Post Mortem Selamatkan Malaysia – Pandan
Mac 29, 2016 at 2:34 pm 1 komen
Habis sahaja perhimpunan Selamatkan Malaysia di Pandan semalam, terus ada pasukan pusat khidmat wakil rakyat Pandan buat post mortem. Post mortem pun banyak group. Kumpulan HQ tak buat post mortem sama dengan Kumpulan Pusat Khidmat Pandan.
Macam-macam yang dimaklumkan. Blog ini hanya buat ringkasan : –
– YB Pandan kecewa kehadiran tak memuaskan
– Jauh meleset daripada target 40k orang
– Tun M tak mampu tarik audience
– Tun M tidak sebut langsung bebaskan Anwar (sudah dimaklumkan Tun MESTI cakap ayat ini)
– Kos tidak dikongsi
– Penganjuran hari kerja jadi punca
– YB Pandan tidak beri khidmat (sebab itu rakyat malas turun)
– Banyak janji YB Pandan belum deliver
Baguslah PKR sudah mula biasakan diri untuk meletakkan Tun di pentas mereka. Tapi arrangement mesti beri mileage kepada PKR. Kalau tak, rugi.
Rafizi selalu ingatkan staff dia, yang penting adalah menarik 5 hingga 10 % mereka yang masih bersama UMNO untuk mengundi pembangkang kali ini.
Perkara itu mesti diusahakan untuk menang dalam PRU akan datang.
Rafizi target untuk menang undi majoriti lebih 35,000 dalam PRU akan datang. Barulah ada gaya sebagai Naib Presiden PKR.
Kalau tanpa jawatan tinggi pun boleh menang 26,729 undi majoriti. Takkanlah dengan bantuan Mahathir tak boleh.
Entry filed under: Malaysia, PKR, Uncategorized. Tags: Kumpulan Pusat Khidmat Pandan, Malaysia, Naib Presiden PKR, PKR, PRU, Rafizi, Selamatkan Malaysia, YB Pandan.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Tanpa Nama | Mac 29, 2016 at 5:07 pm
Rafizi buat target tak nampak macam seorang accountants,tak pandai kira untung rugi.Sepatutnya target lebih tinggi kerana nak balance dengan beberpa % penyokong Pas yg sudah tolak PKR,kerana PKR beremain kayu tiga.