Ada Usaha ‘Buy Over’ Calon di Selambau: Angkara Siapa?

April 3, 2009 at 3:25 am Tinggalkan komen

Baru sahaja kita memuji suasana ‘demokrasi’ luar biasa di Bukit Selambau. 15 orang bertanding untuk satu kerusi Dewan Undangan Negeri sememangnya suatu ‘sejarah politik’. Kita pun mengalu-alukan juga ‘awareness’ politik yang sedemikian sifatnya. Bagus dan elok untuk demokrasi. Semakin ramai orang bertanding – maka agaknya semakin sedarlah orang kita dengan perkembangan politik.
Sayangnya, baru beberapa hari kita berbangga dengan suasana ini; timbul pula cerita beberapa calon sudah ditawarkan dengan wang yang besar untuk menarik diri. Setakat ini, dikatakan ‘offering’ ini diberikan oleh satu parti – Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Kita tahu siapa ‘mastermind’ di belakang semua ini. Dalam PKR, ‘maestro’ yang menyusun semua atur cara pembelian dan perjalanan parti ini akan ‘menyusur’ kepada seorang insan kamil jua. Insan kamil.
Kaedah pembelian ini sememangnya nampak seperti ‘anti-tesis’ kepada usaha demokrasi. Tapi, itu kan tidak penting saat maruah diri menjadi taruhan. Yang pasti, usaha mesti dilakukan untuk menentukan kemenangan total parti. Kalau kalah – ini merupakan referendum juga kepada si insan kamil.
Usaha mesti dilakukan walaupun terpaksa mengusahakan ‘pembelian’ calon di Bukit Selambau. Rakyat bukan kisahpun, samada ini adalah suatu contoh etika politik yang baik. Double-standard dalam kita menilai ‘halal haram’ perlakuan politik ini adalah nyata dan jelas. Bukannya satu cakap-cakap kosong.
Si insan kamil bernama Anwar Ibrahim sepatutnya berasa malu dengan usaha ‘pembelian’ calon di Bukit Selambau. Patut malu. Sebagai kononnya ‘jagoan demokrasi’ – Anwar tidak sepatutnya menjadi ‘kemaruk’ dengan usaha pembelian calon di Selambau. Malu pada dunia. Malu pada kalangan rakyat yang menganggap dianya sebagai ‘bapa demokrasi’. Hari ini, Anwar lacurkan demokrasi.
Ironinya, si insan kamil ini jugalah yang akan ke hulu hilir dengan laungan demokrasi di Selambau, Bukit Gantang dan Batang Ai. Demokrasi bentuk apa? Demokrasi bentuk ‘dinar dan dirham’? Dapat wang dari mana? Bukankah baru balik dari negara Arab?
Anwar akan menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia menjadi ‘dalang’ kepada buy-over calon di Selambau. Seperti biasa. Anwar tidak akan mengaku. Pasti dia mengatakan, calon yang datang mencari ruang membuat duit. Jawapan biasa si insan kamil.
Demokrasi kaedah ‘buy-over’ sebegini memang tidak bermaruah. Sayangnya, untuk apa kita bercakap tentang maruah – sedang si pembuat pun sememangnya tidak bermaruah. Hanya masa akan menentukan bahawa kemunafikan Anwar akan terbentang di hadapan mata.

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Bukit Selambau. Tags: , , .

Kukuhnya Kasih Sayang Anwar Kepada Kugan! Anwar Temu Buku Dengan Ruas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


April 2009
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Capaian Umum

  • 75,348,959 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada