jala kata, setakat ini, dia dah sediakan 1.8 juta! Hebat!

Sebab itu, CEO PEMANDU dan semua konco-konconya memang menikmati gaji/bonus/insentif yang lumayan. Sebab CEO dia tahu bodek Najib. Must take care of your employees, katanya.

Soalnya, ke mana Idris Jala bila negara berdepan dengan situasi kewangan yang malap? Pernah Idris Jala menjawab soalan Parlimen? Pernah Idris Jala terangkan tanpa POWERPOINT isu 1MDB? Pernah Idris Jala bercakap penubuhan MPRC yang dah macam nak jadi PETRONAS nombor dua di Malaysia?

Najib kalau nak jimat banyak duit, silalah tutup PEMANDU yang sebenarnya sudah menjadi barah di dalam sistem perkhidmatan awam. Muka berlagak pandai dan anggap semua pegawai kerajaan sebagai tongong, antara punca populariti Najib menurun.

Betulkan keadaan. Tutup PEMANDU. Kalau nak sangat Idris Jala, kosongkan satu kawasan Parlimen; dan minta Idris Jala bertanding. Bagi dia kawasan selamat. Lantik sebagai Timbalan Perdana Menteri II.

Oh ya, itu cadangan besar Idris Jala sebelum PRU yang lalu. Wujudkan jawatan Timbalan Perdana Menteri II untuk Borneo; dan lantik dia sebagai TPM II yang pertama! Gagal.

Kalau tak mahu, beri sahaja 1MDB kepada Idris Jala. Pandai lah dia jahanamkan 1MDB.

Mac 24, 2015 at 5:04 pm 2 comments

Islamic State of Iraq and The Levant

Presiden UMNO sudahpun membayangkan keperluan UMNO menjadi ISIL dalam
masa terdekat ini. Wah, ini nasihat jenis apa? Kenapa tiba-tiba
Presiden UMNO tolak ayat yang sangat defensif dan lemah?

Apa maksud PM sebagai kumpulan yang kecil, kita mesti bersatu seperti
ISIL? Apa punca kepada statement yang macam ini bunyinya?

Yang tak kena, PM juga yang selalu cakap pasal WASATIYYAH dan
moderation. Idea PM. Idea yang dahsyat habis. Memang kalah ISLAM
HADHARI.

Tapi untuk mencadangkan UMNO mengambil model gerakan ISIL ni agak ada
kurang bijak bunyinya.

Kita semua tahu, speech writer PM sekarang budak ABIM. Totok Pak
Sheikh Anwar sejak zaman UIA. Tapi takkan ini idea yang diberikan
kepada PM?

-*************************-
The main force of Islamist extremists apparently slipped from Syria
into Iraq a few weeks ago near the Rabia border crossing, taking
advantage of a well-worn smuggling route that connects Damascus to the
northern Iraqi city of Mosul. Even united with their brethren on the
other side of the border, the militants of the terrorist group Islamic
State of Iraq and the Levant (ISIL) initially amounted to just several
thousand fighters, and yet their plan improbably called for the
capture of major cities in northern Iraq stretching from Mosul to
Samarra. The success of a terrorist juggernaut that overran four Iraqi
army divisions, put much of northern Iraq under militant control, and
brought the extremists to the doorstep of Baghdad in a week will go
down as one of the most improbable in the annals of military
campaigns.

Initially it appeared that whole mechanized army divisions and major
cities were falling like dominoes to ragtag convoys of lightly armed
militants in pickup trucks. According to a number of Sunni tribal
sheiks and former senior Iraqi army officers, however, ISIL [also
known as ISIS] militants were the shock troops and staging cells in a
long-planned campaign by an alliance that also included disparate
Sunni militias and local groups who knew that Iraqi Security Forces’
defenses were weak, and essentially threw open the gates to the cities
from within in Trojan horse fashion.

“The fall of Fallujah, Mosul, Tikrit, Salah al-Din Province is the
direct result of an alliance of different Sunni groups and fighting
organizations, to include ISIL, former Iraqi military officers, former
Baathists, a new generation of Sunni tribal sheiks, and Sunni
resistance groups like the Naqshbandi Army and the 1920s Revolution
Brigade,” said a former Iraqi general and Sunni currently living in
northern Iraq, who requested anonymity because his life could be in
danger if his identity were known. “It seems a deal was reached among
all these groups to start a war of liberation in areas of Iraq under
control of Sunni governors, and it has been met with unexpected
success due to the collapse without a fight of the four army divisions
in northern Iraq.”

-**********************-

Berat lah kalau UMNO nak jadi ekstremis.

Jun 25, 2014 at 1:34 pm Tinggalkan komen

Kelahiran Semula ABIM?

ABIM ni agak lama juga menyepi. Syok sendiri. Konon nak bawa imej intelektual sejak dari dulu. Tapi gagal. Intelektualisme tak ke mana. Yang ada hanya bodekisme dan kipasisme. Kipas tak berhenti.

Kebelakangan ini dah mula kononnya nak buat teguran-teguran ganas untuk dapat nama dan kedudukan.

Khabarnya, sejak dapat berita Anwar akan dimasukkan semula ke dalam penjara, ABIM sudah mula pasang badan untuk dijadikan rakan kongsi baru dalam politik Pakatan. ABIM nak bawa imej baik dan tawaddu’.

————————–

The Muslim Youth Movement of Malaysia (ABIM) is concerned with the statement made by Tun Dr. Mahathir Mohammad in regards to the implementation of the Kelantan Syariah Criminal Code Enactment II and has asked for the former Prime Minister to retract his statement and to repent.

“Tun Mahathir as a respected leader of an Islamic country should be more careful in voicing out his opinion in matters relating to the syariah law,” said ABIM president Amidi Abdul Manan in a statement.

He was referring to a statement made by Dr. Mahathir published by various media including Astro AWANI on Apr 17.

In his statement, Dr Mahathir urged the Kelantan government to re-evaluate its plan to implement the syariah criminal law hudud and qisas in the state by emphasising on justice.

Dr. Mahathir said hudud and qisas emphasised on the types of punishment and not about serving justice.

He said the punishment also varied for a Muslim and a non-Muslim.

Using theft as an example, Dr Mahathir said that a Muslim who steals would have his hand chopped off while a non-Muslim will only be sent to prison.

“Fair or not?” asked Dr. Mahathir.

————————

Kalau setakat hidup dengan dana kerajaan, rasanya ABIM patut berfikir banyak kali sebelum nak buat serangan bodoh seperti ini. Amidi tak kenal Dr Mahathir? Dr Mahathir cakap dengan penuh sinikal. Kalau itu pun tak faham, elok berhenti sahaja jadi ahli ABIM. Buang masa.

April 23, 2014 at 11:34 am Tinggalkan komen

Human Rights Watch Mula Buat Perangai

Malaysia: Revoke Law Banning Same-Sex Sexual Relations

The Malaysian government should revoke its colonial-era law criminalizing consensual sexual acts between people of the same sex, Human Rights Watch said today. The authorities should drop their criminal case alleging consensual “sodomy” against opposition leader and former deputy prime minister Anwar Ibrahim, who is awaiting the verdict in his trial that began in February 2010. “The Malaysian government uses its outdated sodomy law to slander political opponents and critics,” said Phil Robertson, deputy Asia director at Human Rights Watch. “Whether or not Anwar Ibrahim engaged in consensual ‘sodomy’ is irrelevant. It’s time to reject this law and end the farcical political theater that promotes discrimination based on sexual orientation and destroys people’s lives.”

Anwar is being tried under section 377 of the Malaysian penal code, which prohibits “carnal intercourse against the order of nature.” This so-called sodomy law is a relic of British colonial rule dating back to the mid-19th century. Conviction could result in a sentence of up to 20 years in prison. Leading members of the Commonwealth of Nations, to which Malaysia belongs, called for the abolition of sodomy laws during the recently concluded summit meeting in Brisbane, Australia.

As a member of the United Nations Human Rights Council, Malaysia has agreed to “uphold the highest standards in the promotion and protection of human rights.” Revoking the sodomy law would be consistent with Malaysia’s undertakings as a Human Rights Council member, Human Rights Watch said.

“Laws punishing consensual sexual relations between adults of the same sex are an unjustifiable invasion of the rights to privacy and personal security,” Robertson said. “They foster a climate in which discrimination and abuse takes place. These rights cannot be willed away by selective appeals to cultural tradition and religious belief.”

Apakah USTAZ-USTAZ PAS dapat terima dengan saranan Human Rights Watch ini? Apakah Malaysia sudah bersedia menerima adegan ranjang sesama jantina sebagai suatu yang HALAL dan dibolehkan – hanya kerana BAKAL PM MALAYSIA nanti adalah seorang HOMOSEKSUAL???

Apakah pimpinan WADAH, ABIM, NGO ISLAM, SMM, ABU dapat menerima saranan Human Rights Watch ini? Kita mintalah ABIM, WADAH buat statement dan kenyataan menyokong saranan Human Rights Watch. Apa kata Aziz Bari? Apa kata Nik Aziz? Apa kata Haji Hadi? Apa kata Dewan Ulama’ PAS?

Continue Reading Disember 27, 2011 at 2:40 am 2 comments

Anwar Gamit Semula ABIM?

Malam semalam dikatakan berlakulah mesyuarat khas di antara Pak Sheikh dengan pimpinan ABIM. Anwar dan ABIM sememangnya tidak boleh dipisahkan. Walaupun pada ketika Anwar menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri; ramai penggerak ABIM yang merasakan Pak Sheikh sudah meletakkan ABIM sekadar di pinggiran. ABIM hanya menjadi sebuah ‘gerakan’ biasa – dengan bantuan minimal daripada Pejabat TPM pada ketika itu. Malahan, banyak usaha yang ABIM cuba usahakan tidak dilayan oleh Anwar ketika dia berada di Pejabat Perbendaaraan. ABIM hanya mampu membeli deretan kedai di Sri Rampai, Setapak – yang akhirnya terpaksa dijual semula kerana kekurangan modal.

ABIM memang pernah menjadi batu loncatan Anwar. Bila Anwar dah lepas; ABIM dia tinggal secara keseluruhannya. Tak peduli. Tak ambil tahu. Harakat perjuangan ABIM pun Anwar tak kuasa nak ambil tahu.

Namun, dalam keadaan tertekan; suasana politik yang tidak menentu – Anwar cuba kembali menarik ABIM di dalam pelukan sokongannya semula. Kalau dahulu, dalam bahasa kasar – ABIM kena kencing; tapi Anwar telah cuba menggunakan ABIM sekali lagi.

Kita serahkanlah kepada kebijaksanaan warga ABIM bagi menilai keikhlasan Anwar. Warga ABIM jangan terlalu ‘sentimental’ dengan ceramah-ceramah Dr Md Nur Manuty dan Siddiq Fadhil. Dalam menentukan harakat perjuangan; ABIM perlu sentiasa bebas dan tidak terikat dengan agenda politik. Ini janji ABIM. Ini pendirian ABIM.

Apakah yang menyebabkan Anwar kepingin semula dengan sokongan ABIM?

PKR sudah semakin tidak menentu. Ini hakikat. Malahan, Anwar merasakan di dalam ABIM ada beberapa orang BAKAL CALON yang boleh diketengahkan oleh PKR dalam pilihanraya akan datang. Sementara dalam parti Anwar sudah kurang percaya; ABIM sahajalah yang mampu memberikan sedikit ‘muka’ kepada Anwar. Apakah ini mampu direalisasikan?

Khabarnya, Anwar sudahpun menawarkan beberapa jawatan penting dan ‘safe seats’ kepada ABIM. Nampaknya, Anwar bersungguh nak bawa masuk ABIM ke dalam perencanaan politiknya yang terkini.

Nama-nama seperti Muhamad Razak Idris dan Amidi Abdul Manan dikatakan antara yang dijanjikan tempat untuk mewakili PKR dalam pilihanraya umum akan datang. Soalnya, warga ABIM boleh terima proses ‘mempolitikkan’ ABIM ini?

Continue Reading Januari 4, 2011 at 11:43 am 3 comments


Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,964 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada