Gerakan Neo-UMNO Dalam PKR

Februari 13, 2014 at 10:51 am 1 komen

Pengumuman Anwar semalam di hadapan hard-core PKR supporters, bahawa
dia bersiap sedia untuk membawa kembali Tan Sri Muhammad Hj Muhammad
Taib ke dalam pentadbiran negeri Selangor memang memeranjatkan ramai
ahli PKR.

Ada beberapa sebab kalangan yang hadir terperanjat:-

i) Mat ‘Tyson’ Taib tidak memegang pengaruh politik seperti dahulu.
Gerakannya nampak lembab dan tidak bermaya. Tidak membawa kelebihan
kepada PKR.

ii) Mat ‘Tyson’ Taib tidak membawa imej yang baik kepada PKR dan
Pakatan Rakyat. Semua orang tahu dengan kes Mat Taib di Brisbane
Australia.

iii) Apakah wujud keperluan Anwar nak checkmate Pas dalam keadaan dia
memerlukan sokongan parti islam tersebut di Kajang?

iv) Apakah tidak cukup masalah yang ada dalam PKR pada ketika ini.
Membawa masuk Mat Taib hanya akan mendatangkan masalah kepada parti.

Neo-UMNO

Di dalam mesyuarat kecil dan strategik, satu gerakan dipanggil sebagai
‘neo-UMNO’ sedang berlaku di dalam parti tersebut. Entah mengapa,
Anwar ada menekankan tentang keperluan PKR lebih terbuka dengan UMNO,
dan tidak menganggap UMNO sebagai musuh seumur hidup.

Di dalam usaha mencapai kemajuan politik, pesan Anwar, adakalanya kita
memerlukan pengorbanan. Anwar sendiri menceritakan bagaimana dia
membuat pengorbanan dengan melangkah tubuh tidak bermaya ABIM, dan
memeluk erat tubuh UMNO. Itu satu pengorbanan kata Anwar.

Anwar selalu bercakap tentang wujudnya kumpulan-kumpulan kecil yang
boleh dijadikan jambatan hubung antara PKR dan UMNO. Jambatan ini
sangat kukuh kata Anwar. Jambatan ini menunggu saat dan ketikanya
untuk usaha pembugaran politik berlaku.

Samada ini jalan baru politik Anwar, kita tak dapat pastikan.

Apa yang pasti, Anwar mahu PKR lebih mesra dengan beberapa orang
pemimpin kanan UMNO yang dirasakan boleh menjadi jambatan kepada
mereka meneroka jalan politik baru.

Ramai yang menganggap, game ini adalah game Anwar memastikan Nurul
Izzah masih punya tempat, dalam apa sahaja keadaan politik yang
mungkin ada.

Mat Taib Sertai PKR?

Jika Mat Taib menyertai PKR, ianya satu lagi petanda kecil bahawa ada
usaha political deal yang akan berlaku di Selangor, mahupun di
Putrajaya. Kita tidak tahu deal ini bentuknya bagaimana, tetapi akan
ada perubahan.

Neo-UMNO ini masih lagi kumpulan kecil, tetapi sudah dibisikkan untuk
tidak menyerang beberapa sosok tubuh pemimpin UMNO yang dirasakan
sangat penting dan strategik.

Tak tahu ke mana jalannya…tapi elok kita sama-sama perhati dan meneliti.

Tasking Mat Taib

Antara tasking utama Mat Taib adalah untuk memperkasa kekuasaan
politik PKR di desa dan kampung. Ini sekaligus memberi makna,
Saifuddin Nasution yang diberikan tugasan ini sudah gagal, dan tidak
menepati KPI politik Anwar.

Noh Omar akan pening kepada nak berhadap Mat Taib. Lebih-lebih lagi
dikatakan Mat Taib hanya mempunyai KPI yang sangat spesifik – pastikan
jaluran Sabak Bernam-Sungai Besar-Sekinchan-Tanjung
Karang-Ijok-Selayang menjadi kubu kuat PKR dalam masa yang terdekat.
Anwar mahukan pengaruh Pas sedikit dikecilkan, sehingga nama PKR lebih
disebut-sebut oleh rakyat.

Macamana orang Pas kerja untuk PKR. Dalam politik, semua benda boleh jadi.

Entry filed under: ANWAR IBRAHIM, Dato Seri Anwar Ibrahim, PKR, PKR Selangor. Tags: , , , .

Saya Kenal Dia Sejak Tingkatan 6 – Keluar Peluh Jantan Abang Nuwar Adenan Satem? Mudah benar!

1 Komen Add your own

  • 1. sman  |  Februari 13, 2014 at 1:18 pm

    Tanpa sokongan Melayu PKR tidak akan kemana,jadi Anwar ingin mengembalikan sokongan orang Melayu terhadapnya seperti sediakala kerana persepsinya org Melayu ‘mudah lupa’.Sekarang Anwar sudah pun berjaya melondehan siapa Pas sebenarnya, dimana perjuangan Pas bukanlah ‘pure islamic strugle’,tapi duniawi belaka.Ramai Melayu yg sudah dingin terhadap Pas tapi enggan menyokong Umno,jadi di harap PKR lah menjadi pilihannya.Bila PKR berjaya menarik kembali sokongan Melayu,Anwar mempunyai kuasa twar menawar yg lebih tinggi,tapi bukan dalam Pakatan Rakyat,sasaran Anwar adalah dalam BN.Dalam Pakatan Rakyat Anwar sudah tidak peduli,itulah sebabnya beliau berani menunjukan belangnya dgn pembubaran Dun Kajang.Dalam kes pembubaran Dun Kajang dan jawatan MB ini,masakan DAP dan Pas tidak merasa apa-apa mengenai Anwar,tapi mereka tidak berani bertindak,dan masa mereka tercengang-cengan inilah Anwar melakar sesuatu utk kepentingan dirinya.Bagi Anwar dalam politik sikap ‘hari ini kawan esok lawan’ bukan sesuatu yg asing,ianya semacam sambal budu dalam resepi makanan org Kelantan.Yang menjadi halangan bagi Anwar sekarang hanyalan Tun Mahahtir,tokoh-tokoh Umno dari kem Tun inilah mungkin yg mahu dan terpaksa di pikat Anwar.Kita tunggulah.

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


Februari 2014
I S R K J S A
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
2425262728  

Capaian Umum

  • 75,348,963 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada