Rombongan Mencari DANA PRU di Turkey

Februari 2, 2012 at 11:06 pm 1 komen

Kita ucap tahniah kepada Anwar yang sudahpun berangkat ke Turki malam semalam (bukan lari dan mencari suaka politik!); tetapi lebih kepada usaha saat akhir untuk mendapatkan bantuan dana PRU yang akan datang daripada beberapa pihak di Turki. Kalau mengikut jadual yang ditunjukkan oleh Saifuddin kepada beberapa petugas Ibupejabat PKR malam semalam sewaktu di KLIA; kita nampak memang lawatan ini mempunyai tujuan yang sangat khusus.

Anwar dijadualkan bertemu beberapa pemain korporat di Turki dalam beberapa hari ini. Dengan berbekalkan beberapa info terkini mengenai tanah, kawasan, tawaran istimewa, kelebihan yang dimiliki oleh Selangor dan Pulau Pinang kepada usahawan Turki; Anwar juga akan berbincang mengenai kemungkinan Turki membantu PKR daripada sudut lain. Ada juga usaha untuk mewujudkan kerjasama politik jangka panjang antara AK Party dan Parti Keadilan daripada sudut pertukaran ‘kakitangan’ dan kepimpinan yang akan berlangsung untuk masa yang terdekat.

Beberapa orang kalangan pemimpin muda PKR akan dihantar ke Turki untuk belajar kaedah kempen dan modus operandi pilihanraya yang dibuat oleh AK Party. Anwar memang mahukan DASAR PANDANG KE TURKI sebagai agenda baru yang bakal dilaksanakan oleh PKR.

Yang kelakar, semalam sempat Azmin Ali menunjukkan ‘metal detector’ yang diberikan oleh seorang rakan Amerika kepada mereka. Tak mahu masalah di Patpong dan Bangkok berulang, nampaknya Saifuddin dan Azmin mengambil langkah yang sangat hati-hati. No more problems, tegas Azmin. Semua kakitangan yang ada di sekeliling tergelak. Boleh jadi bahan gurauan nampaknya Anwar sekarang ini.

Anwar juga akan bertemu beberapa tokoh politik. Ahmet Davotoglu memang menjadi pengikut setia Anwar sejak zaman di UIAM lagi.

Anwar juga akan bertemu dengan beberapa ‘market analyst’ di Turkey – bagi mencari kelemahan pembelian ACIBADEM oleh Khazanah baru-baru ini. Anwar sengaja ingin mencari kalau-kalau ada kelemahan yang dibuat oleh Khazanah dalam dealing tersebut.

Antara wakil-wakil syarikat yang akan bertemu Anwar: Enka Insaat (Construction) dan Akbank (Perbankan). Menarik juga permainan Anwar ini.

Kalau menurut anggaran awal Ibupejabat PKR; dana awal sebanyak RM55 juta akan dapat banyak membantu usaha kemenangan pilihanraya. Kalau Anwar berjaya, nilai Anwar di kalangan Pakatan Rakyat akan meningkat berkali ganda. Salah satu BUKTI bahawa Anwar dapat memimpin dengan baik adalah kemampuan mencari sumber kewangan. Kalau mengikut list panjang usahawan Turki yang bakal Anwar temui – komitmen RM15 juta sekurang-kurangnya memang boleh diusahakan.

Yang pelik, ada ‘bullet point’ – ‘American friends’ di dalam jadual Anwar. Siapa dia ‘American friends’ ini? Di mana mereka berjumpa? Atas sebab apa?

Sebelum meninggalkan rakan-rakan di KLIA – Azmin sempat bergurau, ‘this is last we’re going as opposition….next time, we are part of PM’s Office’. Terburai gelak

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Pilihan Raya Umum 13, Reformasi PKR, Weakest Link in PR. Tags: , , , .

Beda MAHATHIR dan Anwar Zaid Ibrahim Ambil Risiko

1 Komen Add your own

  • 1. Mr Y  |  Februari 2, 2012 at 11:54 pm

    Bukan setakat nak fund PRU 13 tapi jugak nak fund BERSIH 3 yang memang dalam perancangan Pakatan Haram mereka.lihatlah nanti

    PAS sedang mengganga untuk disuapkan dengan duit-duit asing termasuk duit-duit Yahudi. Sebab inilah ostat dan ulamak-ulamak PAS kena ikut telunjuk tuan penasihat besar Al-Juburi.

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Februari 2012
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
272829  

Capaian Umum

  • 75,348,964 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada