Retorik Tender Terbuka Azmin Makan Diri
Februari 24, 2016 at 5:15 pm 1 komen
Azmin yang diterangkan mengenai maslahah. Soal kepentingan ummah. Soal PKR mengemukakan pentadbiran yang lebih unggul dan cemerlang. Soal menjaga kebajikan rakyat. Semua Azmin tahu. Semua Azmin dengar. Soal fiqh waqi’. Soal fiqhut taghyir. Semua Azmin faham.
Sebab itu, sebelum menjawat jawatan MB Selangor, Azmin sebenarnya antara orang yang paling galak bercakap pasal open tender dan bagaimana itu akan membantu kerajaan untuk jangka masa panjang.
Azmin juga belasah PM dengan isu tender 4G – yang diberikan kepada syarikat-syarikat kroni seperti Syed Mukhtar dan Packet One.
Soalnya sekarang, kenapa Azmin sendiri pun tak pakai tender terbuka? Kenapa mesti dahulukan syarikat enterprise? Kenapa mesti direct award?
Ini semua Allah nak tunjuk. Jangan cakap benda yang ko sendiri tak buat. Banyak kali Allah pesan dalam Quran.
Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. QS. Al-Shaff: 3
Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan?. QS. Al-Shaf: 2
Sekarang ini Azmin adalah pemimpin PKR paling hipokrit dan tidak kotakan janji. Lebih teruk lagi, katanya Azmin bersekongkol dengan beberapa Ketua UMNO Bahagian di Selangor untuk faraidkan projek. Dahsyat.
Yang beri pun hebat. Yang minta pun hebat. Dengan Najib pun mintak. Dengan Azmin pun mintak. Janji dapat
Entry filed under: Azmin, Azmin Ali, Dato' Seri Azmin Ali, PKR, PKR Selangor, Uncategorized. Tags: Azmin, Azmin Ali, PKR, Reformasi.
1 Komen Add your own
Tinggalkan Jawapan
Trackback this post | Subscribe to the comments via RSS Feed
1. Retorik Tender Terbuka Azmin Makan Diri | Berita Malaysia | Februari 24, 2016 at 5:24 pm
[…] Source:: gelagatanwar.wordpress.com […]