Nantikan ‘Konvensyen Pakatan Rakyat’ – Disember

September 16, 2009 at 9:30 pm 1 komen

Pakatan Rakyat diberitakan bakal melaksanakan konvensyen khusus bagi membincangkan kemungkinan mempunyai ‘satu platform’ untuk pakatan tersebut menjelang pilihanraya akan datang. Hakikatnya, cadangan ini sebenarnya sudah lama ‘overdue’. Bila dah nampak retak. Bila menunggu belah. Bila dah timbul kekecohan. Barulah timbul idea Pak Sheikh untuk melaksanakan konvensyen ini. Strategi Pak Sheikh ini diharapkan berjaya.

Bagi menjayakan niat konvensyen ini, yang boleh disifatkan sebagai agenda ‘wehdatul fikri; wehdatul amal’ bagi Pakatan Rakyat; Anwar terpaksa mengadakan ‘pre-council’ dengan setiap pemimpin parti dalam PR secara ‘separately’. Nampak sangat Anwar ingin mempunyai ‘carrot’ untuk setiap parti. Apa yang boleh difaraid kepada PAS. Apa yang boleh untuk DAP? Apa yang boleh untuk PKR sendiri. Semua benda Anwar kena ambil kira.

Berdasarkan ideologi – memang susah nak rapatkan ‘saf’ PR ini. Banyak benda yang kena selesaikan. PAS dengan ‘nilai Islamik yang konservatif’, DAP yang terkenal dengan budaya fikir chauvinistic, PKR yang terkenal dengan budaya ‘materialistic’. Semua ini kena ‘gam’ yang sangat kuat. Gam bagi PR ini nampaknya Pak Sheikh seorang sahaja. Orang lain tidak ada gam macam Pak Sheikh. Kak Wan tidak ada karisma. Lebih kepada simpati. Dalam politik baru, simpati tak main sangat.

Anwar kena fikirkan dengan lebih mendalam – gam dan magnet yang boleh merapatkan kembali saf Pakatan Rakyat. Konvensyen ini memang perlu dan wajar. Barulah Pakatan Rakyat ada ‘level’ yang sama dengan BN. Baru ada pendekatan yang lebih boleh dipercayai oleh rakyat.

Hakikatnya, Anwar kena buat ‘spring cleaning’ kalangan mereka yang benar-benar selari dengan agenda perjuangan PR. Usaha yang lebih ‘robust’ mesti dilakukan untuk menarik golongan kecewa dalam BN dengan seberapa segera. Chua Jui Meng, Subramaniam – adalah antara yang dah hampir berjaya. Ini semua mesti terus dilakukan dengan lebih robust.

Konvensyen PR ini amat strategik kepada Pak Sheikh. Tidak dapat tidak, Pak Sheikh mesti perbaiki ‘imej’ PR yang agak tunggang langgang kebelakangan ini. Memang susah nak ‘handle’ segala macam ‘internal matters’ masing-masing parti yang ada dalam PR ini. BN pun lebih kurang juga. Gila kuasa seperti Samy Vellu. MCA yang berebut kuasa. Ini semua adalah antara yang perlu diselesaikan secara baik dan berkesan. PR memang kena mempunyai platform sama.

Tapi, apa yang baru nak ditawarkan kepada rakyat? Kalau setakat kaedah sama macam BN – tak ada la yang baru sangat. Biasa saja. Anwar mesti memikirkan kemungkinan mempunyai satu logo, satu nama kepada Pakatan Rakyat. Baru ada kelainan. ‘Masa Hadapan Malaysia’ mesti diisi dengan seterang-terangnya dalam konvensyen itu. Di mana kedudukan Melayu? Di mana kedudukan Islam? Di mana kedudukan institusi Raja? Di mana kedudukan sistem kuota dan biasiswa? Di mana kedudukan Bahasa Melayu? Di mana kedudukan hak istimewa?

Anwar tidak boleh setakat redah dan asal boleh sahaja. Sesuatu yang besar dan hebat mesti menjadi ‘hasil’ kepada konvensyen tersebut. Tidak boleh setakat ada atas kertas sahaja. PAS mesti komited dengan perubahan. DAP mesti komited dengan perubahan. PKR mesti tinggalkan segala macam ‘kerosakan sosial’ yang ada dalam PKR. Barulah PR nampak ‘solid’ dan mantap.

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, Reformasi PKR, Weakest Link in PR. Tags: , , .

Masa Hadapan Malaysia – Bila Anwar Main ‘Ayat’ Permohonan Gagal – Apa Strategi Anwar Lagi?

1 Komen Add your own

  • 1. Pemerhati  |  September 21, 2009 at 1:26 am

    Saya yakin Pakatan Rakyat boleh menangani cabaran ini dan akan muncul lebih kukuh dan kuat daripada Barisan Nasional yang pada masa ini kucar-kacir dengan akar umbi UMNO tak indahkan pemimpin tertingginya (Bagan Pinang – Calon UMNO – MAT ISA), MIC dengan Samy Vellunya, MCA dengan rebutan kuasa antara Ong dengan Chua. Sekurang-kurangnya dalam Pakatan Rakyat tiada isu semacam itu dalam parti komponennya. Namun saya percaya hanya mereka yang degil dan bodoh sahaja yang masih hendakkan keadaan di Negara kita ini kekal seperti zaman dahulu. Kami yang lain inginkan perubahan dan sanggup menghadapi cabaran perubahan yang bakal berlaku!

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


September 2009
I S R K J S A
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  

Capaian Umum

  • 75,348,963 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada