Payah Lah Kalau TPM Pun Kata RASUAH Punca Banjir Kilat

Tak tahu pegawai TPM yang mana beri nasihat, bila banjir kilat berlaku, mari kita salahkan rasuah yang teruk di kalangan agensi kerajaan. TPM sebut ini. Flash flood ini mungkin berpunca daripada projek-projek besar yang melakukan rasuah terhadap pegawai agensi.

Ini tuduhan semberono atau apa? Zahid bukan macam ini. Zahid sangat hati-hati. Tak main tuduh semacam itu sahaja.

Bila Zahid kata, projek besar taja rasuah dalam Kuala Lumpur, projek mana yang Zahid katakan ini?

– Menara Warisan?

– TRX?

– MRT?

– Projek sekitar Mid Valley?

Be specific lah TPM. Jangan main sebat sahaja.

Bila Zahid kata rasuah, agensi mana yang terlibat?

– DBKL?

– JPS?

– Bomba?

– KPT?

Apakah ini bermakna TPM sendiri pun dah tak percaya dengan sistem kerajaan? Apakah teruk sangat corruption sampai TPM boleh main sembur macam itu sahaja? Tak ada political sensitivity langsung.

Menyalahkan rasuah ini memang mudah. Nak dapat markah cepat. Soalnya ada impak positif tak kepada kerajaan?

Mei 16, 2016 at 8:11 pm 3 comments

Cepat Benar Markah Politik Zahid Menurun?

Ramai kalangan pemimpin UMNO yang bersembang tentang kedudukan Timbalan Perdana Menteri yang dikatakan merosot teruk kebelakangan ini. Lagi tinggi jawatan, lagi nampak betapa tin kosong nya perjuangan Zahid. Tak perform.

Timbalan Perdana Menteri

Masih banyak isu yang belum selesai. Isu pekerja asing masih berlegar dan tak selesai. Yang kuat cocok Zahid supaya meluluskan pekerja asing dalam industri adalah Liow Tiong Lai dan Wee Ka Siong. MCA all out nak bawa masuk pekerja asing.

TPM dan Menteri KDN? Senyap dan tak tahu nak respon macamana. Nampak macam kena jilat ludah sendiri. Garang kononnya tak akan benarkan pekerja asing, nampak macam terpaksa tunduk juga kepada demand pihak industri.

Flip flopping Zahid memang teruk dan tak senonoh. Kerja media pun berserabut. Pegawai media sendiri mengakui Zahid memang susah dibentuk. Kurang bijak dan tak savvy dengan media.

UMNO

Dalam UMNO, ramai kalangan pemimpin UMNO yang merasakan Zahid tidak menonjol. Kerja politik banyak serah kepada pegawai. Pegawai pula jenis yang sombong dan tak mesra alam. Pilih siapa yang nak dijumpa.

Kejayaan PRN Sarawak tak ada markah untuk Zahid. Setakat gerakkan RELA dan Polis. Itu sahaja. Pemimpin Sarawak pun tak endah dengan Zahid. Kalau tak ada pun tak apa.

Kuala Kangsar

Zahid katanya akan diberikan amanah untuk menjadi Pengarah PRK Kuala Kangsar. Bila jadi Pengarah, antara yang Zahid demand, calon dan pekerja utama PRK mestilah orang yang dia percaya.

Zahid katanya tak gemar cadangan bawa Zambry bertanding di Kuala. Zahid lebih suka kalau Ramly Zahari yang bertanding. Bukan Zambry.

Sementara Zahid jaga Kuala, Hisham pula ditugaskan di Sungai Besar.

Ramai yang buat bacaan, ini cara Presiden untuk TEST politik siapa yang lebih sado dalam UMNO.

Zahid kena menang Kuala. Hisham kena menang Sg Besar.

Zahid tak boleh kalah di Kuala. Kalau kalah, katanya imej Zahid akan lebih hancur berkecai

Mei 13, 2016 at 1:23 pm 1 komen

Rasanya Tak Salah PDRM Pantau Kerabat

Rasanya tak salah PDRM ambil langkah pro aktif untuk memantau sesiapa sahaja di Malaysia ini. Tak ada pengecualian. Bukan soal individu itu pengganas atau tidak. PDRM hanya jalankan tugas dan amanah.

Kalau nak tinggal dan tidak pantau langsung pun tak boleh juga. Ini proses biasa. Anak raja. Anak kenamaan. Anak orang biasa. Jika ada risiko keselamatan ke atas tuan punya diri, wajar agaknya PDRM bertindak dan ambil langkah awal.

Ini bukan soal tak percaya atau meragui mana-mana Istana di Malaysia. Ini soal menjaga keselamatan. Kita semua sayang Duli Tuanku dan kerabat. Jadi kena benarkanlah PDRM jalankan tugas.

Ada fail di Bukit Aman tidak bermakna apa-apa. Patut rasa selamat, kerana ada fail khas dalam meninjau keselamatan diri dan keluarga. Ancaman ada di mana-mana.

Ini juga tak bermakna anggota keselamatan Istana tidak cekap. Tidak. Ini hanya bermakna, dalam soal keselamatan, terutamanya anggota keluarga Duli Tuanku, ada banyak layers yang digunakan kerajaan.

Jangan ingat orang yang berkeliaran di luar istana itu orang biasa. Tukang sapu sampah di sekitar Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur pun, mempunyai lesen keselamatan dan menembak tepat. Jangan main-main.

PDRM ambil tindakan pro aktif dan betul. Dalam isu keselamatan, semua lubuk dan kemungkinan mesti diteliti.

Kita patut lebih takut jika PDRM buat tak peduli.

Bila mereka pantau, itu tanda mereka sayang dan kasihkan Tuanku.

Mei 13, 2016 at 1:09 pm 2 comments

Mampukah GERAKAN dan MCA Lakukan Seperti SUPP?

Antara yang paling happy dengan PRN Sarawak adalah GERAKAN dan MCA. Tiba-tiba dua parti yang tak berapa nak hebat ini, rasa yakin mereka boleh buat perkara yang sama di Semenanjung. Rasa cukup kuat untuk menarik kembali sokongan kaum Cina yang dikatakan tidur sebantal dengan DAP.

Baguslah ada keyakinan, tapi kerja kena buat. Jangan seronok waktu menang, tapi tak nampak muka masa mendekati rakyat.

Perangai biasa MCA dan GERAKAN, dekat pilihanraya baru nampak muka. Selain daripada waktu itu, berseronok lah mereka dengan jawatan masing-masing di peringkat nasional.

Menarik, sebab MCA sudahpun tunda pemilihan parti kononnya selepas PRU yang akan datang. Perangai buruk MCA. Jaga punggung sendiri.

Asalkan Liow dan Wee Ka Siong selamat, mulalah tukar peraturan untuk pastikan diri sendiri selamat dengan jawatan.

MCA dan GERAKAN kena sedar, pemikiran kaum Cina di Sarawak lain macam. Tak serupa dengan pemikiran Cina Seputeh, Cina Jinjang ataupun Cina Serdang. Jangan ingat mudah sangat nak ikut resipi SUPP dan Dr Sim.

Liow patut tengok bagaimana Dr Sim bekerja. Sejak PRN2011, tak pernah berhenti dekat dengan rakyat. Buat macam-macam program, jengah rumah pengundi walaupun bukan wakil rakyat. Boleh Liow buat macam itu?

Liow kita tahu main politik selamat. Janji ada jawatan. Peduli pun dia tak kepada usaha perbaiki imej MCA.

Dengan imej setengah masak yang ada, sanggup lagi nak tangguh pemilihan lebih 2 tahun. Maka kekal lah wajah-wajah lama yang orang tak boleh nak terima.

Atas kertas, rasanya MCA dan GERAKAN akan padam dalam PRU akan datang.

Kecuali DAP ada buat mistake besar yang tak boleh dimaafkan.

Mei 10, 2016 at 12:17 pm 1 komen

Cabaran Sungai Besar & Kuala Kangsar

Orang kata, PRN Sarawak tak ada apa sangat. Memang boleh menang besar. Kita semua tahu pemikiran orang Sarawak. Mereka ikut suka hati. Pergi lantak lah isu apa pun yang ada. Orang Sarawak akan tetap pilih orang yang mereka suka. Apa lagi kalau banyak berbudi.

Yang lebih challenging kepada Team Najib sekarang adalah PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Antara isu berkait:-

– Nak buat serentak atau asing?

– Nak letak calon tempatan atau parachute?

– Nak letak calon perempuan atau lelaki?

– Nak letak orang agama atau orang tak berapa?

– Nak letak orang Najib atau orang Zahid?

– Nak letak orang muda atau orang lama?

– Nak dengar cakap UMNO atau cakap rakyat?

Dengar kata, TPM Zahid mahu orang dia sebagai calon. Tak lain dan tidak bukan, Jamal Sekinchan Ikan Bakar (JSIB).

Zahid dah berapa kali perhimpunan UMNO di Selangor, meletakkan JSIB sebagai pejuang Melayu yang sebenar. Malah Zahid pernah kata, keberanian Jamal melebihi keberanian Ketua Pemuda UMNO Malaysia!

Sekarang ini, siapa bakal calon di Sungai Besar?

JSIB – Ketua Bahagian, hard core team Zahid.

Budiman – calon marhaen orang muda (kononnya bersih dan cekap)

Calon wanita – profesional dari Sungai Besar.

Calon bidan terjun – orang yang PM mahukan.

Kuala Kangsar tak banyak masalah katanya.

Imej Menteri Besar Perak katanya sudah cukup untuk memenangkan Kuala Kangsar. Tak ada masalah.

Bagus juga kalau letak JSIB. Baru kita tahu samada imej UMNO sudah comel di kalangan pengundi atau belum.

Kalau JSIB menang, confirmed UMNO boleh menang besar PRU14. Confirmed.

Mei 10, 2016 at 12:01 pm 1 komen

Mudah Benar Lepas Tanggungjawab?

Bersetuju dan melaksana cadangan PAC itu satu hal. Tapi kalau ada elemen jenayah, tindakan juga mesti diambil kepada pihak yang bertanggungjawab. Benda itu tak payah Paul Stadlen fikir. Seorang warganegara yang waras, tak mungkin akan menerima sahaja bulat-bulat perletakan jawatan ini.

Jangan cuci segala macam najis dengan begitu sahaja. Yang bersalah mesti dihadapkan ke mahkamah. Kalau deal yang lain itu JUSTIFIED, bagaimana dengan kesiapan memindahkan wang kepada akaun syarikat yang tak ada kena mengena dengan IPIC?

Tak jadi kesalahan langsung ke? Pelik juga, kalau perkara sama dilakukan individu lain, rasanya dah lama disiasat dan masuk ke dalam penjara.

MoF Inc katanya akan melantik Ahli Lembaga Pengarah baru dalam masa terdekat. Yang lama sudah kenyang dengan segala macam kepentingan yang diterima sewaktu berada di 1MDB.

Siapa Ahli Lembaga Pengarah Baru 1MDB?

Sudah tentu mereka yang boleh dipercaya dan boleh memastikan rahsia 1MDB kekal dalam keadaan yang selamat dan sejahtera.

Mungkin nama-nama berikut dimasukkan:-

– Annie Chua Soh Ping

– Dato Ahmad Badri (Belanjawan)

– Dr Aminuddin Hassim (NSU)

Ini semua pakar-pakar yang boleh mengurus liabiliti yang ditanggung MoF. Apatah lagi di bawah tunjuk ajar MAHAGURU EKONOMI DUNIA IRWAN SIREGAR.

Kita doakan yang baik-baik sahaja di MoF INC.

Mereka ini mereka yang hebat, pakar dalam bidang masing-masing. Tanpa mereka, rasanya tak ada potensi buat negara ini.

Kita yakin MAHAGURU EKONOMI DUNIA IRWAN SERIGAR akan mampu menyelesaikan segala masalah yang berlaku dalam Mof INC dan 1MDB. Mahaguru punya kuasa luar biasa. Membaca ekonomi dunia dengan cekap dan tulus. Sehinggakan beberapa kali Bajet negara buat correction.

Boleh rujuk Laporan PAC, bermula mukasurat 89 sampai habis. Bayangkan cerdik pandai di MoF boleh berdiam diri sahaja dengan segala macam najis yang berlaku.

Tapi kalau bab bajet kecil untuk rakyat, punyalah kuat birokasi di MoF. Tapi dalam kes ini, macam tak tahu sahaja.

MAHAGURU EKONOMI DUNIA IRWAN SIREGAR, patut letak jawatan dan ambil Phd di luar negara.

Cukup memalukan apabila semua ini berlaku di bawah pemerhatian dan tanggungjawabnya.

Mei 5, 2016 at 11:02 am 1 komen

PM Najib All Out Untuk PRN Sarawak – Menang Besar Pasti

Ramai orang kanan PM yang kata, memang luar biasa kerja PM untuk PRN kali ini. All out. Memang tak berhenti bekerja. Kerusi bandar, luar bandar; PM hayun semacam ajer. Tak bagi peluang pembangkang bernafas.

Rasanya sewaktu c, bukan macam ini gerakan PM. Turun, tapi tak lah sehebat PRN 2016 ini. Memang kita puji lah. Dahsyat kerja politik PM.

Katanya ada para pegawai kanan Kementerian pun komplen tak larat nak ikut program politik PM. Siang malam. Pagi petang. Tak ada kesempatan rehat langsung.

Kita boleh faham, PRN Sarawak ini macam makjun untuk PRU akan datang. Nak tengok kekuatan. Nak tengok kemampuan.

PM katanya setakat ini puas hati dengan perjalanan jentera. PBB kuat. Komponen pun menampakkan potensi luar biasa.

Calon favourite PM, Dr Sim pun dah dapat tarik jumlah pengundi Cina yang sangat besar. Tak macam PRN dulu. Ini memang luar jangka.

Kita harap semua kerja kuat PM akan berbaloi kali ini. Kemenangan besar BN memang akan memberi markah politik yang baik kepada PM/BN. Itu yang diperlukan. Tak boleh kurang 70 kerusi.

Tak kira berapa bilion kena belanja. Yang penting mesti menang besar. Kos kita kira lain.

Buat mesyuarat kabinet di Sarawak memang high class. Memang terbaik. Ada alasan yang kukuh dan strategik.

Mukhriz Mahathir, kalau ikut dia, mesyuarat kerajaan negeri sentiasa sahaja di KL. Dekat dengan bini. Boleh datang dari rumah.

Mei 4, 2016 at 2:47 pm 1 komen

Sekitar Kempen Politik di Sarawak

Jika Adenan Satem dapat kurang daripada 70 kerusi, maknanya kehebatan beliau gagal dan tidak terbukti. Mungkin Adenan Satem cakap sedap, orang suka, tapi kalau keputusan PRN tidak memihak, Adenan patut sedar diri dan mula muhasabah apa dan di mana yang silap.

Ramai yang ke Sarawak berkata, kali ini sambutan masyarakat Cina terhadap SUPP, UPP dan direct-BN candidates memang luar biasa. Nampak macam masyarakat Cina nak berikan VOTE OF CONFIDENCE kepada Adenan Satem.

Kalau PRN2011, ceramah SUPP ada setakat dua tiga ratus orang. Kali ini, hampir puluhan ribu. Mereka datang. Mereka dengar. Mereka nak tahu apa SUPP boleh beri kepada mereka.

Ini memang luar biasa. Tak pernah terjadi.

Apakah DAP sudah hilang sengat?

Apakah SUPP sudah ada formula baru untuk tawan hati orang Cina?

Boleh MCA ambil pendekatan sama di Semenanjung?

Tapi satu benda yang paling pelik, ada seorang kontraktor besar yang diminta turun ke Sarawak (Kuching) kerana PM nak rasmikan projek. Sayangnya, kata kontraktor itu, orang yang datang tak sampai 200 orang. Apa jadi?

Takkan orang Sarawak menolak PM yang paling rajin ke Sarawak?

PM Najib katanya memang all out kempen kali ini. Semua kekuatan yang ada dibawa turun.

Pahlawan-pahlawan hebat seperti Nazri Aziz juga dibawa sekali.

Kita harap tak betul lah laporan kontraktor tersebut. Kalau ikut gambar dalam media, setiap perjumpaan PM tak pernah kurang 20000 orang kehadiran.

Adenan Satem mesti buktikan, dia mampu dapat lebih 70 kerusi.

Baru lah handal.

Mei 3, 2016 at 11:21 am Tinggalkan komen

Azmin Ali Patut Desak Kak Wan Bersara

Rata-rata kawan PKR di Sarawak anggap Azmin Ali seorang leader yang berani. Tak cakap banyak, akan laksana apa yang dia anggap betul untuk parti. Sebagai Timbalan Presiden sebuah parti, Azmin ada alasan untuk menidakkan keputusan bodoh DAP. Sebagai pemimpin kanan, Azmin kena bertindak.

Masalah dengan DAP, mereka bukanlah jenis yang terima alasan dan sebab yang diberi. Kepada mereka, DAP sepatutnya diberikan layanan istimewa. Tak boleh ada orang yang nak jatuhkan DAP.

Azmin hanya melaksana apa yang diinginkan oleh Ketua Ranting dan Cabang. Mereka mahukan calon PKR sendiri, dan Azmin terpaksa ikut.

Apabila Ketua Ranting dan Cabang telefon Madame President, tak ada jawapan. Call tak berjawab. Whatsapp tidak berbalas. Telegram tak ada respon.

Macamana nak buat lagi?

Untung Azmin ada untuk dihubungi dan dimaklumkan mengenai keputusan politik yang perlu dibuat.

Kalau dah macam ini keadaannya, ramai juga yang kata Azmin Ali patut ambil alih PKR dalam kadar segera.

Sebelum lebih jahanam, elok Azmin buat rampasan kuasa.

Kalau dibuat sekarang, rasanya Wan Azizah akan dimalukan. Tak ada sokongan.

Sebab itu ramai di Sarawak yang rasa Azmin sudah perlu jadi Presiden sebenar kepada PKR.

Bukan Madame yang tak tahu apa nak buat, blur dan bodoh dalam buat keputusan.

April 26, 2016 at 3:52 pm 1 komen

Tuanku Mungkin Sudah Bersabar Terlalu Lama…

Banyak blog, portal yang memainkan isu sama. Kononnya Tuanku Sultan Terengganu kecewa kerana isu ucapan yang dirasakan memalukan Tuanku. Betul ke itu sahaja isunya? Rasanya rakyat kenal dengan Tuanku. Takkanlah semudah itu mahu menarik gelar kerana satu ucapan.

Ini soal pemimpin yang berlagak hebat dan merasakan diri sudah sempurna. Raziff patut sedar diri, dia tidak berada dalam senarai pemimpin utama pun pada suatu ketika. Tapi ada lah pihak tertentu yang menjual namanya, sebagai seorang yang mudah mendengar kata dan tidak akan buat hal.

Tak sampai berapa lama, sudah banyak hal yang timbul. Banyak perkara pentadbiran yang pelik berlaku. Ada pula think tank yang tidak mahu mendengar pandangan pegawai awam negeri.

Ada bilik gerakan khas individu tertentu. Target mahu meletakkan Raziff sebagai salah seorang pemimpin nasional yang hebat.

Negeri belum terjaga elok, sudah ada cita-cita tinggi. Mahu letakkan diri sebagai pemimpin nasional.

Raziff patut muhasabah diri. Cari kelemahan. Bukan nak bergaduh dengan ramai orang.

Jangan berlagak macam awak pemimpin kuat, jika telur sudah di hujung tanduk. Jangan ikut cakap orang KL sangat, sebab mereka tak tahu isu sebenar di negeri.

Insiden ini bagus sebagai ubat kesombongan kepada pemimpin UMNO. Jangan berlagak sangat dengan jawatan. Humble sedikit.

Tengok contoh mereka yang kekal lama. Sebab apa? Sebab mereka tahu jaga adab dan sangat berhati-hati dengan Istana.

April 25, 2016 at 8:30 pm 2 comments

Older Posts Newer Posts


Mei 2024
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,956 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada