Pakatan Selamatkan RM200 Bilion Wang Rakyat? (Laporan Selangorkini)

Ogos 4, 2011 at 8:18 pm 4 comments

Kita kena beri kredit kepada Anwar, setelah sekian lama menjawat jawatan Penasihat Ekonomi Negeri Selangor, semalam adalah kali pertama Anwar berbicara tentang ekonomi dalam skala yang besar dan hebat. Mesyuarat kononnya PEMIKIR EKONOMI kepada Pakatan Rakyat bersetuju dan berjanji bahawa mereka mampu untuk menjimatkan duit kerajaan sebanyak RM200 b apabila mereka memerintah nanti. Bayangkan, kalau apa yang dirancang ini jadi kejayaan – maka RM200b boleh diagih-agihkan kepada rakyat secara terus.

Memang menarik cadangan Anwar. Menarik. Dalam semangat ramadhan, Anwar membangkitkan soal yang memang dekat dengan hati rakyat. Soal mem’belon’kan angka ini memang kehebatan Anwar. Benda RM20b pun boleh jadi RM200b. Ini kehebatan Anwar Ibrahim. Mungkin Anwar sudah terbiasa bercakap ‘bilion-bilion’ rupiah sewaktu melawat dan berjumpa Abu Rizal Bakrie dan Mochtar Riady di Indonesia.

Rakyat memang menantikan model ekonomi sebenar yang Anwar nak bawa. Janganlah bicara bab Buku Jingga lagi. Nampak sangat membohongnya. Bagi rakyat satu kerangka ekonomi yang lebih jelas dan menjanjikan. Jimat di mana? Berapa? Daripada mana? Apa yang perlu dipotong dan dikurangkan? Cukai mana yang boleh digantikan? Apakah Anwar juga mahu laksana GST? Bila? Dalam bentuk apa?

Penasihat Ekonomi janganlah berbicara tanpa sebarang statistik dan angka. Jadi menipu bunyinya. Penjimatan di mana? Apakah sebagai PM Anwar rela tinggal di Segambut berbanding di Putrajaya? Jual dan auction kan kediaman Perdana Menteri? Apa yang Anwar nak buat sebenarnya?

Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2011 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.

Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.

Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Kita tahu, kalau Mohamad Sabu mula bercakap pasal ekonomi – maksudnya memang kita akan ada dalam masalah besar. PAS selama ini bagai nak tenggelam dengan kemiskinan; sentiasa meminta belas kasihan PKR Selangor; boleh nak berbicara pasal bilion-bilion. Ini LAWAK apa?

Entry filed under: Anwar dan Ekonomi Negara, Reformasi PKR, Strategi Politik PKR, Tan Sri Khalid, Weakest Link in PR. Tags: , , .

Anwar Perkecil SBY? Apa Komen Anwar Mengenai Kes Serbu Gereja?

4 Komen Add your own

  • 1. Tanpa Nama  |  Ogos 4, 2011 at 8:38 pm

    Mmg kelakar… Mat Sabu penasihat ekonomi?!
    Alamatnya berkerusi roda la kita…

    Balas
  • 2. guest  |  Ogos 8, 2011 at 4:42 pm

    Kini bermulalah kempen sebenar menggula-gulakan rakyat dengan cakapan berdegar-degar. hebatnya umpama sekiranya mereka memerintah negara Haiti pun, pendapatan dan perekonomiannya adalah umpama negara Jepun. (berbicara dgn air liur dan diatas sekeping kertas bolehlah). Tapi masih ada manusia dunggu yang sanggup percaya kpd Anwar dan Mat Sabu, aku heran……

    Balas
  • […] ini Anwar dikhabarkan ada mengeluarkan kenyataan untuk menjimatkan duit rakyat sebanyak RM 200 billion jika berjaya memerintah Malaysia.  Anwar dan angka bukan sesuatu yang baru, dari sejak penipuan […]

    Balas
  • 4. Tanpa Nama  |  Mei 7, 2012 at 4:36 pm

    RM 200 billion tu …..angan-angan Mat Jenin jer

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Ogos 2011
I S R K J S A
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Capaian Umum

  • 75,348,961 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada