Idea RM100 Bilion Pakatan Rakyat?

Disember 20, 2010 at 8:15 pm 4 comments

Pertamanya, kita ucap tahniah kepada PR kerana dapat menjayakan Konvensyen Sehari di Kepala Batas. Dengan segala macam masalah yang sedang dihadapi oleh PR; berjaya menjayakan konvensyen sewajarnya dipuji. Dengan masalah Ahli Parlimen PKR dan DAP yang digantung. Dengan kes liwat yang masih belum selesai. Dengan PAS yang masih lagi belum dapat menjayakan agenda Negara Islam sebagai ‘teras’ PR – dapat juga mereka menjayakan konvensyen sehari. Bagus.

Sebagai kesinambungan kepada Dasar Bersama yang dijayakan oleh PR selama hampir dua tahun setengah ini maka dicadangkanlah 10 ‘dasar utama’ yang bakal dijayakan oleh PR dalam pilihanraya akan datang. 10 cadangan ini, pada dasarnya nampak menarik dan ‘the way forward’; tapi rakyat kenalah nilai dengan lebih jujur dan bertanggungjawab. Jangan nak terima sahaja. Kena tengok sejauhmana ianya BOLEH dijayakan oleh sebuah kerajaan yang tidakpun berjaya nak melaksanakan manifesto pilihanraya selama dua tahun setengah ini.

Kalau tengok secara keseluruhan; 6 daripada 10 cadangan ini melibatkan implikasi ekonomi yang sangat besar. 4 lagi adalah cadangan yang bersifat politik. Sebab itulah PR adakan juga kempen ‘Democractic Restoration Act’ sebagai kempen politik. PR tahu – kalau bergantung kepada ekonomi sahaja; mereka akan mendapat kekangan sokongan.

Cadangan PR bukannya MURAH. MAHAL. Hampir 100 bilion kalau ikutkan jangkaan awal. Antara cadangan yang akan mendatangkan implikasi ekonomi:-

Pengambilan Seluruh Lebuhraya dan Pemansuhan Sistem Tol

Memang pada dasarnya nampak sangat menarik. Ini cadangan yang boleh mendatangkan minat rakyat. Kita akui. Tapi apakah ianya boleh dijayakan dalam 100 hari? Cadangan pengambilalihan lebuhraya yang ada pada ketika ini semuanya berjumlah berbilion ringgit. Cadangan sebuah syarikat, Asas Serba berjumlah hampir RM50 bilion. Itupun dengan janji bahawa tol tidak akan dinaikkan dalam masa 20 tahun.

Kena ingat, ini bukan soal jalan sahaja. Maintenance? Berapa ratus juta? Atau memang kerajaan PR dah siap dengan konsesi ‘maintenance’ lebuhraya yang akan dibayar oleh kerajaan. Macamana IM Global Asset Management ambil alih maintenance flat PKNS? Siapa yang dapat konsesi? Kawan PKR juga?

Apakah logik untuk tidak mengenakan tol langsung? Siapa yang akan tanggung kos maintenance?

Impak kepada perbelanjaan kerajaan: RM50 bilion

Kembalikan Konsesi Air kepada Rakyat

Kes ini pun belum selesai. Masih lagi dalam perbincangan. Harga yang dikhabarkan hampir RM10 bilion – Selangor sahaja! Kalau seluruh Negara? Berapa pula jumlahnya? Boleh dibuat. Kita harap ‘Buku Jingga’ boleh beritahu rakyat berapa banyak yang akan dibelanjakan oleh kerajaan? RM40 bilion untuk seluruh Negara?

Free Wireless Internet

Berapa bilion pula nilainya?

Royalti Minyak PETRONAS

Ini memang ‘dendam kesumat’ Anwar sekian lama. Berapa banyak kerajaan persekutuan akan kehilangan dana? Siapa yang akan tanggung segala perbelanjaan kakitangan awam? Keluar daripada tabung mana? Tabung politik Anwar? Atau Anwar memang dah siap sedia dengan bantuan IMF dan World Bank?

Dalam 100 hari; PR akan belanjakan RM100 bilion. Semuanya dalam konvensyen ‘1’ hari di Pulau Pinang. Mudah sangat nak belanja hampir 100 bilion? Lepas itu rakyat sudah; negara bankrap? Apakah kita sanggup nak gadaikan amanah pilihanraya hanya untuk mengisi mimpi Anwar?

Entry filed under: Anwar Ibrahim Baru?, APCO, Weakest Link in PR, WIKILEAKS. Tags: , , .

Gantung Parlimen – Grand Strategy Anwar? Anwar Gamit Semula ABIM?

4 Komen Add your own

  • 1. komenje  |  Disember 21, 2010 at 12:32 pm

    jika suatu konvensyen itu berjaya wajar kita puji dengan iklas sebab berjaya..tak berberjaya buat nak puji. dalam kemelut maslah dalaman PR ahli digantung ini antara tindakan tatatertip atau untuk mengurang suara diparlimen oleh umno. manalagi kes liwat tak selesai, itulah susahnya jika masing masing ada tembelang masing masing sampaikan kes liwat pun tak setel. nak kata kes selesai kat Malaysia tak jumpa lagi contoh kes melibatkan orang umno tak pernah pun selesai tapi dia hilang dengan sendirinya. agak sukar nak mewujudkan sebuah negara islam jika orang melayu dari umno menolak cadangan negara islan PAS. pengambilan konsessi lebuhraya dan tol cadangan sungguh baik memang memerlu kajian terperinci, memang betul semua benda perlu kos penyelenggaraan tapi sepanjang saya menggunakan lebuhraya tak pernah pula lihat kerja kerja penyelengaraan dibuat. saya tertarik satu berita diakhbar tempatan seorang peniaga makanan mengenakan kos 20 tahun dahulu tapi masih boleh untung. kenapa? begitu juga tol jika dikurang masih ada untung juga kepada kerajaan dan rakyat. yang membuat tak untungnya macam filem P.Ramli, satu untuk kau satu untuk aku, satu untuk dia, satu untuk mereka..banyak sangat mulut yang nak disuap sebab itu ler..

    Balas
  • 2. iskandar  |  Disember 21, 2010 at 8:11 pm

    MIMPI DALAM MIMPI..ORANG BODOH SAHAJA YANG AKAN MEMPERCAYAINYA..HA…HA..PENIPU ..PENIPU .LEBIH BAIK TUKARKAN PARTI KEADILAN RAKYAT MENJADI PARTI PENIPU RAKYAT

    Balas
  • 3. arbs  |  Januari 3, 2011 at 11:29 am

    jawapan yg akan diberikan oleh anwar amat cliche… duit tersebut akan kita dapati jika pentadbiran negara tidak tiris dan tiada penyelewengan…

    Balas
  • 4. orang Gopeng  |  Januari 6, 2011 at 9:09 am

    Bayangkan diri anda Anwar Ibrahim.Soalan saya terhadap Pakatan Rakyat sangat senang. Setelah mengambil alih Selangor ,Kedah dan Pulau Pinang,adakah janji2 yang di laungkan pada PR 12 ditepati? Dimanakah letaknya kilang2 arak terbesar di Malaysia yang telah dijanjikan ditutup sekiranya PR menang. Jadi kalau saya Anwar saya akan janji walaupun saya tahu perkara ini tidak akan terjadi. Itu je!

    Balas

Tinggalkan Jawapan kepada orang Gopeng Batal balasan

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Disember 2010
I S R K J S A
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  

Capaian Umum

  • 75,348,955 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada