Anwar Mengidam Jawatan ‘Penasihat Ekonomi Indonesia’?

November 7, 2009 at 12:43 am 2 comments

Thailand semalam telahpun memanggil pulang Dutanya ke Cambodia sebagai tanda tidak setuju di atas perlantikan Thaksin sebagai ‘Penasihat Ekonomi Negara Cambodia’. Nampaknya  hubungan baik Thaksin dan pemimpin Cambodia sudah menyebabkan bekas Perdana Menteri dilantik sebagai Penasihat Kerajaan. Thaksin memang terkenal sebagai ahli korporat yang hebat dan sangat kaya di Thailand (sebelum menjadi Perdana Menteri lagi). Makanya, kemahiran mengendalikan perniagaan dan ekonomi adalah expertise utama Thaksin. Makanya, tidak hairanlah kalau Cambodia menganggap Thaksin sebagai aset yang boleh digunapakai untuk memperbaiki situasi ekonomi di negara tersebut.

Thaksin ini sudah tidak diterima di Negaranya sendiri. Tidak diterima oleh sekumpulan dan segelintir orang. Hakikatnya, dia masih diterima oleh penyokong kuatnya. Thaksin masih dianggap sebagai hero kepada negara yang pernah mempunyai kumpulan miskin tegar yang ramai. Memimpin tidak lah berapa lama sangat, 5 tahun sahaja (2001 – 2006). Lepas tu kena ‘coup’ oleh pemimpin tentera. Alasan, Thaksin sudah menggunakan kedudukannya untuk mengkayakan keluarga dan dirinya sendiri. Thaksin tak pernah miskin pun. Lepas kena ‘coup’, boleh berada di London sebagai seorang elitis (walaupun dibuang Negara). Amalan biasa Thaksin adalah menggunakan video untuk berinteraksi dengan penyokongnya di Thailand. Huru hara juga Negara dengan tindakan yang demikian.
Dengan beberapa syarikat seperti Advanced Info Services (AIS), Shinawatra Computer and Communications Group dan sebagainya, Thaksin menjadi luar biasa kaya raya. Luar biasa. Inilah juga asas kekuatannya untuk memimpin Thailand. Apa yang dilakukan Cambodia kepada Thaksin – adalah juga sesuatu yang telah diusahakan Anwar untuk dilakukan kerajaan Indonesia.
Anwar telah menggunakan ‘network’ NGO di Indonesia untuk meletakkan dirinya di tangga penasihat ekonomi Negara tersebut. Kalangan ahli pelobi Anwar sudah berkampung di Jakarta sejak beberapa bulan dahulu. Dengan keadaan pilihanraya yang ada di Indonesia, Anwar berusaha keras untuk melihat kemenangan akan memihak kepada calonnya, Jusuf Kalla. Hubungan Anwar dan Jusuf Kalla sudah bermula lama. Dengan kemenangan Jusuf Kalla, Anwar akan pastinya dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Indonesia – seperti yang dilakukan Cambodia kepada Thaksin. Inilah perancangan dan pelan asalnya.
Setelah kekalahan Jusuf Kalla, Anwar memerlukan ‘alasan lain’ untuk membenarkannya berkampun di Istana Presiden. Anwar memang berhajat berjumpa dan bertemu SBY, bagi melobi kedudukan dirinya sebagai Penasihat Ekonomi Indonesia. SBY tidak punya sebab untuk melantik Anwar. Justeru, beberapa siri ‘ketidaktenangan politik’ antara Indonesia dan Malaysia mesti di ‘stage’ bagi membenarkan ini berlaku. Hubungan Indonesia Malaysia perlu kekal ‘tegang’ bagi meletakkan Anwar sebagai mediator dan insan kamil yang mampu menyelesaikan masalah.
Usaha Anwar ini tidak kesampaian kerana Najib lebih pantas dalam memastikan hubungan Malaysia Indonesia tidak carik teruk. Kalau tidak, ada kemungkinan Anwar akan dilantik sebagai Penasihat Ekonomi Indonesia – bukan kerana dia bijak mengurus ekonomi; tetapi kerana dirinya ‘bijak’ mengatur masalah antara Malaysia dan Indonesia.
Rakyat perlu hati-hati dengan permainan politik kotor begini. Anwar sudah kelam dengan jalan lain. Jalan baru mesti dicari. Walau terpaksa menggadai maruah bangsa sendiri. Anwar tak peduli.

Betul, Anwar pernah dapat anugerah sebagai Menteri Kewangan yang hebat, tetapi apakah dirinya hebat – atau dia hanya melaksana amanah mengikut apa yang dimahukan oleh Washington Consensus. Siapa penasihat ekonomi Anwar sendiri sebenarnya? Indonesia tidak perlukan seorang penasihat ekonomi yang turut dinasihati oleh orang lain.

Entry filed under: Anwar dan Ekonomi Negara, Anwar Ibrahim Baru?, Reformasi PKR. Tags: , , .

Mencari Kejantanan Anwar Yang Semakin Hilang Baru Nak Tunjuk Garang?

2 Komen Add your own

  • 1. Halim Tuah  |  November 7, 2009 at 11:14 am

    mendedahkan bahawa dalam satu pertemuan di London pada sebelum 16 September 2008, Dr Yusof Qardawi telah menegaskan kpd TG Hadi Awang mengenai kesangsiannya terhadap Anwar Ibrahim, terutamanya apabila Rand Corporation & Smith Richardson Foundation mengesahkan penglibatan Anwar Ibrahim dlm strategi Amerika merosakkan Islam dgn tajaan dana Yahudi! Selepas itu, ramai dari kalangan pemimpin erdogan PAS, iaitu seperti Dr Hassan Ali, Dr Haron Din & Nasaruddin Mat Isa telah beralih arah berpaling tadah dari menyokong Anwar Ibrahim!

    Balas
  • 2. Halim Tuah  |  November 16, 2009 at 7:41 pm

    berpendapat bahawa perlantikan seseorang spt YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sbg Penasihat Ekonomi Negeri adalah merupakan ‘JALAN BELAKANG PENGUASAAN SECARA LANGSUNG & RASMI’ ke atas YAB Menteri Besar Selangor.

    HalimTuah juga berpendapat bahawa ANWAR yg mempunyai kedudukan hiraki politik yg lebih tinggi dari KHALID, akhirnya mengakibatkan KHALID terpaksa tunduk kpd ANWAR yg ‘RAKUS KUASA’! HalimTuah menambah bahawa ini bermakna ‘DERHAKA’ terhadap DYMM Sultan yg melantik KHALID, juga ‘MENGGADAI HAK’ Rakyat Selangor!

    PERLANTIKAN DERHAKA ini harus ditentang HABIS-HABISAN hingga ianya DITARIK-BALIK!!!

    Balas

Tinggalkan komen

Trackback this post  |  Subscribe to the comments via RSS Feed


November 2009
I S R K J S A
 1
2345678
9101112131415
16171819202122
23242526272829
30  

Capaian Umum

  • 75,348,964 Capaian

Enter your email address to follow this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 145 other subscribers

Arkib

RSS Berita Terkini – Sodomi II

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Ali Zul

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Malaysian United

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Anwar Aidc

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Perak Today

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Laman Izzs

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Parpu Kari

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Kita Gempur

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Negara Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Siput Uda

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Hikayat Seorang Aku

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Selamatkan Selangor Darul Ehsan

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Medan Info Kita

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

RSS Jejak Habib

  • Terdapat ralat. Suapan ini mungkin tidak dapat dihubungi. Sila cuba lagi.

Paling Popular

  • Tiada